REPLY: Surirumah

Reply, https://iiumc.com/surirumah-4/

Saya wanita bekerjaya umur pertengahan 30an, ada tiga orang anak dan gaji jauh lebih banyak daripada suami.

Saya nak tekankan yang tiada beza pun tekanan yang kita rasai sebagai isteri berkerja ataupun suri rumah. Dua2 ada pressure dan society kita ni sentiasa judging perempuan, serba serbi tak kena.

Kalau kita sibuk kerja, dikatanya kita tak sayang anak, kejar dunia semata walaupun most of expenses isteri yang bayar dan kerja rumah still isteri saja yang buat.

Kalau jadi suri rumah, dipandang remeh je walaupun berhempas pulas menjaga keluarga dari pagi sampai malam. Yang sedihnya, yang menghakimi kita ni, kaum perempuan juga.

Classic example, mak mertua saya seorang suri rumah yang sangat manja dan tak lasak. Kerja nya dirumah masak, basuh baju jaga anak, yang lain semua bapa mertua saya yang buat.

Tapi bila anak saudaranya (lelaki) nak kahwin dengan wanita yang tak bekerja, bukan main lagi dia dan adik beradiknya yang juga suri rumah mengata. Dikatanya takut menyusahkan suami.

Yang saya pelik, orang yang comment macam tu suri rumah juga.

Secara tak langsung, mereka ni menanamkan otak orang lelaki (keturunannya) yang wanita tak bekerjaya ni low value dan meremehkan tanggungjawab suami menafkahi isteri.

See.. puncanya wanita juga, sama dengan suami puan yang sedikit sebanyak punca sebenarnya ibu mertua puan yang meremehkan menantu sendiri.

Lelaki zaman dulu dan lelaki yang faham agama akan faham tanggungjawab menafkahi isteri zahir batin.

Tapi lelaki sekarang kebanyakannya lebih rasa berjasa bila sediakan keperluan untuk isteri (tak semua). Ada rezeki lebih sikit je, curang.

Saya tak kata wanita bekerjaya tu lebih baik, berbanding surirumah tapi sebaiknya perempuan perlu ada pendapatan sendiri untuk tak berharap pada sesiapa termasuk suami.

Ingat puan, anak2 membesar dan 1 hari akan ada life sendiri and they are not suppose to be our retirement plan. Suami hanya pinjaman Allah yang bila bila saja Allah akan ambil.

Mertua akan tetap treat kita sebagai orang luar regardless how much effort you put in the relationship and wanting them to treat you like their own daughter, no need to expect too much. In the end, we must walk our own path in life.

All the best, puan..

– Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Slalu sgt kita dengar yg isteri itu menjadi “breadwinner” dlm sstu kluarga itu, hatta kdg2 dia sbg suri rumah juga terpaksa menggunakn dt ‘simpanan’ yg ada utk membayar kperluan rumah & ank2.. org lelaki skrg (bkn semua) pon ‘pandai’ nk cari pasangan hidup yg bekerja n berkerjaya profesional atau usahawan berjaya, agar senang mrk, jika berlaku sstu yg x diingini, spt bila suami dibuang krja, sakit atau kemalangan dsb.., worse senario, klaw mmg suami tu mls bekerja, menganggur or rela menjadi house-husband, maknanya dia yg menjaga ank, msak dan mengemas rumah, sdgkan yg kluar mencari nafkah & membayar segala kperluan dlm rumah adalah si isteri tu.. dunia mmg dah nk ‘terbalik’ agaknya.. sedarlah wahai para suami (& isteri2 jugak ye).., bahawa walau mcamna perjanjian atau persetujuan di antara pasngan itu, dlm islam, tanggungjwb utk mencari nafkah dan memenuhi semua keperluan dlm r/tangga terletak di bahu suami.. ini bkn shj dah jelas dlm qur’an & hadis, malah semasa kursus kawen dan dlm ‘khutbah nikah’ pon dah diperingatkan kpd semua yg ingin bernikah.. tp slepas kawen, semua itu spt ‘hilang’ di angin lalu dan timbul la alasan spt, suami x cukup income utk ‘sara’ isteri n ank2, kos hidup semakin tinggi, ditambah suami dah bg ‘izin’ utk isteri kluar bekerja or berniaga.. ini spt ‘lesen besar’ utk suami ‘melepaskn’ sebhagian atau ‘semua’ t/jwb tersebut kpd isterinya.. tp ingatlah, d Mahkamah Akhirat, adakah Allah akn ‘terima’ alasan2 tersebut..? Kita pon x tahu, sbb kita pon belom sampai d Sana.. so, sbelom kita di’persoal’kan d Sana kelak, lbh baik kita ikut apa yg telah ditetapkan dlm agama suci Islam.. klaw mmg dah tak mampu dar sbelom bernikah, tangguh lah sampai benar2 ‘bersedia n mampu’, jangan nt sampai ‘menganiaya’ org (isteri) slepas berkahwin, org nya ko dpt, duitnya pon ko ‘sakau’, sampai nt semuanya ‘berantakan’ gara2 ‘niat’ kmu utk mempergunakan dia.. klaw pon ada ‘persetujuan’ antara pasangan sbelom nikah, adakah ianya tetap berkekalan, terutama bila ‘beban’ dah bertambah, apalagi klaw suami pulak ‘buat hal’ yg buat isteri marah.., dan klaw benar2 ada ‘emergency case’, bersiap sedia lah dgn “plan B”, at least ada ‘plan simpanan bersama’, atau takaful, atau pon kna cari pendapatan tambahan, spt berniaga online, atau ada ‘pelaburan’ yg sah di sisi undang2.. hal nikah kawen n rumahtangga ni bkn nya mudah ye.., klaw stakat nk buat kenduri kawen tu, kdg2 bule mintak servis “wedding-planner” je, itu pon kdg2 ada juga yg xkena.., inikan pula nk hidup bersama (kalu bule sehingga akhir hayat), paling tidak sehingga pasangan tu mninggal.., klaw itu pon rse mcm dah x mampu, do fikir2 kan lah semula.. wallahu a’lam

  2. semuanya pompuan yg kena dah la yg mengandung beranak tu pompuan jgak pastu letih nak melayan drama keluarga lagi.. penat jadi pompuan ada je yg tak kena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *