REPLY: Tak Minta Maaf Sebelum Meninggal

Assalamualaikum, aku ada terbaca confession tentang, tak minta maaf sebelum meninggal, (https://iiumc.com/tak-minta-maaf-sebelum-meninggal/).

Cerita ni terdetik dekat hati aku sebab sama dengan aku tapi aku belum meninggal.

Aku nak kongsi sikit pengalaman dan tolong berikan aku jawapan.

Masa muda dulu aku agak jahat, tipu orang tu biasalah, aku suka menipu dan mereka reka cerita.

Tapi ada satu ni yang aku rasa berbekas dihati.

Sekarang aku dah insaf, tapi aku takut nak minta maaf,

Tiap malam benda tu menghantui aku, kadang2 sampai bermimpi tapi takda kekuatan nak minta maaf sebab takut nk bagitahu perkara sebenar.

Kadang terfikir dia dah tahu ke sebenarnya.

Sekarang aku hanya mampu doakan kebahagiaan dia, buat kebaikan niat untuk dia sekeluarga tapi rasa takut tu ada lagi.

Takut tak dapat masuk syurga, aku menangis kenapa dulu aku jahil sangat, kenapa aku buat benda tu.

Boleh bagi nasihat adakah aku kena minta maaf personal atau boleh ke secara terbuka di media sosial?

Perlu ke cerita yang sebenarnya ke? Maafkan aku, aku menyesal kerana kebodohan aku..

– Satu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *