Reply, (https://iiumc.com/tandas-kita-cermin-adab-kita/).
Hi semua. Nama aku Mawar.
Aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman setelah membaca nukilan seorang cleaner mengenai ibu yang mengajar anak lelaki mereka kencing tak basuh.
Memang ada ya ibu-ibu yang jenis macam ni.
Kejadian pertama, dekat mall.
Aku keluar shopping dengan Suraya dan anak lelaki dia yang baru darjah satu.
Tengah pusing-pusing mall, budak tu cakap nak kencing. Kami pun sama-sama ke tandas perempuan.
Aku tunggu dekat sinki, Suraya tunggu berhampiran pintu cubicle dengan anak dia.
Pintu langsung tidak ditutup. Aku dengar bunyi air kencing — biasa. Tapi tak lama lepas tu, anak dia terus keluar. Tak ada bunyi air atau pun flush.
Aku fikir, “Eh? Dah siap?”
“Suraya… anak awak tak basuh ke tadi?”
Dia jawab selamba, “Budak lelaki kan. Lepas kencing boleh terus simpan la. Senang.”
Aku senyum nipis. Tapi jujur, dalam hati aku mula rasa serba tak kena. Suraya sendiri yang “ajar” gaya macam tu.
Kejadian kedua, lagi buat aku terdiam.
Kali ni dengan Hana pula. Kami berkelah dekat sungai hujung minggu tu. Dia bawa anak lelaki dia — yang dah remaja, 13 tahun.
Lepas makan-makan, kemas barang, kami jalan ke kereta. Baru nak sampai, anak dia cakap nak terkencing.
Ada tandas, tapi Hana terus suruh anaknya kencing sahaje tepi pokok.
Aku tunggu jauh sikit, tapi tertengok.
Lepas kencing, budak tu goyang-goyang kemaluan dan terus zip seluar. Tak basuh, tak lap, tak tanya pun pasal air.
Aku tengok Hana — tunggu kalau dia nak hulur botol ke apa. Tapi tak ada.
Aku tanya perlahan, “anak awak tak basuh ke?”
Dia jawab sambil gelak, “Alaa, lelaki. Takde hal lah. Boleh goyang-goyang je la. Simpan, zip. Settled.”
Dan masa tu, aku betul-betul rasa nak geleng kepala. Sebab aku fikir — dia dah besar, dan mak dia masih anggap benda tu kecil.
Aku tak berani tegur lebih-lebih, sebab itu anak dia. Tapi dalam hati, aku sedih.
Bukan sebab geli, tapi sebab kasihan. Anak lelaki dibesarkan dengan idea bahawa kencing tu hal remeh.
Sekian..
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ada anak lelaki yg masih kecil, lbh nudah utk ajar cara2 untuk kencing & basuh kemaluan dgn betul. Terangkn sbg islam , wajib jaga kebersihan alat sulit, supaya tiada jangkitan kuman & mudah serta bersih untuk terus berwudhuk dan dirikan solat. Ibu2, ayah2, tunjukkanlah peribadi yg betul dlm urusan bersuci lepas buang air vesar & buang air kecil pada anak2, xkira lelaki atau perempuan. Pastikan mangkuk tandas & lantai bersih selalu, walau di mana tempat kita gunakan tandas, samada di tandas awam mahupun di rumah sendiri.