Reply, (https://iiumc.com/tapi-aku-letih-juga/).
Assalamualaikum, kepada tt yang buat confesion tajuk “tapi aku letih juga” jangan risau anda tak berseorangan. Saya pon mengalami benda yang hampir sama.
Situasi kita sama. Ya saya juga pjj. Saya jaga anak-anak sendiri. Segala hal anak-anak, hal-hal dalam rumah dari A-Z saya sendiri yang handle. Letih sangat-sangat. Letih sebab rasa tak dihargai suami.
Bila saya baca confession sis, saya tergamam sebab 90% sama. Bila kita meluah ada je salah kita yang dicari.
Contoh bila saya mesej cakap anak buat perangai, suami kata sebab saya kurang bagi perhatian.
Cuba cakap macam mana saya nak tumpukan perhatian pada anak 100% kalau urusan rumah tangga saya seorang handle?
Bila anak suka cakap jerit-jerit saya yang salah sebab saya suka tempik anak?
Ya betul saya mengaku. Sebab saya penat. Walaupon penat tu bukan alasan. Tapi saya manusia biasa.
Sebab tu sekarang saya jadi malas nak meluah pada suami.
Bila suami tanya anak-anak okay? Saya ya kan je. Sebab sakit hati bila end up kita yang salah. Hakikatnya Allah je yang tahu struggle nya nak jaga anak sorang- sorang.
Jujur saya cakap, sekarang ni saya lebih rela pjj dari duduk sebumbung. Sebab suami saya suka cari salah saya bila kami jumpa.
Dia balik pon saya rasa macam tambah anak lagi seorang untuk dijaga. Saya bahagia dengan anak-anak.
Sekarang ni saya tengah belajar untuk kawal marah saya. Supaya emosi anak-anak saya terjaga. Kadang-kadang saya rasa macam ibu tunggal pon ada.
Semoga Allah bagi pahala berlipat kali ganda untuk kita ibu-ibu yang jaga anak ni tak kira pjj atau tak. Doakan saya terus kuat.
– Bukan Ibu Tunggal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
PJJ ni memang sangat tak adil untuk sebelah pihak iaitu pihak yg menguruskan anak dan segala benda dalam rumah. Meanwhile yang sorang lg bersenang lenang macam bujang cuma pegang title suami dan ayah je hakikatnya langsung tak involve dalam membesarkan anak2. Carilah jalan untuk duduk bersama semula supaya adil untuk kedua2 suami isteri. Majikan pun kenalah faham patut suami isteri jangan bagi duduk jauh.
Faham..sebab aku pon perempuan.Kebanyakan lelaki ni besarkan ego dia je dan letakkan apa jua kesalahan pd wanita..pandai manipulative org smpai kita plak rs eh aku ke yg salah?
Awas la org mcm tu..bahaya…mental ko akan rosak sampai mati selagi spesis toksik ni ada dgn kita.
Caranya 1 je sis kena buang dia dari hidup…duduk pjj pon blh tp anak kasi dia handle..baru dia tau susah ke senang jaga anak.Kena ajar sikit..
Kalau dia masih nak salahkan sis..minta cerai je..x berbaloi rosak mental