REPLY: Tawar Hati Dengan Suami

Reply: (https://iiumc.com/tawar-hati-dengan-suami/).

Assalamualaikum. Kepada puan engineer yang tawar hati dengan suami.. saya dan suami juga dari background yang sama dengan puan. Cuma saya kerja di site sedangkan suami di line education.. maaf, tulisan ni panjang sikit dan saya bukan penulis yang baik…

Rata2 kawan saya yang suaminya site engineer, memang berbulan suami mereka tak balik rumah kalau belum siap projek… dan isteri mereka kebanyakannya bekerja, terpaksalah masing-masing independent.

Situasi sama bagi bidang pekerjaan lain seperti tentera dan polis, jika ada operasi, lama lah tak balik ke pangkuan keluarga…

ZAMAN PJJ

Saya juga pernah PJJ dengan suami.. pertama kali waktu anak sulung saya masih dalam kandungan… kali kedua waktu saya dah ada anak tiga..

Waktu kali pertama, anak duduk dengan saya, segala macam saya uruskan sendiri… kali kedua pula, suami dah memahami kerjaya saya dan dia jaga dua orang anak, manakala saya jaga anak yang bongsu…

Apabila orang sekeliling saya tahu suami saya boleh jaga anak dua orang sendirian, mereka sangat kagum sebab selalunya si isteri lah yang akan jaga anak-anak bila pasangan PJJ… kami dua-dua jauh daripada keluarga sendiri, jadi memang kena berdiri atas kaki sendiri…

Bayangkan anak kedua saya masa tu berumur 2 tahun, duduk berjauhan dengan saya…belum cerai susu botol dan pampers…suami lah yang asuh dan potty train anak..

Tak lama lepas tu anak bongsu saya yang waktu tu dah berumur 3 tahun, suami saya ambil anak yang bongsu pula.. jadilah dia jaga tiga orang anak…

Dia sempat potty train anak yang bongsu juga… memang kalah lah saya, suami potty train dua orang anak, saya potty train seorang anak… huhuhu..tak malu saya katakan, suami saya sekarang cekap dalam hal kerja rumah dan anak…

Suami pesan dia sangat penat weekdays jadi kami setuju untuk tak gayut telefon… kami text sahaja.. kalau saya ada benda nak bercerita, saya tunggu hujung minggu.. bayangkan jiwa saya sebagai seorang ibu, tak dapat melihat anak..

Tak dapat mendengar suara anak tapi saya faham bahawa ini lebih baik untuk kami berdua daripada kami berdua lelah dengan permainan emosi dan konflik… bila weekend, saya jadi bibik, penat dengan urusan mengemas rumah dan membasuh baju….

Saya tak memasak dah… sangat jarang, sebab saya taknak masa saya habis… dulu suami tak boleh terima membeli makanan luar ni, tapi bila dia tengok saya kepenatan… dia pun dah tak soal banyak..

Suami kata let’s spend time with kids..jadi saya ubah mindset, weekend is vacation, rumah lantak pi…buat setakat yang mampu saja

Saya juga long distance driver… bayangkan daripada anak saya menyusu badan sampai lah anak reti mandi sendiri… saya bawa anak dalam car seat… berhenti di r&r untuk menyusu badan.. waktu drive pula, sebelah tangan main dengan anak, sebelah tangan lagi drive..

Lama-lama saya bawa kereta hanya pada waktu malam kerana pada waktu siang anak saya akan aktif…pada waktu malam bila anak saya tidur bolehlah saya drive dengan tanpa gangguan… jadi pada hujung minggu, kami kedua-duanya dah flat..

Konflik di tempat kerja? ada, bukan tak ada… lagi-lagi bila kita dapat member lelaki engineer yang perangai macam mak Jemah.. huhu.. saya pula jenis yang meluahkan dan jadikan topik perbualan.. selalunya suami tak dapat nak dengar pun apa masalah kita..

Sebab waktu hujung minggu sangat limited, so tak syoklah.. bila kita nak cerita benda yang tak syok ni.. kawan-kawan yang tak seronok adalah ujian untuk kita..pada masa sama juga ada kawan kawan yang sangat rapat, yang tak PJJ, tapi memahami..

Itu juga dah buat saya cukup bersyukur…bila saya nak meluah kepada suami, tak ada pun harapan untuk dia selesaikan.. cuma lebih kepada nak ada telinga mendengar..

Saya bagi tahu kepada suami supaya dia less stres sebab sejenis dia, dia akan cuba selesaikan masalah orang tu kalau orang tu meluahkan sesuatu..

ZAMAN AWAL PERKAHWINAN

Nak dapat suami yang “sekarang”, bukanlah perjalanan yang mudah… awal-awal kahwin, masa hari first masuk rumah baru sewa, melihatkan rumah yang belum “diusik”, dah bagi “signal” pada saya kepada kehidupan baru lepas kahwin nanti…

Masa tu inai masih merah di jari, saya yang beli segala jenis kelengkapan mencuci, badan belum pun rehat daripada perjalanan yang jauh, saya dah sinsing lengan mencuci rumah sewa….

Saya jugalah yang memanjat mengganti lampu, memasang perabot, menyiapkan tool box… suami juga seperti typical lelaki, hanya duduk untuk makan…

Sedang saya belum hilang lelah memasak, mengemas, mencuci pakaian, dan semua kerja teknikal lain sampaikan dah tak ada selera nak makan sebab penat sangat….

Di sinilah kebijaksanaan kita sebagai isteri.. saya mula slow talk dengan suami… saya berterus-terang dengan suami..

Saya sememangnya sejenis independent sebelum kahwin, tong gas dan beras 20kg pun saya boleh angkat sebelum kahwin…tapi perkahwinan memerlukan kerjasama dua orang dalam segala hal..

Saya tak berkahwin suka-suka… saya ada objektif ingin dicapai… saya bagitahu juga, saya bukan pengemas sangat dan saya tak nak jadi pengotor sebab pengotor tu sifat syaitan..

Saya perlukan bantuan dia… baik dalam urusan rumah mahupun anak-anak kelak (masa tu belum ada anak)… tanggungjawab mendidik anak bukan di bahu isteri semata-mata..

Saya dibesarkan dengan figura seorang ayah yang ringan tulang membantu mak saya, seorang ayah yang boleh mengajar mengaji kepada anak-anak…

Suami juga mengaku yang dia rasa tercabar bila segala hal saya uruskan sendiri… di situlah pembahagian tugas berlaku… saya memasak, suami basuh pinggan… saya menyapu, suami buang sampah… saya basuh baju, suami sidaikan…

Up till now, kalau kami nak bercuti, saya siapkan beg, suami susun masuk dalam kereta…

Hari dia penat, saya ajar anak mengaji..hari saya penat, dia pula ajar anak mengaji…kalau hari sekolah pula, saya gosok baju, suami pula siapkan beg sekolah anak…saya memang tak mampu nak buat stok makanan basah seminggu, atau gosok baju seminggu macam mak-mak lain…

Sebab sekarang saya tengah sambung belajar part time pula.. apa saya nak bagitahu di sini, kami dah tak perlu bercakap sangat soal kerja rumah… atau nak minta buat itu ini kat pasangan, masing-masing dah faham bila tengok orang lain tgh buat apa, yang sorang lagi kena buat apa…

Itu hal kerja rumah, untuk hal anak pula, selepas jadi ibu waktu anak sulung lagi..

Saya bagitahu suami, saya cuba memahami, sebagaimana saya yang cuba belajar untuk adapt perubahan daripada seorang anak dara kepada isteri seterusnya kepada ibu… suami juga sedang adapt untuk jadi seorang suami dan ayah…

Saya ceritakan apa perubahan fizikal dan emosi saya lepas bergelar ibu kepada suami.. mood swing dan baby blue… saya tahu ketika saya kekok nak menyusukan anak, suami juga kekok untuk membantu sewaktu saya berpantang…

Jadi saya bagitahu apa benda yang dia boleh tolong buat..saya juga pesan kat suami, mak saya tak selamanya sihat nak jaga waktu saya berpantang.. lepas ni kita kena buat sendiri semua, masa anak pertama ni, kita belajarlah apa yang patut sewaktu mak saya masih ada..

Saya memang tak mampu nak urus sendiri, lainlah suami nak tolong hire confinement lady esok-esok nanti..

Percaya atau tak… waktu berpantang anak kedua dan ketiga, suami yang bantu buat lauk pantang… suami tolong siapkan ramuan bekung saya…suami juga tolong tungku dan urut saya….

Sampailah bila saya jumpa mak bidan untuk minta tolong cek peranakan, mak bidan kata bagus, peranakan dah kecut dan tak ada masalah… jadi betullah teknik yang saya belajar dengan mak saya dan kerjasama suami untuk tungku saya sebelum ni..

Saya rasa ada sahaja orang lain yang ada pengalaman suaminya tolong waktu berpantang macam ni.. Bukan saya nak manja dan mengada-ngada… cuma nak timbulkan rasa tanggungjawab bersama dengan suami…

Pandai buat anak, pandai lah sama-sama mengasuh dan mendidik anak…saya juga minta suami ada sama2 waktu proses melahirkan semua anak kami..supaya dia lebih appreciate pengorbanan seorang isteri…

Bukan saja hal rumah dan anak, hal di bilik tidur juga saya berterus terang dengan suami… apa yang saya gemar disentuh, apa yang tidak… malu memang malu tapi saya tetap beritahu suami sikit demi sikit…

Kerana saya tahu ramainya orang perempuan yang malu nak cakap dengan suami hal ini, akhirnya menjeruk perasaan, simpan sendiri dan makan diri…

Saya bagitahu suami sebagaimana saya cuba memenuhi keinginan nafsu dia untuk jadi isteri solehah (cliche orang melayu).. suami juga kena memenuhi keinginan nafsu saya, takkan dia tak nak jadi suami soleh pula…dalam hal ni kenalah win-win situation…

Saya juga berterus terang hak tubuh badan saya… contraception bukan untuk wanita sahaja… saya taknak ada benda lain pada tubuh badan saya… pengorbanan kenalah dibuat bersama, bukan sebelah pihak sahaja…sampai sekarang kami merancang secara alami….

Saya tak perlu hadapi perubahan fizikal, hormon dan emosi yang mendadak akibat contraception… suami juga tak memaksa jika saya tak bersedia nak berhubungan.. saya juga berterus terang saya suka dipeluk, ia bagi saya satu perasaan lega…

Dulu saya follow Dr.zubaidi tentang kebaikan peluk bagi isteri dan hormon oxytocin dan saya terangkan kat suami…

All this sharing (or warning? hahaha) to him… saya buat dari awal-awal perkahwinan..

SUAMI PELENGKAP HIDUP SAYA

Saya punya 5 orang adik beradik lelaki… jadi saya memang kasar dari kecil walaupun luaran nampak lembut…

Saya memang penat dengan lelaki sampai dulu terfikir taknak kahwin, taknak ada anak, nak hidup bujang, travel saja ke mana-mana saya nak… tua nanti duduk rumah orang tua, syok gak ada member…

Saya memang taknak jadi hamba lelaki sebab saya percaya Allah jadikan lelaki dan perempuan sama timbangan… none is superior than others… cukuplah jadi hamba Allah sahaja… letih la baca kisah perempuan, asyik malang dan teraniaya saja…

Apabila saya terbaca confession yang dia pernah mengamuk dengan suami dia, baru nampak positive improvememt suami dia.. tipulah kalau kata saya tak alami benda tu… masa baca pun saya dah ketawa kecil…

Perkahwinan ni ada naik dan turun, ada masa gembira dan sedih… bila bergaduh dulu, saya tanya suami kenapa masih nak bersama dengan saya..

Suami kata cuba kira berapa banyak kita gembira berapa banyak kita sedih sepanjang berkahwin…jangan tengok masa bergaduh saja… suami juga selalu kata, kalau buruk saya, buruklah juga dia… in other word, kalau saya mengata suami, ibarat saya mengata diri saya sendiri lah…

Suami saya bukan kiriman Tuhan like an angel tau…suami saya masih manusia biasa..suami saya typical suami yang tak romantik… tapi apapun saya tetap bahagia bila dilihat secara overall.

Mana ada perfect kan… saya selalu ucap terima kasih pada suami hatta sekecil-kecil benda suami buat… saya selalu cakap i love you dulu kat suami…

Dulu masa PJJ dulu, suami text saya i love you tiap-tiap hari lepas satu incident bergaduh.. sampai saya rasa annoying.. ni script sama saja ke, copy paste saja ke hahaha…

Tapi copy paste pun takpa lah, tu tanda suami ingat kat saya sebab text mesejnya constant tiap-tiap hari sampai saya sendiri pun mungkin tak mampu buat benda sama…

Begitulah lelaki.. aneh kan lelaki… satu kita cakap, satu yang dia buat… saya selalu cakap kat suami, awak ni lelaki norrrmal….

Saya dulu high expectations, seorang suami harusnya begitu begini… tapi saya lupa seorang suami tu berbeza latar belakang keluarga dan didikannya… ya mungkin kami background education yang sama… tapi pengalaman membesar tak sama..

Saya anak yatim sejak umur 12 tahun, adik beradik ramai… saya dah biasa buat simen, angkut tanah, angkut air di perigi, beli lauk di pasar…

Kerja kasar dan halus semua saya sapu… suami pula kerja kasar kurang kerana nasibnya lebih baik sedikit…

Sekarang suami dah pandai drill dan bertukang… baiki paip bocor, buat wiring, mengecat, baiki atap… dulu nak pegang test pen pun kekok.. di sebalik suami sekarang, adanya seorang isteri yang tukang support semangatnya untuk berani mencuba…

Kalau dia panjat tangga, saya tunggu kat bawah, ready dengan tool.. macam technician pergigian atau nurses yang bagi tool kat para doktor buat operation…

Kadang-kadang saya tak boleh tahan, saya minta dia turun, saya pula panjat…cuma kerja bumbung dan paip saja saya tak campur tangan…

Semuanya bermula bila suami tengok saya mengecat rumah, baiki pintu almari… macam mana saya buat kerja awal-awal dulu, dia perhatikan.. sekarang ni suami lagi terror..selalu pula rumah kami ni terima surprise abang posmen hantar barang shoppee…

Adalah tu suami saya order barang-barang bertukang macam-macam.. kadang tu, dia tak study dulu saiz dan mekanisme alat, akhirnya tak boleh guna…saya rasa membazir tapi biarlah.. ada juga kerja dia buat yang beri manfaat kan…

Sekasar mana pun kerja saya buat, saya masih perlu kudrat seorang lelaki… saya selalu puji suami walaupun kadang sakit mata tengok barang-barang toolbox tak disimpan balik.. Suami juga makin pandai masak walaupun kadang sakit mata tengok peralatan dapur bersepah..

Suami juga pandai basuh pinggan walaupun kadang sakit mata tengok pinggan masih berkerak dan sudu garpu tunggang terbalik atas bawah dalam bekas sudu garpu…

Suami juga rajin sidai baju walaupun sakit mata tengok penyangkut baju bertukar warna, bertukar besar kecil penyangkut baju dewasa dan kanak-kanak…. hahaha…

Saya bukan OCD tapi saya cuba menerapkan kekemasan rumah untuk eye coolness and sanity…

Suami pun dah pandai bersembang.. Dulu 95% kami berbual hal anak sahaja… suami jenis introvert, saya mix introvert dan extrovert haha..

Suami suka main candy crush, saya pulak rasa apahal main game yang takde penghujung sampai beribu-ribu level.. sama lah saya suka baca confession, suami kata apahal baca masalah orang lain yang tiada penghujung hahaha…

Then saya terjebak main candy crush di shoppee barulah kami ada common interest, benda nak berbual.. iaitu tentang taktik-taktik dalam game tu…

Saya suka swimming, saya encourage suami swimming, berborak teknik swimming yang betul sampai dia lagi expert dari saya tanpa pergi kelas…

Saya selalu gurau, awak ni dah macam atlit olimpik sekarang… huhu.. Nak bagitahunya di sini, masalah hambar yang dihadapi oleh suami isteri tu saya juga mengalaminya…

Tapi boleh diubah jadi bahagia bila kita lower our expectations dan terima pasangan seadanya…. itu perkara terbesar saya belajar daripada suami..

Saya selalu ucapkan kata-kata penghargaan kerana suami membaiki diri… dah 13 tahun kahwin.. orang kata lelaki ni life begin at 40.. tapi saya rasa saya yang perempuan ni, yang life begin at 40..

Iam much happier now… alhamdulillah saya tamat zaman PJJ sebelum mula covid mac 2020…

Pkp ni sangat nikmat untuk saya (minta jauh lah PJJ lagi aamiin3)… kalaulah saya tak ambil langkah-langkah yang saya kongsikan ni, mungkin saya seorang isteri yang kusut masai dan meratap nasib diri.. saya kongsikan bukan sebab saya terbaik ye…

Saya tahu ramai saja isteri di luar sana lagi hebat ujian, lagi hebat nikmat… cuma tak confess saja…samalah juga lelaki, ramai saja yang baik dan bagus.. cuma tak diconfess oleh para isteri saja… selalu remind diri, this too shall pass…

Bila ingat balik, macam mana lah saya boleh survive dulu dengan PJJ, anak dan suami, hal kerja rumah lagi, sambung belajar lagi…sekarang saya dah graduate dengan cpga 4.0… alhamdulillah.. i don’t know how, hanya Allah bagi kekuatan dan suami yang terbaik..

Remember, this too shall pass…

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *