Hi semua. Thank you admin siarkan cerita saya.
Saya Afrina. Berusia 38 tahun. Saya rasa terpanggil untuk menjawab penceritaan yang bertajuk terkesima dengan keadaan, (https://iiumc.com/terkesima-dengan-keadaan/)
Rata-rata yang memberi komen seakan marah dengan confessor. Jadi saya mengambil keputusan untuk menulis pendapat saya di sini daripada di komen.
Berkenaan isu masuk tandas berdua untuk kencing. Bagi saya benda ni normal. Saya pernah masuk tandas berdua untuk kencing dengan kawan saya, dengan anak remaja saya yang dah berusia 17 tahun, dan dengan sepupu-sepupu saya.
Nampak? Of course la nampak. Tapi bukan la kami akan merenung lama-lama. Macam ternampak sekilas lalu. Lagipun buat apa nak tenung lama-lama? Apa yang mereka ada. Saya ada juga.
Untuk issue kencing atas lantai, confessor dah cakap dia darurat. Dan saya yakin confessor akan menjirus kembali la lantai tu bila selesai.
Berdasarkan pengalaman, kawan-kawan saya, anak saya, sepupu saya dan saya sendiri, belum pernah lagi kami kencing di lantai dan kemudian terus tinggal macam tu. Pasti kami jirus. Kalau tak hancing la bau nanti.
Untuk yang campak pad dalam toilet bowl, saya pernah nampak mereka buang dalam bowl. Tapi takdelah dorang buat secara terangan.
Selalunya saya perhati, bila takde tong sampah. Meraka akan biar saya keluar dulu, kemudian baru campak dan flush. Mungkin tak nak malu.
Macam mana saya tahu? Yela, mereka tukar pad semasa saya berada dalam toilet jugak, tapi bila keluar, pad takde dekat tangan dan dalam toilet takde tong sampah. So jelas la.
Saya sendiri pun pernah buat macam tu bila betul2 darurat. Sebab bila dekat luar saya tak basuh pad. Takkan nak bawak pad berdarah tu keluar macam tu je.
Sekian terima kasih..
– Afrina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Rasanya situasi mcm ni normal je. Saya pun tak tahu kenapa org kecam confessor sebelum ni. Lain la kalau toilet tu memang bersih. Tp kalau memang toilet tu kotor. Geli weh nak duduk atas toilet seat. Memang cangkung atas bowl/lantai je laa.
Untuk yang buang pad dalam bowl pun sama la jgk. Kalau toilet takde tong sampah. Takkan nak bawak keluar. Memang bowl je laa option yang ada. Cuma saya rasa kawan confessor yang sebelum ni melampau la buang depan confessor. Kalau saya tengok la keadaan dulu. Kalau ada orang. Cover2 la sikit nak campak dalam bowl tu. Haha. Tp kalau depan anak ke, kawan2 rapat ke. Xpela. Dorang pun buat benda yang sama.
Ko disgusting! dah tahu period nak tukar pad, pad yang baru kan ada pembalut? Masuk tandas tak ada tissue ke? Tak bawa tissue? Balut pakai tissue lepastu cari tong sampah!! Memalukan kaum wanita! Tolong lahhhhh jaga hygiene. Awak punya nak biar lembab2 basah2 kepam ko punya pasallll tapi tak payah nak kotorkan PUBLIC utility!