REPLY: Terlalu Sayang

Lepas baca confession, https://iiumc.com/terlalu-sayang/ aku rasa menggelegak.

Selfish kan kau kak, acah2 tersakiti. The real pain is Z’s wife. Aku sebagai isteri yang penah berada di kedudukan isteri Z tu rasa macam tetibe menggelegak dengan tindakan kau.

Oh lupa nak kenalkan diri. Aku isteri J. Situasi aku hampir sama cuma aku kawin dengan J atas dasar suka sama suka dan cinta. Aku aware dengan kehadiran Q (ex gf J) tapi J Cuma cakap Q tu kawan baik dia. Ok la aku terima. Tapi hati aku yakin Q dengan J ni lebih dari kawan, tapi tak paham sifir mereka lagi.

Mesti korang pelik macam mana J kata dia kawin dengan aku atas dasar suka dan cinta tapi at the same time dia dgn Q. Entah aku pun tak paham matematik dia, haha. Yang pasti hubungan aku di approved oleh mertua.

Aku pernah risik dengan adik beradik J pasal Q tapi semua cakap tak kenal tapi we don’t know if at the back there something was right. Entah biarkan la.

Yang aku nak cerita, lepas kahwin aku dengan J kene pjj. So time nila semangat diorang beraksi bercinta sakan. Berangan. Entah. Mungkin berangan tu free. Haha. End up bila aku dah duduk sekali baru aku faham, diorang ni cane. So kantoi. Aku serang Q and ofcourse aku balun J.

Hello aku ni keturunan gangster. Setakat balun J tu apelah sangat. Sampai la satu masa, aku rasa dah level pasrah, aku cakap dengan J kalau nak sangat Q tu pegilah. Tapi ceraikan aku sementara kita tak de anak ni.

Pastu J cakap nk cerai urus sendiri. Weh macam aku yang curang kan? Aku bagi kata putus, kalau kantoi lagi, memang aku pinangkan Q untuk J. Pastu kita cerai, I don’t care your reputation or my family’s reputation. Kesah pulak aku.

Aku cucuk jarum J cakap boss aku ni hensem and single. Aku yakin boss aku ni syok kat aku, tapi sebab dia non-muslim dia tak berani nak make a move. Tapi kalau skandal dan aku yang start dulu mesti no issue kan.

J memang goyang dengan aku sebab aku ni sejenis cakap, aku terus buat. Tapi aku ni ingat tuhan. Aku cakap je hakikatnya, sampai office aku mampu nangis je.

Boss aku yang hensem tu dah kene transfer ke US sebelum issue ni berlaku. Hahaha di ganti dengan Boss yang umur baya mak aku. So at office I have 2nd mother. Lah cerita pasal opis pulak. Haha.

Pastu aku dengan J macam housemate. Mungkin dah sampai hidayah kot, dia end all this nonsense story. Mungkin Q mati ke ape ke, diorang dah ended relationship. Time tula J terhegeh kejar aku. Sebab aku buat rumah tu macam hotel. Pergi opis awal pagi balik dah malam. Weekend lepak dengan kengkawan bujang.

End up we discuss find the best way and now we are happy hidup berempat. Aku dah ada anak sepasang dgn J. Dulu mati mati aku tak nak ada anak dengan J. Entah rasa jijk. Aku sampai pergi jumpa psychiatrist. Im having depression and anxiety. Too many things happened and end up J bagi assurance.

Ok aku memang pegang kata kata J dan aku non-stop solat istikharah. Sebab keyakinan aku dekat Allah je. Aku serahkan semuanya dengan Allah dan Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kami.

Kalau ko tanya aku sayang J ke? Sayang lah. Aku nak masuk syurga asbab aku ni isteri J. tapi sayang aku ada limit. Jika J buat perangai lagi, selamat tinggal Romeo. Hahaha. Sebab cinta ni tak semestinya dimiliki.

Pantang betul aku baca cerita macam “terlalu sayang” tu. Satu je kak, ko ada anak kan. Ko nak ke anak ko facing the same situation like isteri Z? That time tak bole reverse kak. Ingat la tuhan.

Kita ni hidup sementara je. Ko paham tak kak hidup kita ni Allah dah susun. Ada sebab kenape ko dipertemukan semua. Tapi lantak ko la kak, yang haram tu sedapkan. Teruskan la kak berusan dan berhubungan dengan Z.

Kepada isteri Z. Stop doing this. Kau isteri, ko doa lah baik2. Kalau ko tak bagi anak2 jumpa Z bila cerai, ko ego. Ko rosakkan life anak anak ko. U are better than your husband skandal. Kita ni level lain tau. Skandal dia bawah kaki kita. Sebab ape? Sebab kita yang halal. Dia tu haram. Kene ingat.

Up sikit maruah kita. Kalau Z dah tak nak kita, biarkan Z. pisahla. Biar Z rugi dia tau mana yang kaca, mana plastic, mana yang gatal, mana yang serius. Ingat je, kita dah buat yang terbaik. Selebihnya biarlah Allah yang nilai.

Kepada isteri isteri di luar sana yang di anaiya cani, bangkit gais, sama ada ko nak fight hak ko atau ko lepaskan. Sesungguh plan Allah tu lebih baik dari yang kita rencanakan. Jangan putus asa. Keep doa, jangan berhenti istikahrah, Semoag Allah merahmati dan melindungi kita semua.

Salam sayang untuk semua Perempuan kecuali penyondol yang dia rasa dia hebat sangat.

– Isteri J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *