REPLY: Tingkah Laku Cikgu Viral

Baru-baru ini viral satu artikel mengenai perangai guru-guru viral, (https://iiumc.com/tingkah-laku-cikgu-viral/). Ada yang menyokong, ada yang membantah dan ada yang hanya membaca tajuk.

Netizen terutamanya golongan pendidik marah dan kecam artikel tersebut kerana tidak wujud langsung perangai seperti dalam artikel tersebut di sekolah mereka. Hanya rekaan semata-mata.

Bermati-matian mereka menafikan dan menganggap semua cubaan mencalarkan imej guru. Kenapa guru dikecam? Kenapa bukan kakitangan awam yang lain?

Apabila terjadinya issue viral seperti ini, ibu bapa mula mengambil berat terhadap personal dan privacy anak-anak mereka. Ramai yang dah mula blurkan dan tutup muka anak-anak dengan emoji.

Dalam menjaga privacy, mereka memberi bebanan kepada para guru dengan meminta guru-guru anak mereka menghantar gambar dan video secara personal kepada mereka.

Kalaulah satu kelas ada 40 orang, teacher nak kena hantar ke 80 nombor telefon (mak & ayah).

Matilanak teacher nak melayan cekadak masing-masing.

Riuh rendah masing-masing mengutarakan pendapat. Ada yang menyalahkan pentadbir sekolah kerana tidak memantau aktiviti guru-guru tersebut. Guru-guru yang viral ni ada yang masih muda dan bergelar mak-mak orang.

Silap tegur mahu ada suami masing-masing datang sekolah melenting marah kepada golongan pentadbir ini.

Suami saya bagi je saya pakai macam tu? Suami sendiri tak bising, kenapa Guru Besar dan PK nak sibuk? Macam mana pentadbir sekolah nak handle tu?

Netizen, tolong bagi jawapan yang bernas kepada golongan pentadbir sekolah dekat ruangan komen. Jangan nak suggest tukar guru ke sana sini. Cikgu tak cukup kat sekolah tu terutamanya subjek Bahasa Inggeris.

Ingat senang pentadbir nak melepaskan guru yang mengajar subjek “kritikal”. Duduklah situ mengajar sampai ke pencen.

Yang pasal paid review, dalam artikel tulis dengan jelas, jualan yang bersangkut paut dengan produk yang membahayakan kesihatan. Ada yang setakat baca tajuk kemudian komen panjang tanya kenapa tak boleh menjual?

Salahkah cikgu buat side income? Tak salah. Yang salah kalau menjual pada waktu bekerja di mana jabatan kerajaan sekalipun tak kira lah setakat reply whatsapp, “Hi Sis, nak order yang mana? “.

Ada yang komen, kenapa confessor nak membawang secara terbuka macamni? Kenapa tak laporkan kepada kementerian?

Parents mana yang tak sayang anak-anak? Siapa yang sanggup nak jahanamkan masa depan anak-anak sendiri?

Nak suruh lapor tapi minta info pengadu macam nak buat loan bank. Maklumat yang diminta terlalu details. Terbocornya maklumat pengadu tersebut dalam kalangan kakitangan Kementerian memang gelap masa depan anak-anak pengadu.

Sekarang semua penilaian cikgu sekolah anak-anak yang tentukan. Kalau cikgu “boikot” anak-anak pengadu macam mana?

Yang komen suruh lapor dalam SISPAA memang berdekah dan berdekak aku baca komen. Ingat SISPAA KPM function benor macam SISPAA KKM? Google sendiri berapa banyak aduan yang tak dapat maklum balas.

Setakat nak adu pasal baju ketat, tiktok, karaoke dan hal small matter macam ini memang masuk junk mail lah jawabnya.

Cikgu-cikgu sendiri yang komen dan bagi pendapat apa yang confessor tulis pasal sosial media semuanya pointless dan niat nak ajak membawang saja.

Ingat cikgu maksum? Ingat cikgu robot dan no life to enjoy? Akhirnya, netizen juga dipersalahkan sebab terlebih concern pasal cikgu.

Kesimpulannya, biarkan para guru dengan dunia mereka. Pandai-pandailah mereka mendidik anak-anak kita.

Cikgu kat sekolah lain, dekat luar lain. Dekat sekolah ada pentadbir, dekat rumah ada suami dan ibu bapa yang boleh pantau mereka.

Pentadbir, suami dan ibu bapa cikgu tak bising suruh follow etika, kenapa netizen yang bitter nak cikgu follow acuan netizen?

Kepada Nur, anda seorang yang berani. Berani membawang bersama-sama netizen. Semua yang ditulis oleh Nur hanyalah khayalan Nur semata-mata. Point yang Nur bagi dalam artikel tak pernah dibuat guru-guru di Malaysia.

– Zaza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *