Salam semua. Nama aku C, obviously nama samaran. Aku nak reply pada confession yang dah di up sebelum ni, (https://iiumc.com/tips-macam-mana-nak-jadi-su4mi-yang-terbaik/).
Lepas ja aku baca tips2 yang confessor tu share, aku faham satu benda. Aku baca komen2, ada yang kecam confessor. Dari satu segi, aku faham kecaman korang, sebab mungkin korang rasa tips2 yang dia bagi cuma boleh digunapakai pada awal2 perkahwinan saja.
Dah lama2 nanti, semua tu akan pudar. Most of the time with most of the marriage, betul, memang makin lama romantik tu akan makin kurang.
Tapi, kita kena faham dari side confessor jugak. Dia pon dah ada experience sebelum ni, yang mana dia mengatakan dia belum sempat lagi nak tunjukkan role dia sebagai suami, tapi dah kena dump dengan ex-wife.
So, sebab tu la dia punya tips ala2 macam novel/drama. Sebab mungkin confessor pon rasa trauma dengan experience dia sebelum ni. So, jangan la kita nak kecam dia sangat.
Aku pon dah berkahwin. Usia perkahwinan aku boleh dikatakan dah masuk tempoh matang la. So, semua tips2 yang confessor sebelum ni bagi, aku nak improvise sikit. Mana lah nak tau, boleh digunapakai atau ditambah dalam list kau.
Improvisation tips2 yang aku bagi ni, aku bagi for both suami dan isteri. Sebab perkahwinan ni bukan untuk suami saja, dan bukan untuk isteri saja. Untuk kedua2nya.
*Tips nih aku elaborate agak detail. So kalau rasa malas lagi nak baca, boleh skip dulu.
1. Penyediaan makanan a.k.a house chores.
Suami: Bila dah berkahwin, suami kena buang sikap malas. Kalau dulu masa bujang kau tak pernah nak tolong mak kau buat kerja rumah, sekarang ni bila dah berkahwin, kau kena berubah.
Cukup2lah kau hamba kan mak kau masa zaman kau bujang dulu. Wife kau pon bukan hamba kau. Wife kau adalah partner kau.
So, kau tak perlu tunggu wife kau nak bagi arahan spesifik apa yang kau perlu buat. Kau dah cukup dewasa untuk anticipate apa yang selalunya wife kau akan buat.
Contohnya, bila dah lepas kahwin, kau tengok setiap hari sebelum pergi kerja, wife kau akan buang sampah dulu. It’s a common norm kerja buang sampah tu adalah kerja lelaki. So, kau bungkus semua sampah, take over kerja tu from your wife.
Kalau wife kau selalu bungkus sampah pukul 7pagi, kau pergi bungkus sampah pukul 6.45pagi. Bila hari2 kau buat macam tu, wife kau akan tahu, kau dah ready nak jadikan tugas buang sampah tu sebagai komitmen kau setiap hari.
Once kau dah ada common sense untuk share house chores dengan wife kau, bila kau balik kampung kau nanti, kau akan auto terasa nak tolong mak kau. Even zaman bujang kau dah hamba kan mak kau, at least bila dah berkahwin, mak kau dapat juga merasa perubahan kau.
Jangan stop sifat tu hanya antara kau dan wife saja. Balik kampung pon sambung sifat mulia tu, sifat saling bantu membantu.
Bukan buang sampah saja, banyak lagi benda lain kau kena man up dan buat. Buang sampah, sidai baju, angkat baju, basoh pinggan mangkok dalam sinki, etc.
Bab chef, kau tak payah nak rigid sangat setiap pagi nak buat breakfast la, apa la. Memang tak akan menjadi. Sebab kadang2 schedule kau boleh berubah. Memasak ni take time, seriously, aku tak tipu. So, don’t promise something yang kau tak mampu nak commit setiap hari.
Boleh ja kau nak beli roti coklat ke, roti pandan ke, beli buat stock. At least setiap pagi, memang akan ada breakfast walaupun sekadar roti berkrim yang RM0.90 tu. Kau bagi kat wife kau yang tu pon, dia dah tergedik2 happy dengan kau.
Lunch and dinner, kalau siapa2 free, kau and wife kau boleh la take turn nak memasak. Tak ada hal pon kalau lelaki nak memasak. Lagi sweet. Cuma dah kalau korang berdua kerja, of course la akan letih kan. So, kena la cari alternative lain. Beli lauk, balik rumah masak nasik saja.
Atau pon, masa weekend, kau bermesra la dengan wife kau sambil2 masak lauk pauk buat stock. Freeze kan lauk pauk tu.
Bila nak makan, panaskan dalam microwave. Mana2 yang mudahkan korang la. Jangan force wife kau untuk masak. Kadang2 bila kau force wife kau, kau tak tahu, kot2 dia letih masa tu.
Tapi dah sebab kau request macam2, so wife kau pon buat la dalam keadaan terpaksa. Itu yang kadang2 lauk rasa masin, tawar, sebab hati dia tengah tak ikhlas masa tu. So, jangan paksa.
Kau pon sama, dah kalau letih, tak payah nak tunjuk hero nak masak jugak. Kang, kau lepas marah kat wife kau pulak nanti.
Isteri: Belajar untuk share house chores dengan husband kau. Kerja rumah bukan kerja kau sorang ja. Kau selalu merungut letih kan?
So, ikhlaskan hati, berlapang dada, share tugas dengan suami. Kau pon kadang2 jangan lah harap suami kau nak faham kehendak kau.
Korang yang wife ni pon dah tahu, lelaki ni cetek akal sikit, tak faham bahasa kiasan. Kalau kau dapat husband yang faham kiasan, bonus la untuk korang.
Kalau kau nak suami kau buat certain house chores, kau inform dia terus. Kau cakap, “Abang, boleh tak kita bahagi kerja rumah? Saya kerja, Abang kerja, kita sama2 penat. Tapi kalau kita share keja, kita kurang penat sikit. Apa kata Abang tolong buang sampah setiap pagi.
Abang tolong sidai dan angkat kain dari ampaian, Abang tak payah lipat baju, biar saya yang lipat. Lepastu, Abang tolong beli barang dapur, Abang tak payah simpan, biar saya simpankan lepas Abang beli barang dapur.” Tu contoh la.
Kenapa aku lebih suggest suami beli barang dapur? Sebab biar suami tau perbelanjaan rumah. Biar suami tahu barang keperluan apa yang wajib ada di rumah.
So nanti tak ada lah isu suami asyik cakap isteri bazir duit, dan tak adalah isu isteri asyik cakap suami bagi duit barang dapur sikit. Biar sama2 ambik tahu pasal perbelanjaan rumah.
Dan kalau wife nak share house chores dengan suami, kau jangan expect husband kau buat kerja perfect macam kau.
Kalau nak orang buat kerja macam kau, kau kena buat klon diri kau la. Husband tolong mudahkan urusan kau. Betul, dalam Islam, house chores ni bukan kerja isteri.
Tapi memang Allah dah susun cantik, Allah dah hadirkan sifat perempuan ni dengan suka keadaan yang kemas, cantik dan bersih. Sebab tuh la house chores ni banyak wife yang buat.
So, make sure house chores yang kau bagi pada husband kau, adalah benda yang kau tak akan complain later. Bagi banyak pon tak apa.
2. Personal driver a.k.a jalan2
Suami: Kau kena biar wife kau independent jugak. Stakat dia nak pergi saloon buat rambut dia tu, kau tak payah nak terpaling hero lah nak bawak dia.
Biar ja dia pergi sorang2, unless kalau memang wife kau mengajak. Bukan apa, kadang2 wife ni dia nak ada “me time”, tapi dia tak cakap dengan kita.
Kalau kau perasan, spesis wife ni, lepas ja dia berkahwin, sangat jarang dia nak melepak dengan kawan2 dia. Biasanya her world revolves around marriage life saja.
So, unless kalau dia mengajak kau, leave her alone, let her drive her own car. Nanti ada lah tu dia akan cakap, “Sebelum pergi saloon, saya nak jumpa Enon dulu, boleh tak Abang?
Lama tak jumpa Enon, nak sembang2 kejap dengan dia.” Wife aku selalu macam ni. So, kalau dia cakap nak ke saloon gunting rambut ke apa ke, aku akan izinkan, dan buat diam je.
Kalau dia tak perlu kan “me time”, dia akan ajak kau. Kau kena pandai2 la baca pe’el wife kau macamana.
Bab jalan2 pulak, orang perempuan ni simple je. Kau keluar, beli tealive coklat sambil pusing tasik pon dia dah syok habis. Kalau aku, normally kalau memang tak ada plan nak berjalan mana2, aku akan ajak wife aku keluar lepas isyak.
Then, drive through Starbucks, lepastu pusing2 je area KLCC, KL Tower, then balik. Dia dah happy dah. Tak pon, aku bawak ja dia masok Alamanda, pusing2 dalam tu. Kadang2 dia bukan nak membeli pon, jalan2 buat release stress je.
Isteri: Wife ni, masalah korang adalah korang suka berkias. Kata kan lah korang memang nak ajak pergi jalan2, contohnya nak pergi Cameron Highland. Korang tanya terus, next week husband korang ada apa2 plan tak.
Kalau dia cakap tak ada, then terus inform niat korang. Nak jalan2 ni pon, bukan boleh main terjah macam tuh ja. Nak kena buat bajet jugak, especially newly wed kan.
Ini aku cerita dunia realiti, bukan yang ada “syarikat Megah Holding take over company papa pekerja ada 40 billion orang”.
Macam aku sebut sebelum ni, perbelanjaan ni sepatutnya suami lebih mengetahui. Kalau dia mampu, dia akan bawak kau. Kalau dia tak mampu, dia akan inform teros.
So, bila husband dah inform yang bulan ni macam sengkek sikit, korang yang wife ni kan biasanya creative. Korang figure out la nak spend time macamana that weekend yang kurang memerlukan duit. Biasanya wife2 la yang hebat bab macam ni.
3. Duit a.k.a sharing commitment.
Bab ini, kedua2nya kena komited. Kalau aku, aku cadangkan korang husband and wife ada 2 jenis perbelanjaan & simpanan, (1) simpanan & perbelanjaan bersama, dan (2) simpanan berasingan. Yang ini aku bagi tips untuk husband and wife yang bekerja lah ya.
Untuk simpanan & perbelanjaan bersama, yang ni korang sepatutnya capai persetujuan untuk share commitment. So, korang boleh decide la, siapa nak bayar komitmen apa. Contohnya, sewa rumah bulanan atau bayar loan rumah, totally wife yang bayar.
Dan komitmen yang lain pulak (kereta, belanja dapur, belanja keluar jalan2, nafkah isteri, repair kereta, repair rumah, etc), husband yang tanggung.
Pembahagian ini atas korang, cuma kena sepakat dan sama2 puas hati. Living cost sekarang tinggi, husband tak perlu malu kalau perlu bantuan wife untuk kehidupan yang selesa.
Untuk simpanan berasingan nih, both husband and wife kena ada separate saving lah. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi in the future.
Bab kesihatan ke, kematian ke, pendek kata, kejadian mengejut yang berlaku ni unpredictable. So, masing2 kena ada saving. Kalau tak banyak, sebulan RM100 pon jadilah. Kalau tak ada simpanan ASB, masukkan dalam Tabung Haji.
Kalau ada personal commitment, kalau boleh settle kan lah sendiri. Contohnya, kalau kau memang dah beli kereta, loan pendidikan, semua tuh normally kau dah ada before kahwin lagi. So, semua ni dikira sebagai personal commitment. Kau settle kan sendiri.
Bila dah settle personal commitment, baru kau tahu balance yang kau ada untuk contribute kepada perbelanjaan dan simpanan bersama.
Untuk husband, tak perlu pon kau nak bagi 100% duit kau pada wife kau. Sebab again, kau yang perlu take responsibility untuk steer marriage kau, including kos kehidupan.
So, bagi nafkah pada isteri secukupnya dan selayaknya yang dia boleh dapat, kemudian pastikan kau boleh contribute kepada perbelanjaan dan simpanan bersama jugak.
Bab duit nih, korang kena bincang dengan partner masing2. Aku tak boleh bagi fixed suggestion sebab nilai gaji atau income setiap partner lain2. So, cara kehidupan pon berbeza jugak.
4. Hugs and kisses a.k.a kalau merajuk, apa perlu dibuat?
Yang ni, aku setuju 100%. Memang kena inject dalam marriage all the romantic gestures ni. Sebelum pergi kerja, salam. Dah balik kerja, salam. Lepas solat, salam. Sebelum tidur, salam.
Jadikan amalan, then bila ada anak2, anak2 pulak akan copy amalan kita. Bab hugs and kisses ni something yang positive that should be done lah.
Then, bila bergadoh pulak, hugs and kisses nih memang penting, especially untuk wife. Wife nih, kalau tengah merajok, tengah marah, korang tak boleh biar lama2.
Kalau korang biar lama2, diorang akan jadi terlebih independent sebab diorang akan heal sendiri. Walaupon salah diorang, korang just say sorry saja dulu sambil hugs and kisses. Confirm cair.
5. Pillow talk a.k.a cuddling.
Suami: Tadi kat atas tuh, aku mentioned, kalau salah diorang pon, husband kena mintak maaf kan?
So, sebagai husband, kita pon tak boleh lah masukkan diri kita dalam kategori “dayus”. Maksud aku kat sini, even kita yang say sorry dulu, that doesn’t mean kita tak boleh tegur wife kita.
So, bila kita nak tegur wife kita? Masa nak tidur. Kalau ada benda nak tegur, lepas isyak, terus ajak wife korang masuk bilik. Make sure malam tu, tak masak dinner. Beli ja luar. Supaya tak penat.
House chores malam tu, kau buat lebih 50% berbanding wife kau. Benda ni penting, sebab kita nak menegur wife kita.
So, kita jangan bagi wife kita penat. Bila wife kau penat badan, lepastu dengar teguran kau pulak, even selembut sutera sekali pon teguran kau tu, reaction wife kau confirm akan jadi nuclear kalau dia tengah penat.
So, jangan bagi wife kau penat kalau kau nak menegur a.k.a pillow talk malam tu.
Cara nak menegur pon penting jugak. Jangan main sergah ja. Kau kena berseni la sikit. Kau nak tegur partner kau nih, bukan nak tegur kucing tepi jalan. Kau puji dia dulu. Melawak2 dengan dia dulu.
Lepas tu kau ulang lagi say sorry untuk pergaduhan korang tuh. And then, baru lah kau selit sikit kesalahan wife kau tu.
When you are mentioning about the issue, it’s not about “who to blame”, it’s about “what both of you can do to be better in the future”. Kau dah tegur wife kau, make sure kau ada solution nya jugak.
Solution tu pulak, jangan hanya untuk sebelah pihak, make sure korang berdua kena bertanggungjawab untuk lakukan perubahan. Lepas dah tegur tu, pandai2lah cuddle sikit dengan wife tu.
Isteri: Pon boleh lakukan perkara yang sama. Yang kau nak tegur nih, suami kau, ketua keluarga kau. Bukan anak2 kau, bukan adik2 kau. Bahasa kena jaga. Cara teguran kena jaga.
Bila suami nih ketua keluarga, cara teguran jangan sampai malukan dia, jangan sampai jatuhkan air muka dia.
Wife boleh bagi contoh juga kepada husband, mengenai apa yang husband perlu lakukan untuk perbaiki situasi tu. Contohnya, kata kan lah korang bergaduh sebab kau rasa macam husband kau lebihkan adik dia, atau lebihkan nenek dia.
Kau janganlah menegur husband kau sampai bagi ultimatum pada suami kau pulak. Itu keluarga dia, kau pon keluarga dia. Bantu husband kau untuk prioritize keperluan kau.
Kadang2 husband ni tak perasan yang dia jadi bias, husband pon manusia biasa jugak.
Make sure korang jangan tegur partner masing2 depan orang lain. Atau jangan perli2 depan orang lain.
Kadang2 korang niat melawak saja, tapi without you knowing, partner kau dah terasa hati. Sebab tu kena elakkan gurau2 isu rumah tangga di depan orang. Contohnya, husband kau sejenis clumsy bila driving.
Jangan pulak kau jadikan benda tu bahan jenaka depan orang. Contohnya, wife kau tak pandai bersolek. Jangan jadikan benda ni bahan jenaka umum.
Ada benda kita boleh joke, ada benda kita kena keep it to ourselves. Sebab benda ni berkait dengan self-esteem individu tersebut.
6. Berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga.
Sentiasa lah berdoa untuk kebahagian rumah tangga korang. Parents korang pon takkan kena korang sebagaimana partner korang kenal korang. Only your partner will know your true color. No one else. Hence, korang cubalah untuk bahagiakan partner korang.
Suami: Betul, syurga letaknya di bawah tapak kaki ibu. Tapi, dari segi nafkah zahir batin, kena utamakan wife dan anak2 dulu, sebab ibu kita ada ayah kita. Ayah kita yang patutnya lunaskan nafkah buat ibu kita dahulu.
Nafkah batin adalah nafkah yang husband selalu lepas pandang, sebab korang selalu ingat nafkah batin ni yang atas katil ja.
Nafkah batin ni including taking care of your wife’s emotions, feelings. Lumrah rumah tangga, mana ada ibu mertua dan menantu perempuan yang akan sentiasa berbaik.
So, kadang2 mesti akan ada konflik. Wife kau sure akan mengadu kat kau. Ibu kau pon akan mengadu kat kau. Kau jangan nak blame wife kau 100%.
Kadang2, wife ni banyak jugak makan hati, cuma bila dah tak tahan, dia akan mengadu la jugak. Bila kau berdua dengan wife kau, kau tunjuk la yang kau side dengan dia, kau sebelahkan dia.
Janganlah kau tunjuk sangat yang kau protect ibu kau. Bila kau dah berjaya bagi wife kau bertenang, barulah kau bagi reason pada dia kenapa ibu kau buat macam tu. Sama jugak dengan ibu kau. Bila ibu kau dah bertenang, baru kau back up wife kau dekat ibu kau.
Isteri: Biasanya husband kau memang tak akan ada issue dengan family belah kau. Lelaki memang spesis yang cool ja. Kau, mungkin akan ada issue dengan family mertua kau, sebab memang lumrah orang perempuan suka cepat touching.
So, kalau kau nak mengadu dengan husband kau berkaitan keluarga dia, make sure kau guna perkataan yang elok. Elakkan “maki hamun”.
Kau just luahkan perasaan, bukan marah. Husband kau akan faham situasi kau.
Kau pon kena faham situasi husband kau. Yang kau complain tu, ibu dia, ayah dia, abang dia, kakak dia, adik dia, nenek dia, atok dia, ayah saudara dia, ibu saudara dia.
Pendek kata, keluarga dia. Keluarga yang dia membesar sama2 sebelum dia kenal kau. So, kau kena faham bila husband kau akan ada judgement terhadap kau.
Macam aku mentioned, husband kau akan faham situasi kau, sebab tu bila kau nak mengadu, nak complain, kau guna bahasa yang elok.
Untuk elakkan ketegangan antara kau dan husband.
Aku sebenarnya banyak jugak belajar cara nak handle wife aku dari IIUM Confession ni.
Ada topik2 yang memang aku ambik iktibar, dan ada jugak topik yang pada aku mengarut dalam ni. Cumanya, memang banyak sangat isu masalah rumah tangga. Dah macam page KRT dah IIUM Confession ni.
Sekali dengan aku terjebak. Yang boleh aku simpulkan, dalam perkahwinan, whether we like it or not, husband and wife kena bahagiakan rumah tangga korang dahulu. Korang kena cari rentak dengan partner korang dahulu.
Cumanya, bila dah berkahwin, korang kena letakkan partner korang sebagai priority dalam kehidupan korang, sebab partner korang akan ada dalam kehidupan korang selama2nya. Untuk suami, bimbing isteri korang baik2.
Untuk isteri, jaga hati dan perasaan suami korang elok2. Bila korang masing2 dah bahagia, hubungan pasangan korang dengan keluarga belah korang pon senang nak diuruskan. Sebab korang masing2 dah faham perangai masing2.
Suami, korang jangan rasa diri korang patriarchy sangat. Semua benda korang nak control. Nak tunjuk kuasa veto. NO. Bukan macam tu caranya rumah tangga nak berfungsi.
Isteri, korang jangan ambil hadith sekerat2 saja, tugas isteri cuma layan suami dan jaga anak, kerja rumah taknak buat. NO.
Allah dah cipta kita semua penuh dengan common sense. Baik lelaki, wanita. Kedua2nya ada common sense. Wanita secara hakikatnya memang pandai menguruskan rumah tangga, cuma mungkin kudratnya tak banyak, jadi boleh saja korang mintak tolong suami korang.
Suami pula memang dilahirkan menjadi khalifah, ketua keluarga, tapi bukan bermaksud tak boleh tolong isteri dalam kerja rumah. Saling memahami, saling bantu membantu.
Prinsip aku, bahagiakan rumah tangga kecil korang dahulu, barulah bahagia lain akan menyusul.
Sekian,
– C (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit