Assalamualaikum. Hai awak. Salam perkenalan. Tadi saya ada terbaca post awak. Kisah kita macam lebih kurang sama je. Sambil baca tu terkejut saya,bila masa pulak saya tulis confession ni. Haha. Btw, this is my 5th confession. thanks iiumc team kalau sudi approve.
Awak, kita lebih kurang sama wak. Cuma saya lepasan pelajar pergigian dan awak masih baru lagi dalam dunia dentistry. Saya pun ada masalah gigi macam awak, berlubang sana sini sebab dulu masa asrama suka makan malam-malam lepas dah gosok gigi, lepas tu tidur camtu je. Cuma saya tak pernah la cabut gigi macam awak. Masih cukup 31 batang gigi cuma upper left third molar tak maw tumbuh. Hehe. Saya pun dulu memang first choice nak ambil pharmacy course. Dentistry ni course yang ke berapa ntah sebab tak pernah pun terfikir nak ambil course ni. Tapi dh takdir Tuhan kan, Alhamdulillah sekarang ni rasa syukur sangat.
Saya dulu tak suka sangat sangat sangat jadi doktor gigi. Sebab saya geli sangat tengok gambar gusi bengkak, bernanah, gigi hitam berlubang. Euuu geli!! Asal terjumpa gambar macam tu je terus saya tutup hidung mulut konon-konon tak nak hidu bau busuk tu. Padahal gambar je pun. Hehe
Awak, saya pun macam awak taw. Lepas dapat tahu dapat course dentistry, saya terus tengok gigi saya kat cermin. Rasa macam tak layak. Gigi jarang-jarang, kuning pulak tu! Orang cakap kalau gigi kuning tu sebab tak suka gosok gigi. Lagi lah saya rasa frust wak. Bersungguh saya google tips nk putihkan gigi. Ada yang cakap suruh gosok gigi pakai arang. Bersungguh saya cari arang nak gosok gigi wak. Dilemma betul kan nak jadi doktor gigi ni? Rasa macam nak tarik diri je.
Tapi kan wak, lepas dah belajar dentistry betul-betul, saya rasa bersyukur sangat. Bersyukur Allah tempatkan saya dalam course ni. Saya jumpa hikmah saya dapat belajar ilmu pergigian ni. Kalau tak kerana Allah tempatkan saya dalam bidang ni, mesti gigi saya semua dah buruk berlubang sekarang. Entah-entah semua incisor, canine, premolars, molars dah tercabut. Fuhh fuhh sayanggg! Gigi kita ni tak ada ganti. Dua kali je Allah bagi dalam hidup kita. Gigi susu dan gigi kekal. Tak ada yang ketiga keempat dah.
Dulu kan wak, saya selalu elak jumpa doktor gigi kat sekolah. Sampai sekolah menengah pun still jugak takut-takut nak jumpa doktor gigi. Tapi masa sekolah menengah dulu saya ingat gigi saya ok taw sebab tak pernah pulak kena tampal. Sekolah rendah dulu ada la kot pengalaman kena tampal gigi. Tapi masa dah masuk university ni baru saya taw yang gigi saya ni sebenarnya teruk! ICDAS code 4 atas bawah wak. (ICDAS 4 tu senang kata caries dah sampai lapisan dalam, tapi struktur luaran gigi masih lagi intact). Cuma sebab pain threshold saya tinggi kot menyebabkan saya tak rasa sakit pun. Pheww risau gila saya! Rasa nak cepat-cepat buat rawatan. Alhamdulillah wak, syukur belajar pergigian, baru tahu betapa pentingnya gigi ni. Untuk makan, mengunyah, bercakap, aesthetic. Penting wak, penting!
Awak, pasal keadaan gigi awak tu, sebenarnya awak untung sebab awak dapat rasa macamana pesakit awak rasa. Dulu, saya pun macam awak. Takut. Tapi masa doktor tengah buat tampalan kat gigi saya ni, saya buang jauh-jauh perasaan takut tu, saya hayati betul-betull bunyi slow speed, high speed tu. Saya perhati steps kerja yang doktor tu buat. Tertelan air sebab assistant doktor tak suction betul-betul tu biasa. Dari situ la awak patut belajar sebenarnya. Sebab nanti awak akan jadi dentist as well as assistant kepada partner awak jugak masa clinical year nanti. Jadi, awak boleh la practice apa yang awak tengok tu. Dan awak boleh jugak perbetulkan mana-mana cara yang awak rasa tak betul sikit ke cara dia suction, tersedut lidah ke, rasa nak muntah ke.. kan awak pernah experience semua tu. Hehe
Pasal gigi awak yang nak kena cabut tu kan, saya tak dapat nak diagnose gigi awak tu sebab saya tak tengok. Tapi awak perlu tahu, daripada awak duk simpan gigi tu, lagi lama awak menderita sakit. Mungkin awak boleh buat rawatan akar untuk gigi yang berlubang dan pecah tu. Kemudian crownkan gigi tu lepas dah selesai rawatan akar. Tu pun kalau ada harapan untuk diselamatkan la. Ataupun awak boleh cabut je sebab simpan lama-lama pun jadi infection je. Better awak cabut dan buat rawatan bridge (jambatan gigi) kemudiannya kalau sesuai. Itu pendapat saya lah. Cuma satu je awak perlu sekarang, KEBERANIAN. Jangan takut, anggaplah awak sedang belajar perasaan pesakit awak. Sebenarnya pesakit ni dia takut je lebih, tapi tak sakit pun sebab dah bius. Kecuali kalau bius tu tak jalan. Kalau betul-betul sakit, cakap je kat doktor. Nanti dia tambah la ubat bius. Jangan pulak tipu-tipu pulak nanti lambat siap. Ramai pesakit-pesakit saya dulu, lepas kena inject tu, sambil-sambil borak dengan dia je dah boleh cabut gigi. Sampai pesakit pun tak perasan gigi dah cabut.
Awak, hargailah masa awak belajar dalam course ni. Peluang untuk awak dapatkan rawatan lebih mudah berbanding orang yang tak belajar gigi dan jauh dari klinik gigi ni. Awak dah ada kesedaran, dah pun belajar ilmu-ilmu gigi ni, bertindaklah segera supaya tak jadi lagi teruk nanti. Awak perlu jadi contoh kepada pesakit-pesakit awak nanti. Nanti dah setel rawatan tu, boleh la awak ajar patient awak pulak macamana nak mengharungi detik-detik nak tampal atau cabut gigi nanti.hehe. all the best awak!
To all readers, ingat ya. Gosoklah gigi sekurang-kurangnya 2x sehari. Dan jangan jadi macam saya dulu, dah elok-elok gosok gigi sebelum tidur tapi sempat pulak minum air manis atau makan makanan lepas tu. Sama je la kesannya macam tidur tak gosok gigi. Nanti bacteria-bacteria semua duk syok buat kerja masa kita tidur tu. Gosok gigi sebelum tidur ok? Hargailah gigi anda. Kalau luka di kulit, boleh jadi parut, kemudian sapu ubat kasi hilang parut, lama-lama hilang. Tapi gigi tak. Sekali gigi dah berlubang, kena tampal, lepas tu letak la ubat apa-apa pun, tetap jugak ada kesan tampalan tu. Dan perlu ingat, tampalan pun ada hayat dia. tak selama-lamanya tampalan tu kekal kat situ, boleh jadi tampalan tu pecah. So awak, prevention is better than cure. Jagalah gigi sebaik-baiknya dan hargailah pemberian Tuhan yang tiada ganti tu.
Sekian tazkirah akli nakli daripada saya.hehe.
Selamat beramal!
-cuba teka
– cuba teka
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit