Assalamualaikum. Life. Kehidupan.
Sis. I feel u. Really feel u.
Nak tahu sebab apa?
Okay. Dari kecil, aku dibesarkan dengan asas didikan agama sampai aku bersekolah disekolah agama dan habis je SPM aku terus kerja. Mula aku kerja rasa seronok sangat tapi aku sunyi. Aku takde bf malah aku hidup aku cuma dipenuhi dengan jiran, suasana tempat kerja.
Sampai suatu masa ada lelaki confess dekat aku. Aku terima. Mula episode aku menjadi seorang yang jauh dari Allah. Tau kenapa ? Aku makin lalai dengan si dia.
Suatu hari, aku dirogol dengan suami orang hanya sebab aku tak terima lamaran dia untuk jadi wife no.2 dia. Aku pun bodoh sebab tak buat report polis. Demam hampir sebulan, juga terdapat kecedaraan dalaman. Aku buntu. Aku senyap. Aku stress malah aku sampai terfikir nak bunuh diri. Sebulanaku berkurung dalam rumah sewa aku. Yeah, aku tinggal sorang. Aku kunci rumah. Aku hanya diam. Menangis dan tidur.
Sebelum tu, aku juga dari keluarga yang bermasalah. Abg aku selalu perli aku berpakaian longgar dan besar. Aku sedih. Sebab hanya aku sorang yang kira 'ok' dalam keluarga. Mak ayah aku selalu cari salah aku tapi aku tetap sabar. Sebab aku sayang mereka.
Berbalik pada kisah tadi, aku berhenti kerja dan sambung belajar malah pada masa yang sama bf aku putus dengan aku sebab tak dapat terima aku. Malah pada masa yang sama juga aku dapat tahu dia cuba kenal2 dengan staff baru tempat dia bekerja. Dan skrg mereka telah pun bertunang.
Aku berhenti kerja dan aku sambung belajar. Kisah hitam tu aku diam sampai hari ni.
Ketika kau sambung belajar, mak ayah aku makin hari makin ok tapi masih juga cari salah aku. Tapi datang masalah yang baru pada aku. Aku mula cultur shock.
Percaya atau tidak, aku kuatkan diri dan aku masih kekalkan diri aku. Tapi akhirnya aku cultur shock. Bergaul dengan lelaki dan lepak sampai subuh. Tak balik asrama dan sebagainya.
Aku sedar, lalu aku cuba berubah kembali. Yang pasti, budak kolej aku takde sorang pun tahu perangai aku ketika aku cultur shock. Sebab aku masih kekalkan diri aku yang 'baik' pada pandangan mereka semua.
Dua tahun selepas itu, kejadian buruk berulang kembali. Kali ini aku dirompak dan ditarik ke dalam kereta oleh sekumpulan lelaki. Aku report polis. Parents aku tahu tentang ini. Mereka takde lawat aku. Mereka takde bagi kata positif pada aku malah mereka juga menyalahkan diri aku. Aku? Aku yeahhh.. Aku memang sedih. Kau tau rasa macam apa? Setelah berbulan, laporan kes ditutup atas permintaan aku.
Lama. Lama sangat aku ambil masa untuk pulihkan semangat aku.
Aku tak balik rumah. Aku memang betul2 ambil masa untuk pulih dari semua yang jadi. Aku pergi kelas macam biasa. Aku cuba tak jatuhkan result exam aku. Aku study.
Aku lone ranger. Aku takde sahabat. Semua urusan dari pendaftaran sehingga aku habis belajar sekarang ni, semua aku uruskan sendiri. Aku menyewa rumah.
Aku berubah aku kuat sebab Allah. Itu je. Tentang mak ayah aku? Aku rasa ada hikmah juga kenapa jadi peristiwa hitam dalam hidup aku. Dorang totally change… Dan aku sekarang? Bahagia sangat. Sebab aku dapat balik mak ayah aku.
– Cik A