Ini adalah reply untuk confession, (https://iiumc.com/masih-adakah-sinar/)
Dear confessor, masa saya baca confession awak, fikiran seolah terbang melayang bagaikan berada pada waktu 3 tahun lepas.
Yep, berada di kasut awak. Maafkan saya, jika confession ini seperti mengecam golongan-golongan begitu. “the sin u mock today, may be the sin u do in future”. Betul tak de mana-mana pun manusia yang nak berada di jalan yang salah.
Saya gelarkan lelaki itu A. Saya bertemu A ketika mengadakan event di suatu pasar raya. Ketika itu, hanya saya bekerja secara sambilan hujung minggu dan beliau pekerja di pasaraya tersebut.
A menyapa saya dan bertukar number. First impression “kesian”.A mengatakan dia anak yatim piatu, tidak punya keluarga.
Pada bulan pertama berkawan dengan A, semua nampak indah. Tiada hal yang mencurigakan, sehinggalah ibuku mengajak dia pulang ke kampungku.
bermula saat itu, A sikit sikit menunjukkan perangai kerana beranggapan ibuku telah bersetuju dengan dia.
Pada bulan pertama aku kenal dia, 1 bulan aku mengeluarkan duit untuk sara makan minum A, atas dasar kasihan. Balik kerja berjemput. Aku bawa dia makan kemudian hantar pulang. Dengan keadaan aku yang berkereta, lagi bermaharaja A.
Pada bulan ke-2, A membawa ku berjumpa nenek dia, dan disitulah semuanya tersingkap satu-persatu.
Aku akui, pada awalnya A seorang lelaki yang sangat protective dan tidak pernah mengambil kesempatan untuk menyentuh aku.
Dari situ aku percaya kan A. A pandai bermain kata-kata. Rupanya A, dalam pemerhatian polis kerana dadah, dan masih mengambil barang itu.
A dibuang keluarga kerana dadah. A sentiasa tidak berduit kerana dadah. A tidak pernah menyentuhku tapi dibelakang ku, dia berlanjur-lanjur dengan wanita lain. Tak guna punya A.
Keadaan mula memburuk apabila dia kerap mendesak aku untuk berkahwin dengan nya. Keluargaku membantah habis habisan.
Bermula dari episod penentangan kelurgaku. A bertindak untuk bermain cara halus. Hidup aku ibarat di bawah telunjuk A. Sehingga aku berpecah belah dengan keluarga, dan membawa diri tanpa sebarang harta dari keluarga.
Bermula dari situ, A kerap menghilangkan diri, aku ibarat perempuan gila talak, aku tebalkan muka pinjam duit merata untuk deposit motor A.
Aku korek semua simpanan ku untuk beri kepada A sebagai belanja dan belikan baju baju baru setelah dia mendapat kerja sebagai despatch.
Aku meneruskan hidup dengan susah payah, bekerja berjalan kaki. Naik pengangkutan awam. Lagi2, apabila aku terpaksa kerja lebih waktu, aku berjalan kaki sejauh 1km dari office, menaiki bas terakhir berseorangan, berjalan kaki dari stesen bas ke rumah.
Walaupun bekerja mana duit aku? Sentiasa dikawal oleh A. Apabila A memerlukan duit, dia akan call aku beratus kali, jika aku tak angkat. dia akan terpacak depan pintu rumah sewa aku atau pintu pejabat. Mana A ketika aku susah?
Aku rimas, tapi aku tak tahu jalan keluar. Aku kerap mimpi menakutkan.. Sampailah tahap aku mimpi manusia yang paling aku sayang. Dalam mimpi tu, Arwah hanya pandang aku dengan perasaan marah.
Aku bertambah rimas apabila A berani menyuruh aku buat personal loan untuk kawan dia. Beribu kali dia call minta persetujuan, aku hanya membatu, matikan diri. Mujur status aku ketika itu kontrak tanpa KWSP.
Hujung minggu, Pukul 6 pagi A dah terpacak depan rumah aku nak pinjam RM150, esok bayar katanya. Sebabkan masa tu aku rimas, A call aku beratus kali.
Aku beri dengan berat hati. 2 hari kemudian datang lagi nak pinjam RM50, masa A datang, bau dia.. busuk sangat. Muka macam penagih. Ye, itulah pertama kalinya A munculkan diri semasa high depan muka aku.
Dari situ kickstart aku untuk bagun dari lena yang panjang. Aku tanam tekad untuk berambus dari hidup A. Aku tak nak anak-anak aku jadi mangsa.
Aku tak nak anak-anak aku ada bapak tak guna macam A. Aku cari pertolongan. Aku cari ustaz. Aku cari Tuhan aku balik. Aku dah tak peduli, cincin tunang yang dah dibeli! Waima hantaran2 yang keluarga A dah gubah dan merayu-rayu untuk aku stay.
Keluarga A minta aku teruskan majlis. No way! Masa tu, buat pertama kali dalam tempoh 6 bulan, aku bangun dalam diri aku. Aku pulang kan semua barang2 A bagi kecuali Hp dia. sebab dia hutang aku. Keluarga A tagih hutang pada aku, sedangkan aku perantara.
Segala duit yang keluarga A pernah bagi dekat aku, Demi Allah aku tak guna, sebab A akan minta balik duit tu dan aku bagi pada adik dia juga. Aku buat report polis, A abuse aku, ye dia pukul aku sebab aku provoke dia. Sampai lebam lebam lengan aku.
Aku pindah rumah, A block aku sebab dia bengang aku ambil phone dia.
Some people told me once “U perempuan ada hak nak pilih siapa suami u, tak kira apa status U. Samada u pakai rantai emas atau rantai besi, itu hak u, cari suami yang terbaik”. Thank you auntie for your advice.
Dear adik, di sudut hati u, u sendiri dah tahu masih ada sinar atau tak. Kenapa nak deny?
U bayangkan, 6 bulan yang akak dah lalui tu masih segar satu persatu dalam kepala. sampai tahap, trauma bila nampak muka A. Mimpi meracau-racau. Even sampai sekarang, kalau diputarkan masa, aku akan avoid masa tu.
Aku tak kan meninggi diri. Yep, my prinsip , “aku bukan perempuan yang senang nak kenal dengan stranger dan tak kan susahkan diri untuk lelaki”. A merupakan stranger pertama yang aku berkawan… dan menyusahkan hidup aku.
Jangan terpedaya lah, lelaki terpikat kerana agama.. kawan u tu bukan Ustaz. Kalau dia rasa dia nak belajar agama, dia tak kan belajar dekat u.. jangan naif sangat. Move on selagi masih ada peluang. Banyak lagi lelaki yang akan terima U.
Alisya, i pray for your happiness and awak jumpa dengan orang yang betul-betul akan jaga awak. Bukan lelaki tak guna macam tu.
****Apa dari kisah aku ni, hanya segelintir sahaja aku ceritakan. The rest is history.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit