Reply To One Night Stand

Assalamualaikum semua warga iiumc.. confession ni saya tulis untuk balas confession ‘one night stand’ yang ramai orang kecam tu.

Honestly saya sendiri pun tak boleh hadam dengan gaya hidup confessor sebagai playgirl berzina dengan alasan untuk mengisi rasa sunyi dan bagi saya sangat2 tak boleh terima alasan itu.

Kepada confessor,

Harap awak membaca ini dengan hati terbuka dan perasaan mahu berubah yang tinggi untuk menjadi hamba dan wanita yang mulia di sisi Allah swt.

Dalam confession awak ada sebut pernah menolak tawaran seorang lelaki kerana dia baik dan awak rasa tidak layak kemudiannya menyesal sebab tolak?

Pertama sekali awak kena sedar sebenarnya bukan saja tiada rezeki awak tapi Allah swt pelihara lelaki baik itu daripada beristerikan perempuan seperti awak, ayat Allah swt yang berbunyi :

‘Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik’ awak sendiri pun sedar diri tidak layak untuk lelaki yang baik dalam masa sama awak juga mahukan pasangan yang baik untuk bimbing awak dan kena ingat

‘Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat’ saya yakin awak sendiri pun tak nak pasangan yang jahat bukan? Jadi nak tak nak awak kena berubah jadi baik dulu.

Kenapa awak boleh rasa sunyi dan kenapa sampai boleh jadi begitu??

Memandangkan umur kita dekat saya nak kongsikan juga sedikit dari gaya hidup saya sebagai seorang yang pernah single (now married) tanpa perlu buat perkara-perkara berdosa besar seperti zina.

Saya juga berpakaian menutup aurat dan bertudung, saya belajar agama dan saya yakin awak pun belajar agama.

Saya suka dengan status SINGLE saya daripada zaman sekolah dulu hingga ke zaman universiti dan zaman kerja walaupun di kelilingi kawan2 yang suka bercouple / berkawan dengan lelaki / sikit2 cakap pasal lelaki sampai masuk dalam mimpi.

Tak pernah sikit pun rasa terusik mahu ikut sama seperti mereka, sekadar simpan minat diam2 pada orang tertentu tu biasalah tapi tidak sampai rasa nak try couple dengan orang tu ke.. TAK sebab:

Pertama. Saya berpegang kuat dengan perintah Allah swt yang menyuruh kita jauhi zina bermakna jaga ikhtilat, elakkan berhubung dengan lelaki melainkan atas urusan kerja/ penting sahaja.

Dalam kata lain tak perlu pun ‘kawan lelaki’ dan bila berurusan dengan lelaki ‘be serious’ tak perlu meliuk lentok badan bercakap dengan suara manja ke ‘be professional’ tak perlu melibatkan hati, bab2 hati ni tutup rapat bila berurusan dengan lelaki.

Ke-2. Saya yakin dengan jodoh yang baik2 dari Allah (yang penting mesti jaga diri elok2 dulu sebagai amanah dari Allah jangan lupa jasad kita ni hanya pinjaman dan jangan lupa juga jaga hak2 DIA.

Akhirat nanti kita akan ditanya jasad yang Allah pinjamkan ini apa yang kita dah buat dengannya bagaimana kita gunakannya dengan cara halal ke haram ke).

Ke-3. Saya ni jenis suka benda yang serious saya tak suka benda yang tak pasti/ cuba2 macam couple. Jadi bila sampai je jodoh (my hubby) saya tunang dan kahwin..

Eh saya tak kenal ke siapa bakal suami saya?? Mestilah kenal2 dulu saya ambil masa hampir setengah tahun (tempoh tunang) untuk kenal2 dengan husband dan alhamdulillah rezeki husband lulus sepanjang tempoh kenal2 tersebut.

Sebab kalau tak lulus saya juga tak ragu2 untuk putuskan pertunangan sebab dengan siapa saya kahwin ini soal hidup dan m4ti saya (dalam tempoh bertunang juga perlu jaga hati supaya tak berikan sepenuhnya pd tunang selagi belum sah diijab kabul.

Orang lelaki ni mulut manis daripada gula suka mengayat bagi orang perempuan cair tapi jangan kalah!

Kita orang perempuan kena ada harga diri jual mahal takpe, bila dah sampai umur yang sesuai dan ready untuk ke alam rumah tangga barulah buka peluang pada lelaki yang betul2 ingin masuk meminang kita macam yang saya dah buat.

Maksud tak lulus tu dinilai dari segi AGAMAnya, AKHLAK dan KERJA (kemampuan untuk menunaikan tangunggjawab nafkah selepas kahwin) -boleh juga ni jadi tips untuk cari calon-.

Sepanjang tempoh single tak pernah saya rasa bosan gile ke sunyi yang teramat ke, mungkin sebab hidup saya sentiasa ada Allah di mana2 saja, apa saja yang saya buat/ pilih pasti terlintas difikiran Allah suka ke tak dengan apa yang aku buat/ pilih ni??

Kalau tak aku tinggalkan terus pergi berlalu tanpa rasa ragu2 maknanya apa yang aku suka adalah second.. FIRST mesti DIA, InsyaAllah bila kita dah terbiasa begitu lama kelamaan akan datang rasa macam bercinta dengan Allah dan rasa hidup kita sentiasa bertemankan Allah swt.

Bila cuti panjang pula saya akan isi masa dengan family berkumpul adik-beradik, buat aktiviti pergi pantai ke sungai ke berpiknik/ barbecue dengan family.

Waktu hujung minggu pun banyak benda boleh buat untuk hiburkan diri layan drama apa2 ke try baking kek @ lain2 ke, kalau malas sangat tido (tido pun boleh dapat pahala tau untuk orang yang asal celik biji mata je mesti nak buat dosa sebab dengan tido tu dapat menghalang dia dari buat dosa).

Atau  keluar dengan kawan2 ‘perempuan’ pergi shopping mall tak shopping pun jalan2 cuci mata pun ok, makan2, masuk panggung ke pergi spa banyaklah benda boleh buat yang enjoy dan tak semestinya kena ada makhluk bernama ‘lelaki’ dalam hidup kita ni baru boleh enjoy hokey!

Yelah dunia2 juga akhirat jangan lupa even tengah shopping pun tak kira kat mana SOLAT jangan tinggal! Setengah orang solat dekat rumah je dekat luar tak solat kat situ dah tak jaga hak2 Allah then how do you expect solah to protect you from maksiat? Fikir2kan.

Dah puas enjoy balik rumah masa untuk reflect.. ‘dating time’ dengan Allah swt pula, solat jangan laju-laju jaga tomakninah dan fahami bacaan dalam solat, harus ada rasa Allah swt ada di hadapan kita dan kita sedang bercakap dengan DIA.

Di sujud terakhir baca doa lama sikit sebab masa tulah jarak yang paling dekat antara kita dengan Allah swt jadi mintaklah yang penting2.

Selesai solat jangan terus bangun biasakan berlama-lama di atas sejadah beristighfar banyak2, berzikir, berselawat dan panjatkan doa mohon keampunan biar sampai berjurai air mata.

Baca dan tadabbur alquran (baca terjemahan untuk faham mesej2 yang Allah swt nak sampaikan), rajin2lah buka channel tv/ radio yang ada ceramah @ motivasi.

Bila dah terbiasa dengan gaya hidup bebas ni tak dinafikan bukan senang untuk keluar dari kebiasaan itu tapi tidaklah mustahil untuk keluar dari gelumang dosa tersebut dan mulakan kebiasaan yang baharu (macam norma baharu ni lah tak mustahil kan).

Dengan tekad yang tinggi dan azam yang kuat niatkan lillahi taala, pertama sekali mesti bertaubat nasuha dulu (buat solat sunat taubat).

Bukan taubat sambal belacan mesti ada rasa penyesalan yang tinggi tanda INSAF dengan perbuatan dosa yang dilakukan dan haramkan diri drpda mengulanginya lagi InsyaAllah,

Allah pasti membantu jika kita betul2 ikhlas mahu berubah awak mesti bersabar dan terus bersabar lawan godaan.

Dan yakin dengan janji Allah swt bahawa ganjaran yang besar disediakan untuk orang2 yang bersabar krna DIA bersama orang2 yang sabar dan DIA takkan sia2kan sekecil2 kesabaran hamba-Nya pasti akan dibalas.

Jihad awak untuk berubah jadi baik ni lagi besar drpda jihad angkat pedang di medan perang tau Rasulullah saw sendiri yang cakap bukan saya ye. Kenapa??

Sebab awak kena lawan musuh yang tak nampak iaitu NAFSU dalam diri awak dan syaitan laknatullah, jadi teruskan berusaha dan berjihad sampai menang jangan kalah dengan hawa nafsu dan syaitan!

Jangan pernah putus asa kerana orang yang berputus asa dari rahmat Allah swt adalah orang yang sangat rugi dan berdosa!

Setiap kali jatuh segeralah bangkit dan jangan berlama-lama, doa dan terus berdoa yang terbaik semoga awak berjaya berubah dan jadi wanita yang mulia dan muslimah sejati di mata Allah swt dan Rasul saw. Sekian.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *