Reply to: Result SPM Teruk dan Dimaki Oleh Mak Ayah

Reply to https://iiumc.com/results-spm-teruk-dan-dimaki-oleh-mak-ayah/

Dik, aduhaiii kenapa la dengan kau ni. Aku cepuk jugak kau ni kang. Takde istilah course ‘lelong’. Kau kata kau B40. Yang boleh ubah nasib b40 hanya dengan ilmu & pendidikan.

Meh sini aku nak story based on issues kau. Pada adik-adik lain, ambillah yang mana elok dari story aku ni, yang tak elok jangan ikut.

1 – Nak ambil course Engineering, tak layak, dapat offer Matrikulasi dalam Accounting:

Aku malas nak komen pasal ‘kedegilan’ kau yang nakkkk jugak apply Engineering courses walaupun non hado.

Aku SPM aliran Sains Tulen. Sekolah biasa. Cita-cita nak jadi doktor/pharmacist. Keluarga B40. Ayah aku the only breadwinner, keje kilang nak sara aku 5 beradik.

Result SPM keluar, satu subjek Sains pun aku tak skor. Dapat tawaran matrikulasi dalam course Sains 1 tahun & Diploma Perakaunan. Aku nak pegi matrik, ayah aku tak bagi sbb result semua subjek Sains aku je hancur lebur.

You name it, B, C, D semua ada. Sipi-sipi gagal. Macam mana pun meraung, melalak, menangis, merayu, tetapppp ayah aku suruh aku pegi diploma. Tapi aku tak nak. Sebab aku memang zero knowledge pasal accounting.

Setelah timbang tara semua faktor, akhirnya aku pegi jugak diploma, siap buat deal dengan ayah aku. Kalau tak dapat pointer 3.5 ke atas on 1st semester, aku berhenti belajar dan kerja.

End of 1st semester, tiberr aku dapat pointer 3.5 ke atas. Dean List. Tercengang aku masa tu. Aku yang zero knowledge pasal accounting, boleh dapat DL. Ajerrrr surpriseeee. Sebab apa kau nak tahu? Tak minat mana pun aku time tu, aku fikir at least aku dah buat yang terbaik.

Then, taraaaa you know what happened dik? Aku dapat rezeki sambung degree in accountancy, lepas grad, dapat kerja dalam accounting, alhamdulillah ni tahun ke-8 aku established career aku dalam private sector accounting.

You never know until you try dik.

2 – Tolak tawaran matrikulasi sebab jauh.

We need to struggle first before we succeed. Adik aku habis matrikulasi, dia dapat tawaran universiti dari salah sebuah negeri di kepulauan Borneo untuk sambung degree.

Kitorang satu keluarga tak pernah langsung naik kapal terbang. Aku baru start degree rasanya masa tu, dan ayah aku masih lagi solo breadwinner dalam family. Of course, tak mampu diknon nak beli tiket kapal terbang untuk satu family.

Itu baru isu kewangan. Belum lagi hal-hal lain, macam siapa nak jaga adik aku yang kecik-kecik ni kalau mak ayah aku hantar adik aku untuk pendaftaran sampai ke Borneo sana. Aku masa tu tak reti nak booking hotel guna apps, tak reti travel so tak pandai nak atur itinerary untuk keluarga.

So, solutionnya? Adik aku naik kapal terbang sorang-sorang buat pertama kali dalam hidup dia, register university sorang-sorang, dan sampai dia graduate, kitorang satu family tak pernah jejak ke sana langsung atas faktor kewangan.

Apa perasaan mak ayah aku? Sedih, susah hati lepaskan anak pandai-pandai sendiri hidup merantau kat negeri orang selama 4 tahun.

Apa perasaan adik aku? Sedih kitorang sorang pun tak dapat hantar dia ke sana, tapi semangat sebab dia nak belajar. Demi nak belajar ni dik. Demi ilmu.

Hanya ilmu dan pendidikan je yang boleh ubah nasib diri sendiri dan keluarga.

3 – Kau berterima kasih pada KPT yang susahkan keluarga B40.

Yang sebenarnya, kau yang susahkan diri sendiri. Bukan KPT, bukan jiran, bukan cikgu, bukan kawan-kawan. KPT dah bagi peluang kat kau yang B40 ni untuk sambung belajar. Matematik Moden kau mesti A, B atau C. Sebab tu kau dapat tawaran matrik akaun.

Sebab nak masuk accounting ni kau perlu tahu tambah tolak darab bahagi secara teknikal. Matematik Moden kau sekurang-kurangnya perlu Lulus sahaja. Yang lain-lain dalam accounting ni, kau perlu faham konsep.

Berdasarkan keputusan kau tu lah, KPT nampak kau boleh hadam tambah tolak darab bahagi. Takde istilah course lelong. Yang kena lelong sekarang diri kau sendiri sebab terpaksa menganggur.

Aku kan lah eiii kalau dapat cepuk kau ni sekali, memang sedap tau. Status B40 bukan alasan untuk kau dapat ‘kelonggaran’ atau ‘kemudahan’. Lagi-lagi dalam soal pendidikan ni. Kalaulah kewangan alasannya, matrik ada elaun (kalau tak silap aku).

Sebelum kau masuk matrik, kau boleh kerja part-time kalau kau rasa mak ayah kau tak mampu nak tanggung kos permulaan kau ke Arau tu.

Kau boleh mohon Baitulmal, Pusat zakat, etc. Memang ya banyak kerenah & birokrasi diorang ni. Tapi kalau kau nak something, susah sikit takpe turun naik pejabat.

Habis matrik, dapat offer degree, kau boleh apply PTPTN. Kalau kau genius dapat Anugerah Naib Canselor First Class, kau takyah bayar balik pun pinjaman tu. Sebab dah tukar jadi biasiswa. Aku dan adik-adik aku semua pinjam PTPTN. Nak belajar kan?

Aku taknak sembang apa yang mak ayah aku dah korbankan dari segi kewangan, tenaga semua sepanjang nak sekolahkan aku 5 beradik sampai kitorang semua masuk universiti. Sebab kekangan keluarga tak sama. Tapi setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian.

Kalau sekarang kau dah merentan sebab kau tak sambung belajar sebab kau tak dapat course yang kau nak, kau rasa bila kau kerja nanti, kau boleh ke hadap pengurusan syarikat yang lagi kadang-kadang ajerr jahanam.

Jadi mak ayah aku ni, ujiannya tak berhenti dari kami adik-beradik ni kecik-kecik lagi. Kitorang 5 beradik masing-masing ada ujian masing-masing masa umur 18-22 tahun.

Ada adik aku yang kena buli kat U sampai tulang belakang ni bengkak kena hentak, gagal dalam exam degree masa tahun 2 atau 3 macam tu, akhirnya berhenti belajar. Tapi dia tak putus asa, dia cari lagi lubang-lubang lain untuk sambung degree dia.

Alhamdulillah dia jumpa jalan dia walaupun kena start all over dari diploma semula. Dah kerja, dah kahwin pun alhamdulillah.

Ada antara adik aku yang terpaksa berhenti belajar jugak pada tahun kedua kat U sebab tiba-tiba sakit. Emosi terganggu, hampir depression.

Alhamdulillah hampir dua tiga tahun berjuang dengan sakit dia, kami dah jumpa penawar. Hampir 70%-80% recovery process berjaya. Plannya tahun depan, dia nak sambung belajar semula. Benda ni semua berlaku ketika kami masih lagi B40

Kesimpulannya dik, fikir panjang. Tuhan takkan bagi apa yang kamu nak, tapi Dia bagi apa yang kamu perlu. Yang kau suka tu mungkin tak baik untuk kau, yang kau tak suka itu adalah lebih baik untuk kau.

Aku faham perasaan kecewa kau. Cuma tulah, kalau kau jadi adik aku memang aku cepuk-cepuk je kau ni. Jangan sesekali buat keputusan masa kau tengah kecewa atau tengah gembira. In the end, inilah hasil yang kau dapat, menganggur.

Few solutions yang aku boleh cadangkan kalau kau betul-betul nak sambung belajar in whatever courses:

1) Register diploma kolej-kolej under MARA (Kolej Profesional Mara atau Kolej Teknikal Mara)

2) Cari short courses dalam digital e-learning (belajar Power BI etc)

3) Cari information kolej atau IPT bawah kerajaan negeri. Macam Johor ada YPJ.

4) Cari information berkenaan bantuan kewangan yang pelajar boleh dapat; either biasiswa, pinjaman atau bantuan one-off – kalau kewanganlah yang jadi isu utamanya.

5) Ready mentally & physically untuk jadi orang yg aktif di kolej/uni, pegang jawatan dan sebagainya.

Kenapa? Most of the time orang yang ada jawatan kat kolej/uni ni dapat tempat tinggal sepanjang dia pegang jawatan penting. Jimat duit tak payah sewa rumah/bilik kat luar dengan kawan-kawan.

6) Jangan cerewet. Jauh ke, dekat ke, suka ke tak suka course tu, pergi je. Kau dah jumpa kawan-kawan, kau lupa dah kau minat ke tak course yang kau ambil tu.

Okay dik, aku harap kau fikir panjang lepas ni. Mungkin ni jalannya untuk kau lebih berjaya pada masa depan. Goodluck!

– Penyu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dem, non-bumi nak dapat offer dari matrikulasi kena straight A kot, tu pun kena catu lagi. Bumi anggap matrikulasi ni macam last choice, lol. Patutla malay yang masuk matrikulasi tade kualiti xD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *