Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Ini kali ketiga saya menyumbang kepada IIUMC dengan nama yang berlainan. Harap IIUMC siarkan perkongsian saya untuk manfaat bersama. Mana yang baik ambik lah. Mana yang tak bersesuaian untuk diri sendiri mohonlah panjangkan kepada orang lain, insyaallah.
Nama saya Amad. Berumur 29 tahun. Bakal berkahwin penghujung April 2018 nanti insyaallah. Di sini saya cuba menjawab soalan Tipah disebabkan kesian bila baca komen pembaca yang banyak mengecam daripada membantu. Orang tu dah la baru hilang duit, kena kecam pulak. If you can’t help you better shut your mouth.
SOALAN: Duit saya boleh dapat balik tak sebab saya transfer pada akaun perseorangan, bukan company untuk dia refund sampai 50hari.
JAWAPAN: Pindahan wang ada 2 jenis; (1) pindahan ke akaun sama bank. Kalau bank anda adalah Maybank dan penerima juga Maybank, anda boleh hubungi 1-300 88 6688 dan buat aduan anda telah tersalah transfer. Tak perlu bagitau your nonsense story pasal nak pinjam duit untuk kahwin but at the end kena tipu sebab duit masuk individual bank account. Straight to the point, tanya how to retrieve your money (if possible).
Atau (2) pindahan ke bank lain. Contoh Public Bank ke CIMB. Yang ni susah sikit. Bukan sikit. Susah banyak. Kena call customer service bank pengirim dan bank penerima. Leceh kan? Tapi saya faham kalau Maybank2u pun pengirim tak boleh tengok nama penerima untuk interbank transfer. Bank Rakyat boleh. So kena tanya kedua-dua customer service ni apa proses untuk wrong transfer. Worst case scenario awak takkan dapat balik duit awak sebab bank boleh respon yang itu adalah kecuaian pelanggan. Bank pengirim dan penerima hanya menerima arahan pindahan wang.
Sadly to say, awak sepatutnya call customer service bank pengirim dan penerima dalam 24 jam selepas awak rasa tertipu untuk cuba dapatkan balik duit awak. As a banker, my standpoint is simple, it is your act of negligence because you had 2 checkpoint before you make the decision to remit the money; first is when you were told that you need pay some amount before getting any borrowings; second is when you realized the account belongs to individual and not the company. For that reasons I shall decline your request to retrieve the ‘wrongful transfer’.
By the way, awak tak pernah baca ke scammer selalu send emel bagitau kita menang berapa juta sekian-sekian. Tapi untuk dapat duit tu kita kena transfer kat dia ‘processing fee’. Is that ring a bell? Anyone of you think this is quite familiar?
SOALAN: Apa prosedur yang bank akan ambil? tolong jawab jap pada abang2 kakak2 yang kerja bank tu?
JAWAPAN: Saya dah jawab kat atas.
SOALAN: Boleh ke saya report pada PPIM, Tribunal Pengguna dan BNM ( Si Nisha tu ada bagi sijil daftar BNM syarikat diorang) ? disebabkan ini kes melibatkan pengguna dan saya telah di tipu).
JAWAPAN: For me it looks like awak tak ditipu. Sebab macam saya cakap awak ada 2 peluang untuk tengok sahih ke tak ‘money lender’ tu. Pertama, bila awak kena bayar sebelum dapat duit; kedua bila awak sedar nombor akaun bank tu bukan milik syarikat. Ini cuma kes kecuaian.
SOALAN: Kalau cara atas macam x berkesan, boleh tak bagi jalan untuk saya dapatkan semula duit saya tu? pleaseee.. i need an idea & suggestion..
JAWAPAN: Pada pendapat saya boleh tapi sangat tipis. If I ever have to quantify your percentage of getting back your money, I would say less than 1%. Sebab ini bukan kes tipu, again ni kes awak cuai.
SOALAN: Kalau ada suggestion kat mana lagi saya boleh buat pinjaman yang TRUSTED? Saya bukanlah xserik kena tipu tapi sebab saya terdesak sangat nak pakai buat kahwin & nak tolong tunang saya.. hope korang faham..
JAWAPAN: The best way is, my dear, you don’t borrow just to get married. Shall I tell you my story?
Tempoh bertunang saya 7 bulan. Tunang saya mintak hantaran RM14,000 and I only have 5 months to deliver the money because after that she has to pay to the bridal, caterer et cetera. How did she come with the figure of RM14,000? Sebab lepas dia kira-kira gaji dan komitmen saya, saya mampu untuk kumpul RM3500 sebulan selama 4 bulan untuk bagi dia RM14,000 and I agreed. Tunang saya cakap kos majlis perempuan adalah RM22,000. Dia kata dia akan topup sendiri selebihnya. Lega? Of course saya lega. Alhamdulillah Disember 2017 lepas saya dah bagi RM14,000 in total seperti yang dia mintak, one month ahead of scheduled time.
Ok itu sebelah perempuan, sebelah saya pulak macam mana? Belanja majlis sebelah lelaki? Lepas saya congak pun tak sampai RM10,000 sebab sekadar nak buat majlis bertandang/sambut menantu. Disebabkan saya dah bagi duit hantaran penuh kat tunang saya, saya ada lagi 4 bulan untuk kumpul RM10,000 and I believe I can make it.
Silap awak kat sini, awak petik jumlah hantaran ikut ‘market average’ bukan ikut kemampuan bakal suami awak. Kalau gaji dia RM2500 sebulan (contoh) kenapa nak mintak RM10,000 within 3 months? Isn’t that a stupid proposition? Even if you got no money, boleh nikah dulu kan? Kenduri can always do later.
My last advice is, please revise your wedding cost. Make it below RM20,000. Go to the nearest bank, mintak personal loan RM20,000. Gunakan duit tu untuk majlis kedua-dua pihak. Habis cerita. Lepas kahwin share dengan suami untuk bayar dalam 5 tahun which is around RM500 per month plus interest.
Dua-dua dah buat silap, so dua-dua kena tanggungjawab membayar balik. Nevertheless, saya doakan awak dan suami selamat semuanya dan bahagia till jannah. Amin..
– amad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit