Reply to ‘Suami Buat Kejutan, Tapi…’

Assalamualaikum salam sejahtera harap sangat admin approve post ni untuk membuka minda bangsa melayu yang suka sangat menghentam. Terima kasih andainya nasihat saya ini di post kan.

Saya biasakan diri saya mai lah ya. Terbaca kisah rumah tangga tadi. Macam macam tanggapan negatif dan majoriti nya dari kaum dan bangsa melayu sendiri. Kenapa orang melayu ni lebih suka menghentam berbanding memahami?

1. Ni bukan page rumah tangga.
Ya mai tahu ini bukan page rumah tangga, tapi masa mai tulis confession ni pun mai baca syaratnya tiada letak “dilarang kongsi kisah rumah tangga”. Mungkin tiada syarat sebegitu, sebab tu sang isteri berkenaan berkongsi kisah nya. Mungkin kerana suami nya suka baca confession di page ni atau mungkin juga sang isteri bekas penuntut iium. Jadi kenapa nak kena pertikaikan sang isteri ber confess di sini? Mai pun tak tahu mana silapnya sang isteri meluahkan isi hati nya di sini.

2. Bukan manja, tapi mengada-ngada.
Kalau baca baik-baik, fahami keadan sang isteri. Dia kehilangan ayahnya sejak kecik, ibunya pula sudah tiada. Berjauhan dari keluarga yg di kuala lumpur manakala dia di pahang. Berdua sahaja dengan suami. Suami lah kawan dia, suami lah tempat mengadu, suami lah tempat bermanja, satu-satunya kawan yang dia ada di rumah tu. Dia tiada tempat pergantungan selain suami. Dah nama pun perempuan kecil besar tua muda manja tak bertempat, hati mudah tersentuh. Hati lembut. Mudah rapuh. Tak perlu untuk mengeji dia terlalu manja mengada-ngada. Kita tak tahu entah entah dia jadi “manja sangat” disebabkan kisah hidup dia sebelum-sebelum ni. Kita tak tahu macam mana dugaan hidupnya yang buatkan dia jadi “mengada-ngada terlebih”. Baca semula kisahnya, dia kehilangan anak dalam kandungan tahun lepas. Kita tak alami apa yg dia alami jadi berhati hati lah sebelum mengutuk dan menghentam seseorang.

3. Dia nak kan perhatian tapi kena hentam teruk hahahha & sebar aib
Saya tak nampak yg sang isteri ni inginkan perhatian. Awal awal lagi dia dah sebutkan, dia cuma bertanya pendapat dan mungkin boleh jadi iktibar. Kalau dinilai balik, dia tak cerita pun masalah dia pada kawan dia, dia tak cerita perangai suami pada adik beradik dia. Dia sedaya upaya untuk tidak membongkar rahsia dia sebab dia menjaga aib suami dan rumah tangga nya. Dia luah di sini, dia sebut nama suami dia, nama dia semua. Tiada sorang pun dapat mengesan identiti dia kan? Jadi fahami lah, dia tiada tempat mengadu selain Allah SWT dan ingin meminta pandangan dari pengikut page ini. Bukan untuk membuka aib mahupun mencari dan meminta perhatian.

4. Drama dan sinetron
Jangan kerana kamu selalu layan drama dan sinetron jadi bila kamu baca kisah sang isteri yang lebih kurang macam dalam drama, kamu kata ini suatu drama. Drama tetap drama. Realiti tetap realiti. Jangan kita nak samakan kisah kita dengan sesuatu yang lain. Lain orang, lain kisah.

5. Ego, sentap, nusyuz, derhaka.
Sang isteri dah cakap pada suami, yang dia perlukan masa. Bila dah sedia, dia akan balik. Mungkin dia dah minta maaf pada suami, dah cakap baik-baik dengan suami dan suami pula mengizinkan kerana suami faham isteri nya terasa sangat akibat perbuatannya yang tak kena pada cara. Mungkin juga dia dah beritahu suami tentang keadaannya yang sebenar cuma dia perlukan masa untuk tenangkan diri. Kan dia kata dia dapat mc seminggu maknanya sampai semalam. Mungkin harini atau esok dia balik atau mungkin juga suaminya akan jemput dia kan sebab isnin dia perlu bertugas semula? Yela takkan semua dia nak cerita dalam ni pula?

Tidak terlepas juga ada yang memberi nasihat serta komen yang membina. Tahniah di atas sikap rasional anda. Harapnya, sang isteri lebih melihat komen positif berbanding komen negatif. Sentiasalah berpandangan positif. Cuba lah cari satu yang positif sehingga tiada lagi yang negatif untuk kita nilai.

Kesimpulannya, jadi manusia tu biarlah berperikemanusiaan. Tidak dapat membantu, mendoakan sudah cukup. Pernah dengar tak ayat kalau tak mampu untuk bercakap benda yg baik, lebih baik diam? Kalau menyampah boring sekali pun diam lebih baik berbanding bercakap menyakiti hati seseorang. Bayangkan, kita campak sebutir batu pasir ke dalam sungai, lalu kita turun untuk mencari batu yang sama, sangat sangat susah untuk ditemui. Begitu juga lah di akhirat kelak, hendak mencari manusia untuk memohon kemaafan. Dalam ni kita sama sama tidak ada yang mengenali sang isteri, rata rata komen yang menyakiti hati nya, bagaimana hendak minta maaf darinya? Itu lah penting nya kita menjaga emosi ketika meyatakan sesuatu supaya tidak menyakiti orang lain.

Mai tak kata tindakan sang isteri menjauhkan diri tu betul. Mai tak komen mengenai itu sebab dah ramai sangat yang komen ada yang betul ada yang kasar caranya. Mai cuma komen tentang majoriti sikap melayu yang suka menghentam berbanding memahami.

Dan kepada sang isteri, sekiranya kamu membaca komen-komen di confession kamu, kuatkan lah hatimu. Jangan pandang yang negatif kerana ianya akan menghancurkan kamu. Cuma ambil yang positif yang dapat membina diri kamu. Mengembalikan kekuatan mu. Selalu lah dekatkan diri dengan Tuhan kamu. Minta petunjuk dari-Nya, minta dilembutkan hati suami isteri. Semoga segalanya mudah bagimu. Semoga rumah tangga kamu kekal ke akhir hayat. Jaga diri dan kesihatan baik baik. Semoga selamat melahirkan cahaya mata kamu nanti.

– Sang penasihat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit