Assalamualaikum,ini adalah reply bagi tulisan confession bertajuk Tolong Bebaskan Aku
Saya tidak mahu komen berkenaan peguam tersebut tanpa mengetahui fakta secara jelas dan terperinci. Saya memberi nasihat hanya berdasarkan fakta kes yang saya tahu iaitu suami puan telah lafazkan cerai taklik iaitu “lepas aku ambil kereta dari kau, aku cerai kau talak satu.” Tindakan pertama puan dengan memfailkan kes pengesahan cerai adalah satu tindakan yang bijak. Sekiranya ingin memfailkan apa2 kes perceraian samada cerai secara fasakh, khulu’, cerai seksyen 47 (cerai secara persetujuan bersama), taklik, hendaklah disahkan perceraian terlebih dahulu sekiranya ada suami melafazkan cerai. Tindakan yang perlu puan ambil selepas ini adalah dengan membuka semula kes puan.
Failkan semula kes sendiri, ambil borang pengesahan cerai di Mahkamah, dan hadir perbicaraan. Sekiranya suami puan tidak hadir, Mahkamah boleh keluarkan waran tangkap supaya suami puan hadir ke Mahkamah. Sekiranya suami puan masih tidak hadir, kes puan boleh dibicarakan sebelah pihak dan puan dikehendaki bersumpah. (bergantung pada hakim). Sekiranya hakim berpuas hati dengan keterangan puan dan menjatuhkan talak dengan lafaz tersebut puan tidak perlu untuk buka mana2 kes cerai sebaliknya jika hakim memutuskan bahawa talak tidak jatuh, puan boleh memfaikan mana2 method untuk memohon perceraian. Saya nasihatkan jalan terbaik adalah dengan memfailkan cerai taklik.
Puan boleh rujuk semula surat nikah puan. Sekiranya ada mana2 lafaz taklik tersebut yang dilanggar oleh suami puan maka puan boleh failkan cerai secara taklik. Kes fasakh mengambil masa yang lama berbanding kes taklik. Saya doakan Allah mempermudahkan segala urusan Puan.
Seperkara lagi, post ni bukan berniat hendak back up peguam2 syarie atau untuk menegakkan benang yang basah tetapi sebagai satu kefahaman berkenaan bidang tugas kami secara umum. Perlu jelas ini adalah pandangan peribadi saya secara umum dan tiada kaitan dengan peguam2 lain. Saya tidak mewakili mana2 persatuan peguam untuk memberi penjelasan tapi lebih kepada pandangan peribadi secara umum. Saya mohon agar tidak dikaitkan dan tiada sebarang kecaman diberikan kepada mana2 peguam lain. Bagi peguam swasta, yuran RM 7,500 adalah sangat murah bagi 3 kes.
Tambahan pula untuk kes yang berkaitan dengan interim dan hadhanah yang mana yuran guaman boleh melebihi daripada itu sebenarnya bukan disebabkan keuntungan semata2 tapi kami mengambil kira banyak perkara sebelum meletakkan sesuatu fees kepada client dan sudah tentu kami turut mengambil kira factor kemampuan client. Perlu difahami kami peguam swasta memberikan servis guaman dan sudah tentu ada bayaran yang dikenakan. Sama seperti pekerjaan2 lain yang memberikan servis atau perkhidmatan juga mengenakan caj atau bayaran. Secara melulu melabelkan kami sebagai gila duit dan bukan untuk membantu adalah salah sama sekali.
Kami juga perlu membayar fees mahkamah, duit minyak, tol ke mahkamah, bil2 utilities di firma guaman, peralatan pejabat (sekadar beberapa contoh) dan pelbagai lagi yang mana kesemuanya memerlukan duit. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi sekarang sehinggakan keuntungan yang kami dapat sebenarnya tidak banyak pun seperti yang difikirkan orang awam (bukan semua, saya bercakap secara umum). Saya datangkan beberapa contoh mudah, tuan/puan bekerja sebagai guru, jangan ambil gaji memberi khidmat sebagai guru tetapi niatkan sahaja untuk membantu anak murid.
Bekerja sebagai doctor swasta, jangan ambil bayaran untuk ubat atau khidmat rawatan tetapi anggap sahaja itu sebagai bantuan terhadap pesakit2 yang datang ke hospital atau klinik anda. Cukup dua contoh dan boleh dikaitkan dengan mana2 pekerjaan sekali pun. Kenapa tidak mereka turut dilabel dengan panggilan yang sama? Belum lagi masuk bab client lari tanpa menjelaskan bayaran setelah kes selesai. Berapa kerugian yang terpaksa kami tanggung? Ya mungkin ada yang akan berkata biasalah buat servis mesti ada untung rugi. Sebab itu saya mohon untuk turut memandang dari sudut kerugian kami juga bukan dari sudut keuntungan semata2 yang sebenarnya tidak banyak pun. Saya tidak nafikan mungkin ada segelintir yang bersikap seperti yang dikatakan confessor tetapi dengan komen2 yang memukul rata terhadap kesemua peguam saya berpandangan itu adalah tidak wajar sama sekali.
Seperkara lagi, kami terikat dengan prosedur. Bukan hari ini difailkan kes esok boleh terus hakim mengeluarkan keputusan tapi banyak lagi prosedur lain yang perlu dikuti. Prosedur yang mana bukan untuk menyusahkan pihak2 tetapi untuk memberi keadilan yang sewajarnya. Keterangan kedua2 belah pihak perlu didengar, dicatat, diambilkira sebelum memutuskan apa2 keputusan. Hukum Syarak perlu dipatuhi dengan mengemukakan bukti2 yang ada bagi mengukuhkan sesuatu dakwaan.
Bukan sengaja kami melewat2kan perbicaraan dan bukan sengaja menangguh kes sewenang2nya, juga bukan sengaja kami meminta fees setiap kali perlu hadir ke Mahkamah. Kami juga seandainya diberi pilihan ingin cepat2 menyelesaikan sesuatu kes. Kami faham keadaan client tapi kami tetap terikat dengan prosedur. Sebutan, perbicaraan mendengar keterangan pihak2 dan saksi, soal utama, soal balas, soal semula, mengemukakan penghujahan semuanya perlu mengikut prosedur.
Bukan sekadar terikat dengan peruntukan undang2 dunia, tetapi kami terikat dengan undang2 Allah (Hukum Syarak). Boleh rujuk mana2 kisah sahabat Rasulullah yang menekankan perbicaraan sebelum membuat keputusan. Pengesahan cerai contohnya, sekiranya terus diberikan keputusan tanpa perbicaraan gara2 mahu mempercepatkan kes, jika dihukum tidak jatuh talak sedangkan mengikut hukum syarak telah jatuh, siapa yang menanggung dosa? Cukup sekadar saya nyatakan beberapa contoh keadaan yang perlu kami hadapi.
Mohon maaf atas kata2 yang lantang sekiranya menghiris perasan sesiapa dan mohon maaf post agak panjang.
– peguam picisan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit