Reply: Tolong Baiki Hubungan Kami

Reply: (https://iiumc.com/tolong-baiki-hubungan-kami/).

Hi confessor and girlfriend to Kamal. Aku Melur. Aku pernah share story aku jumpa jodoh dengan kawan baik sendiri and amalan2 yang boleh kita amal kan untuk jumpa jodoh yang terbaik.

Awak, tolong jaga dan sayang diri sendiri ya. Bagus nya awak boleh buat kerja tukang sendiri, sangat independence and mampu untuk beli barang untuk diri sendiri dan orang yang awak sayang.

Saya faham apa awak rasa. Bila orang yang awak dah sayang, dah letak 100% commitment dalam relationships untuk balas sayang dan usaha awak.

Cuba awak pandang dari sudut lain pula, kenapa Allah tunjuk dan bagi awak rasa tak di hargai, rasa dipijak-pijak, rasa diri tak di sayangi.

Sebab, mungkin Allah nak tunjuk dekat awak yang, Allah nak bagi hadiah lagi besar dan baik . Hadiah yang paling berharga dalam hidup awak, hadiah sampai ke syurga.

Awak, saya pun nak masuk 30’s masih muda dalam hidup dan relationships. Malah, masih dalam process untuk berkahwin.

Tapi, dalam process saya nak uruskan majlis kahwin ni, saya nampak banyak benda yang saya buta sebelum ni.

Saya pun, pernah terfikir yang, aku ni takda orang suka, sebab independence sangat kot.

Makcik & pakcik saya cakap, cuba jangan tunjuk pandai sangat, cuba jangan pandai cakap sangat, jangan speaking english sangat etc2.

Lelaki, tak suka perempuan yang pandai sangat, independence and boleh buat semua benda.

Tapi, Aku still aku. Aku buat saje semua benda yang aku nak. Dalam diam, rupanya kawan baik Aku, admire aku. Suka dengan personality and style aku.

Suka dengan attitude aku yang independence.

tak pernah dalam seumur hidup aku, terfikir, orang nampak side aku yang lain. Appreciated sangat rasa.

Awak, jangan risau. Kalau awak bukan jodoh dia, percaya lah Allah tu sayang awak. banyak sangat red flag yang ada dekat lelaki ni.

Letak kan standard awak. Set your standard high sis!

Nak lelaki yang macam mana semua awak set kan.

Nak lelaki yang tak tinggal solat Dhuha, baca yassin everyday , yang sayang awak sorang sahaja, semua awak boleh dapat dengan doa kepada Allah. Malah, Allah bagi yang lagii baik untuk awak.

Aku bertuah jumpa jodoh dengan orang yang sayang saya, yang boleh tolerate dengan perangai aku.

Aku dh biasa buat semua benda sendiri, tetiba, dia pulak nak buat semua. Sampai boleh jadi gaduh la. Haha. Berebut nak take charge semua.

Seorang lelaki, yang aku tak sangka sebaik ini. Again, nasihat aku, serahkan semua nya kepada Allah, Okay.

Saya doakan yang terbaik untuk awak.

Kadang2, keringkan kertas yang basah ni, belum tentu akan baik sempurna macam kertas yang orginal. Mungkin kalau awak tengok kertas2 yang lain, awak akan dapat yang lagi bagus dan baik.

P/s: Saya tak cantek, even tunang saya pun cakap saya tak cantek. Cumanya dia suka personality saya yang buat dia rasa nak sayang and jaga saya.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *