REPLY: “Treat Your Wife Like a Queen if You Want to Be Treated Like a King”

Haii Assalammualaikum wbt.. Selamat berpuasa semua.. saya sebenarnya nak membalas confession Encik Zack dalam link ni : https://iiumc.com/treat-your-wife-like-a-queen-if-you-want-to-be-treated-like-a-king/

Tapi sebelum itu, saya nak mohon maaf jika ada ayat-ayat yang kurang menyenangkan untuk dibaca nanti dan harap admin dapat post sebab saya rasa benda ni patut sebagai ilmu pengetahuan dalam rumahtangga.

Untuk makluman saya seorang isteri, ada anak tiga dan bekerja. Suami lebih kurang macam encik Zack ni. Memang rajin buat kerja rumah juga. Urus anak apa semua. Kalah saya. Saya beranak berpantang dia yang urus A-Z. Alhamdulillah.

Rumahtangga okey, pasang surut tu tetap ada. Cuma sebab encik Zack ada menyentuh hal batin dalam luahan dia, itulah tujuan saya nak respon luahan tersebut.

Tapi terus terang saya cakap.. tak tahulah kalau ayat saya ni akan mewakili isteri-isteri di luar sana. Tak kisahlah yang baru kahwin yang baru ada anak sorang anak 2 ke anak ramai ke..

Okey begini rajin macam mana pun suami tolong isteri di rumah yang sememangnya memang kewajipan suami pun.. saya seorang isteri bukan sentiasa ada nafsu nak bersama sentiasa ya. Memang ada moodnya kalau nak berhubungan.

Bukan macam lelaki kalau nak on sentiasa je ada nafsu & sentiasa ada mood. Pantang dicuit terus nak or nak-nak masa tu juga.

Ada saya pernah terbaca lelaki ni sehari sampai 2-3 kali kalau boleh nak dilayan batin. Setiap hari pun ada. Tapi kalau pun begitu wahai suami sekalian, tolonglah faham sangat2 bahasa tubuh isteri masing-masing. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak.

Itu yang kadang kalau suami minta memang terpaksa. Jika tak ditunaikan jadi dosa pulakkan. Tapi memang akan ke laut nak cepat je habiskan. Saya rasa rata-rata isteri diluar sana pun begitu.

Dan dalam IIUM Confssion ni pun banyak saya baca luahan isteri-isteri yang begitu penat mana nak urus anak nak layan suami lagi (batin) sampai tak terlayan kerana dek penatnya isteri2 ni.

Suami tidak akan nampak kepenatan isteri secara luaran. Dalaman kami yang penat wahai suami-suami. Tak percaya tanya lah isteri masing-masing. Tapi manalah suami nak percaya kan..

Satu lagi sebab yang paling utama bila isteri tak ada mood atau isteri malas nak berhubungan ialah apabila suami lebih dulu mencapai klimaks dari isteri. Saya rasa kebanyakkan isteri akan sokong apa yang saya nyatakan ini. Betul tidak??

Saya ada terbaca 1 komen pembaca “kau try bagi dia betul betul klimaks, nanti dia sampai dia rasa lah seronok kalau kenikmatan seks.. kalau tiap kali bersama kau je game dulu lama lama perempuan pun bosan.. try bagi kaw kaw”.

Hahhh betul lah tu.. sangat2 betul. Terlalu banyak suami diluar sana yang game dulu. Akhirnya isteri-isteri ni terkontang kanting selepas berhubungan. Suami kalau dah puas, tidur matilah dia macam tak ada apa yang berlaku. Esok bangun makan minum kerja macam biasa.

Kita yang isteri terus rasa sakit hati. Memang tak da nikmat yang dirasa kalau hubungan yang sebegitu. Kadang terfikir sampai ke pagi sebab tak puas. Nak minta balik segan.

Saya rasa sangat adil apabila isteri tak da mood suami terus turn off sebab kebanyakkan semasa berhubungan suami yang paling banyak klimaks sendiri & puas sendiri. Klimaks isteri kepuasan isteri takdenya nak dikisah.

Cuba tanya dari hati ke hati isteri masing-masing selama berhubungan berapa kali dia klimaks? Ada kah adil bagi isteri jika suami asyik game dulu? Kalau isteri jenis memendam memang takkan terluah sampai ke sudah. Tup tup ulang balik hal yang sama.

Macam encik Zack kata tu, 10 kali diminta berhubungan 5 kali ditolak. Tapi dalam 5 kali berhubungan tu pernah kah isterinya mencapai nikmat kepuasan? Jangan kan selepas ada anak cuba tanya sebelum ada anak juga?

So dalam situasi saya juga, bila dah suami selalu game dulu, jadi saya jadi malas dan tak de mood nak berhubungan sebab terfikir takut benda sama akan jadi.

Kadang ada masa memang ada mood nafsu tengah naik dapat lah klimaks. Barulah dapat merasa itu lah sebenar-benar nikmat berhubungan dalam perkahwinan

Dulu masa 1st night saya tak tau pun nikmat macam mana isteri patut rasa. Sampai saya terfikir begini ke s**. Tak ada rasa apapun sakit je rasa apatah lagi nak rasa klimaksnya. Tup2 suami pulak yang terlebih dahulu klimaks.

Tapi lepas dah beberapa bulan selepas kahwin tu, ada 1 kali tu saya berhubungan dengan suami itulah kali pertama ya saya betul- betul rasa klimaks dan itulah kali pertama saya terasa nikmatnya dalam berhubungan.

Maksud nya bila dah bersama tu ohh begini rasanya kalau isteri rasa puas dan itulah rasa yang patut seorang isteri rasa bila bersama dan mencapai klimaks.

Dan selepas 14 tahun berkahwin ni pun dan 3 anak ni pun tetap ada juga masalah sama. Kadang ada puas kadang tak. Just layan je kehendak batin suami. Tak klimaks pun tak apa.

Kadang macam tunggul sebab suami tak faham-faham nak juga dilayan. Hakikatnya masa tu tak ada mood dan nafsu nak buat tak ada. Faham tak?

Sebab tu saya dah bagi tahu awal-awal tadi isteri-isteri ni ada masa nak ada masa tidak. Bukan sentiasa on nak s** memanjang. Mungkin dalam sebulan adalah 2-3 kali nafsu nak bersama tu ada.. selebihnya tiada rasa nak bersama.

Kadang ada juga yang menjadi penyebab tiba-tiba mood tak ada. Time nak tu anak meragam lah atau keadaan situasi yang tak dapat nak dijangka. Jadi dari nak buat terus tak jadi buat. Ada juga yang saya perhatikan perubahan nafsu yang ketara tu adalah selepas melahirkan anak.

Mungkin di awal-awal perkahwinan banyak kali jugalah hubungan batin tu dalam sebulan. Tapi kena buat kajian juga lah berapa banyak isteri2 ni tadi mencapai kepuasan selepas berhubungan yang mana sebelum ada anak.

Jadi saya rasa bab perhubungan batin ni bukan setakat encik-encik rajin tolong isteri di rumah jadi selepas itu kami isteri-isteri akan lebih rajin melayan batin. Tolong ya jangan mindset begitu.

Rajin mana pun.. kalo kami tiada nafsu or mood nak buat memang terpaksalah itu atau ditolak. Buat pun sekadar tuntutan yang wajib ditunaikan. Sebab tak nak berdosa.

Satu lagi kebanyakkan yang saya perhatikan dari pembacaan di sini, ada luahan dari isteri-isteri sebenarnya mereka penat. Penat mental penat fizikal. Itulah yang dirasa lebih-lebih lagi selepas ada anak. Kalau boleh nak rehat rehat rehat.

Walaupun suami nampak isteri macam santai je tak buat kerja rumah nàmun hakikatnya dalam diri isteri itu jiwa nya tersangat penat.

Kalau boleh nak rehat rehat rehat. Bagilah me time banyak mana duit banyak mana upah maid banyak kot2 yang banyak duit tu kan. Tapi kadang ada isteri-isteri diluar sana tetap juga tak terlayan batin suami.

Okey itu sahaja dari saya. Harap para suami lebih PEKA keperluan batin isteri bukan hanya semata-mata memuaskan nafsu diri sendiri sahaja sebab tu isteri ni lebih banyak memendam dalam hati dari meluahkan kepada suami terutama bab batin.

Akhir kata maaf kalau ada perkataan yang kurang menyenangkan. Wassalam.

Sekian terima kasih.

– Kristal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ok, saya ada satu soalan. Selama korang penat and takde mood tu, yang kita tak tahu berapa lama. Mungkin sebulan dua atau lebih. Sebab perempuan kan selalu penat. Kitorang as suami of course tahu sebab mulut perempuan sepanjang masa akan cakap dorang penat. Korang benarkan tak suami cari cara lain untuk melampiaskan nafsu dorang, melunaskan bil air orang kata. Tembak dinding dengan berimaginasi atau tengo p*rn. Sebab walaupun benda tu dosa, dalam keadaan darurat, mood isteri pon tak datang2 dah berminggu sebab penat, ianya adalah lebih baik dari makan luar, berskandal dan sebagainya. Sebab awak kena paham, bila bil air tertunggak, tiang elektrik pon akan nampak seksi. Jadi, lebih baik melepaskan ke dinding sebelum dia merosakkan tanaman orang. What say you?

  2. Betul la setuju je..wanita ni kalau bdn dah penat..malas pk psl tut..tau nak tidur rebahkan bdn je.
    Lg2 yg dah beranak..akan ada perubahan hormon bdn.

    Kalau aku lah..aku kena ada mood dan feeling nak ke arah tutt tu..tp lelaki ni asal dpt buang air gatal da cukup..perempuan ni nk buat..kena ada feeling dan desire.

    Jujur aku pon tak suka se* …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *