Assalamualaikum, terima kasih admin sebab sudi siarkan confession ni. Sedikit perkenalan, nama akak Siti (bukan nama sebenar), umur akak dah hujung 30an.
Confession ni akak buat khas untuk adik akak Stevia yang sedang dirundung kepayahan nak menepis perasaan sayang pada lelaki lain. Confession Stevia ada di sini, https://iiumc.com/ujian-perasaan-si-isteri/
Meh akak nak cerita sikit, ujian macam ni bukan hanya awak saja yang alami. Percayalah kat luar sana ada ramai lagi yang diuji dengan ujian yang sama, termasuklah akak awak ni.
Akak ni kerja kat tempat 80% expat (kebanyakannya Mat Saleh). Jadi pergaulan tu agak terbuka. Tapi akak ni bukanlah jenis yang tak tahu agama. Akak masih menutup aurat dan menjaga ikhtilat – InshaAllah.
Akak ni kahwin dah berbelas tahun, anak pun dah dua orang. Alhamdulillah ala kulli hal. Rumahtangga akak biasa-biasa ja. Macam orang lain, rumahtangga akak pun diuji juga. Fyi, suami akak ni anak emak, semua emak dia suruh, semua dia ikut. Tapi, dia layan akak baik ja.
Cuma itulah, jenis patuh kat mak dia tak kena tempat. Sanggup korbankan anak bini kalau mak dia minta apa-apa. Mak dia pula jenis yang suka mengata menantu kat orang lain. Tak kira la menantu tu buat baik ka buat salah ka, mesti akan dikata dan diumpatnya.
Bukan akak seorang menantu yang kena. Semua menantu pun kena sebab anak-anak dia semua lelaki. Jadi kami semua para menantu perempuan menerima nasib yang sama. Kira ada geng la.
Suami akak ni kalau mak dia umpat akak depan orang lain, dia akan diam ja. Tak bela, tak jugak join mengumpat akak. Dia jenis dok diam tak kata apa. Berdecit pun tidak.
Jadi bila dah lama-lama kahwin ni, akak rasa bosan. Ditambah pula suami akak tak boleh jauh dengan mak dia. Jadi serabut kepala otak akak dibuatnya.
Nak dijadikan cerita, akak pun decide nak duduk kuarters yang company sediakan bila akak dapat jawatan baru.
Mula-mula mak mentua ugut tak bagi suami ikut, tapi akak bagi kata dua ja kat suami akak – kalau dia tak mau ikut pindah, akak balik hujung minggu bawak anak-anak. Kira macam weekend wife la kiranya.
Suami kak tak boleh jauh dengan anak-anak dia, jadi nak tak nak dia ikut jugak duduk kuarters sama-sama. Tapi setiap hujung minggu, suami memang akan lesap balik rumah mak dia.
So kat tempat kerja akak ni memang majority mat saleh. Akak ni satu daripada dua orang staff Melayu yang kerja kat sana.
Ditakdirkan, duty partner akak ni sorang lelaki mat saleh bujang. Umur muda 5 tahun dari akak. Seorang yang memang introvert, tak minum arak, tak clubbing. Jenis yang balik kerja duk lepak dalam rumah tengok Netflix, main games.
Akak ni pulak, agak friendly, jenis mak-mak yang suka ambil berat. Dah nama pun kerja sekali, kuarters pun berjiran. Jadi masak apa-apa akak rajinlah bagi kat jiran-jiran mat Saleh ni.
Akak rasa lama-kelamaan sifat akak yang friendly, tambah pulak anak-anak akak yang kecik-kecik ni suka main dengan dia.
Akak perasan yang mat saleh ni macam ter-attached pula dengan akak. Suami akak pula jenis tak kuat cemburu, dia tak kisah pun kalau dia tu datang kat luar rumah (ada lobi luas) dan spend time dengan anak-anak atau bersembang dengan akak.
After a while, akak sendiri terasa macam akak dah tersuka dengan mat Saleh ni. Siapa yang ada kawan mat Saleh mesti tau depa ni tak sama cara layanan macam kita.
Walaupun cuma duty partner, tapi bila berjalan balik dari office dia akan hantar akak betul-betul sampai depan pintu rumah. Siap tolong buka gate.
Kalau pi kedai, dia akan belikan anak-anak akak macam-macam treats. Dia pun seorang yang caring, bercakap guna bahasa yang respectful. Dia akan berdiri bila akak datang dekat dengan dia dan tarikkan tempat duduk untuk kita.
Honestly, untuk perempuan tipikal macam akak ni, ada pulak suami tak romantik yang tak ambil kisah benda-benda “remeh” macam ni, ada perasaan halus yang hadir dalam hati.
Tapi alhamdulillah, akak masih berpegang kuat pada agama dan mat Saleh ni pun sebenarnya berpegang teguh pada profesionalisme kerja. Walaupun kami diam-diam boleh agak yang kami suka each other, kami betul-betul jaga batasan kami.
There are times when he loses it and start giving hints about his feelings and at that moment akak rasa tersentak dan rasa berdosa. Akak perlahan-lahan menjauhkan diri daripada dia dan dia macam faham dan kami start all over again to be just working partner.
Jangan cakap soal rasa berdosa, setiap hari akak berdoa minta pertolongan Allah untuk hilangkan perasaan ni. Kalau adik Stevia cuma mesej-mesej.
Cuba bayangkan akak ni hari-hari bertemu. Sudahlah muka dia hensem, mata dia hijau, cakap pula British accent yang seksi tu. Haha.. Tak ke boleh buat kita gila bayang? Cewahh.
BTW, bukan sekejap ya akak bergelut dengan perasaan ni, lebih 2 tahun akak bertarung dengan perasaan sendiri. Tapi itulah, curang ni adalah pilihan.
Kalau kita sungguh-sungguh minta tolong dekat Allah SWT, InshaAllah pertolongan Allah SWT akan datang. Akak sentiasa doa semoga Allah selamatkan akak dari dosa besar, dari dosa zina, dari dosa menghampiri zina.
Sejujur nya, kita kena sabar dan teruskan berusaha dan berdoa. Bila akak tak boleh tahan perasaan nak mesej dia, akak akan cuba sibukkan diri.
Dan akak rasa yang paling penting, kita jangan cuba compare suami kita dengan dia. Akak hampir setiap hari pujuk diri akak untuk pandang kebaikan suami sendiri. Dan akak akan cuba hitung sendiri keburukan diri akak sebelum akak hitung-hitung keburukan suami akak.
Alhamdulillah lama kelamaan perasaan tu semakin tawar terhadap mat Saleh tu. Cinta ni begitulah dik, kalau tak di baja, lama kelama-lamaan dia akan layu juga.
Begitu juga sebaliknya, akak cuba suburkan hubungan akak dengan suami. Pergi keluar berdua, banyak kan bersembang dan spend masa sama-sama dengan suami.
Walaupun mat Saleh tu masih lagi duty partner akak sampai sekarang, dan dia masih caring macam dulu, masih belikan anak-anak akak treats setiap kali pergi mana-mana. Perasaan akak kat dia dah tak sama dah. Dah tak ada lagi rasa gila bayang, tak ada lagi perasaan nak mesej dia.
Akak perlahan-lahan dapat abaikan perasaan akak kat dia. Dah tak ada lagi dah rasa berdebar-debar bila dia buat benda sweet-sweet kat akak. Alhamdulillah ala kulli hal.
Akak pun selalu habiskan masa akak dengan dengar ceramah agama. Bila rasa bosan atau rasa nak mesej dengan dia. Akak akan buka ceramah agama. Akak elakkan spend banyak masa dengan dia. Setiap kali dia macam ada kata-kata yang berbunga-bunga.
Akak cakap kat dia, “thank you for being such a good working partner, I really appreciate it”. Akak cuba sedaya upaya untuk highlight boundaries tu untuk dia dan diri akak sendiri.
Untuk adik Stevia, teruskan berusaha dan jangan putus asa ya. Percayalah bukan kita sahaja yang diuji, ada ramai lagi di luar sana perempuan yang diuji sebegini. Pilihan untuk curang tu ada di tangan kita.
Kalau kita let our guard off, sampai bila-bila kita akan hidup dengan kesannya. Jadilah perempuan yang tinggi maruahnya.
Percayalah, kalau kita tinggalkan suami kita dan pergi kat dia, dia pun akan jadi sama macam suami kita sekarang, bahkan mungkin akan lebih teruk lagi sebab dia definitely ada trust issue dengan kita.
Dah tentu dia akan fikir, dulu masa kita dengan suami, kita pilih untuk curang bersama dia. Jadi apa bezanya kalau dia dah jadi suami kita nanti?
Jangan dik, jangan biarkan maruah kita di injak-injak hanya kerana kita tak buat pilihan yang betul sekarang ni. Fikir masa akan datang.
Malam ni pandang suami masa dia tidur, dan hitung betapa banyaknya dosa-dosa kita pada suami dan tanya, adakah kesilapan suami yang sekecil itu melayakkan kita untuk curang di belakang dia. Curang adalah dosa, zina adalah dosa besar. Akak doakan semoga Stevia kuat.
Tolong doakan akak juga semoga akak terus teguh dalam menjaga ikhtilat akak dengan mat Saleh sorang tu. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita untuk menjauhi dosa besar. Aamiin ya Rabbal Alamin.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit