REPLY: Untuk J, Patutkah Pertahankan Perkahwinan?

Assalamualaikum, aku ibu, anak sorang yang orang-orang sering katakan “alah, anak sorang, duduk rumah, surirumah, tak layak stress lah” lebih kurang begitulah.

Aku menulis sambil kepala aku denyut-denyut berfikir, apakah ketahikan yang sedang berlaku.

Buat J, suami incompetent yang menulis satu entry “Patutkah Pertahankan Perkahwinan” (https://iiumc.com/patutkah-pertahankan-perkahwinan/), ini adalah segala luahan hati aku, seorang isteri, surirumah, anak BARU SEORANG tu.

Samaada J, kau adalah adalah benar-benar suami incompetentku, ataupun kau another suami kepada seorang lagi isteri yang senasibku, aku pon tak pasti.

Kalau kau benar-benar suamiku, bacalah segala tulisan aku berulang kali, sampai kau betul-betul faham apa yang aku cuba sampaikan.

Semoga Allah membuka pintu hati, pintu taubat buat kau, dan kau kembali menjadi suami yang aku boleh bersandar, dan dengan bangga aku berkata “MY MAN IS RIGHT!”

Pertama sekali, apa sebenarnya yang kau mahukan dalam hidup kau? ataupun aku kecikkan sikit, apa yang kau mahukan dalam perkahwinan kau?

Kalau kau tanya aku, aku seperti wanita diluar sana, aku seorang isteri yang impikan suami aku sentiasa mendengar cakap2 aku,

Walaupon ya, aku suka cakap merapu, suka cakap apa sahaja topik terlintas di fikiran aku randomly, aku isteri yang ingin suamiku sentiasa manjakan aku, sentiasa pampered aku with love, suami yang suka peluk aku, suka menyakat aku,

dari segi agamanya, makan sama-sama dengan aku, with both of us, each other, cerita hal masing2, aku suka suami aku berjemaah dengan aku, aku suami aku bangun pagi2, kejutkan aku, untuk spend masa sama-sama sebelum anak bangun.

Ya, dulu aku struggle with all these aim, aku selalu end up bercakap sorang-sorang, dengan tangan suamiku dengan handphone,

Aku selalu end up aku menyedeng pada kau, tanpa ada pon respon dari kau, dan aku pernah tunggu, tangguh solat, semata nak berjemaah dengan kau, end up kau solat dulu.

Dari aku bersabar, kejutkan kau subuh, tunggu kau nak berjemaah sama-sama, sampai satu tahap au da tak kejut kau pon dah. Kau pon macam tak peduli pon aku tak kejutkan kau, “tak ada tanya pon, kenapa tak kejut saya dah semua, tak ada” so, aku okaykan saje.

aku dah let go segala impian aku, aku dah tak menangih telinga kau mendengar segala merapu aku, aku da belajar, tetapkan hati aku, solat sendiri pon tak apa, seronok juga. Aku da give up perkahwinan khayalan aku ni. Suamiku penat, dia berkerja, aku kena faham.

Pasal kerja rumah, aku tak tahu isteri kau, J, tapi kalau la aku isteri kau, tanya balik pada diri sendiri, bila last aku minta tolong kau buat kerja rumah?

Kalau dulu ya, aku memang bergantung sangat harap pada kau tolong aku, sebab aku ada anak kecik, aku susah nak siapkan kerja rumah, Aku tak tahu,mungkin ak pon incompetent mom, but i knew, im doing the best.

Yang aku tahu, waktu ni, aku tak reti jaga anak, sampai aku nak makan pon kena timing2, kadang makan pon tangan sebelah anak sebelah, kadang nak makan pon abih berterabur makanan, sebab anak panjat aku, aku mandi masa anak tdo sj, tu pon cepat saja. ok stop tu cerita lain.

Ya, aku akui, kau makin rajin buat kerja rumah, tapi sama seperti lelaki lain, ikut mood. Ada mood baik, balik kerja pon kau angkut semua pinggan mangkuk, padahal aku da beritahu, “Tak apa la, awak kerja penat kan arini, tinggal je” adakah tiada toleransi dari aku?

Ada hari, kau menunggu saja di meja makan, aku siapakan semuanya, ada hari, pinggan kau pon cukup berat untuk dibawa ke sinki. Adakah kerja-kerja rumah yang sekali sekala kau sumbangkan tu, membebankan kau?

Kalau kau menulis entry tersebut atas sebab perkataan aku hamburkan pada kau, aku sedalamnya, meminta maaf, tapi apa lagi yang boleh aku buat, semua whatsapp aku luahkan hati aku, hanya ditingal sepi berblue tick.

Dan kau reply sepatah-sepatah mengarah aku suruh ikut kau untuk berbincang depan2.

Aku tak mampu weyh, tak mampu nak berbincang depan-depan, sebab aku selalu speechless dengan all the nonsense yang kau kata, kebanyakan face to face tak menyelesaikan masalaah pon,

Tapi end upnya, kau akan cari apa-apa sahaja untuk meletakkan kesalahan itu pada aku, pada contoh, yang terakhir sekali, isu lain yang aku suarakan, tapi isu lain yang kau bangkitkan.

Aku akan dipersalahkan berburuk sangka dengan kau. Weyh, apa lagi yang aku boleh fikir, suami aku dah tinggalkan aku tidur sorang2, suami aku sentiasa berpaling punggung dengan aku,

Suami aku tak mau cuit aku untuk kejutkan aku bagi anak, rela dia membiarkan anak tu memanjat aku sendiri untuk kejutkan aku.

Apa lagi yang aku boleh fikir weyh? Bila aku cuba untuk tanya, kau biarkan whatsapp aku, bila aku bersuara, serba tak kena apa pada aku.

Bagitahu aku, apa lagi yang aku perlu fikir?? Bila aku tak verbally approached kau, aku tak whatsapp, aku tak kata apa-apa, aku cuba buat letakkan kau ditempat aku, aku buat sama apa yang kau buat,

Kau obviously marah aku, kau obviously tak suka, dan kau pula kata aku dendam, balas pada kau. Ya, aku dendam, apa lagi yang aku boleh buat?

Aku bukan nak aibkan kau, tapi cuba kau fikir, hati isteri mana yang hancur bila dia tau suami dia ketagihan yang haram, sedangkan isterinya dia tinggalkan berminggu2.

Tapi kau dengan bangga, menjawab “saje tengok’ tanpa ada rasa berdosa pon, then aku pon tak boleh nak kata apa lagi dah, apa lagi yang aku boleh harapkan dari hati yang hitam keras, dengan benda haram yang kau rasa ‘saje’ itu…

Suamiku, kita ada anak lelaki, benda inilah yang aku paling takut berlaku dari anak aku. Well, kalau bapak pon macam tu,macam mana??

Aku pon serabut J, serabut. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi aku, aku seorang yang ak rasa aku more capable of doing this, being a mom, housewife, aku nak capai sesuatu dalam hidup aku. Aku nak capai kejayaan aku sendiri, aku cuba bekerja,

Tapi belum rezeki untuk dapat pekerjaan lagi, aku cuba dari rumah, aku cuba meniaga makanan, tapi macam aku cakap tadi, anak aku high demand, susah untuk aku realisasikan semua tu, aku akan jadi kepenatan yang amat sangat,

Seperti yang aku ceritakan tadi aku nak makan mandi pon susah. Lagikan nak buat kek2 or kuih bagai. Isu ini pon aku pernah berkomunikasi dengan kau, aku ada cakap, aku seadaya upaya terima keadaan ini, mungkin allah meletakkan aku sekejap di tempat ni,

Tapi aku perlu sokongan kau, aku perlu kau cakap kat aku, ‘it is okay, you are doing right’ ‘syoknya ada isteri masak kat saya nih,” i need all those acknowledgement . Untuk aku terus kekal semangat, yakin dan tak rasa down.

Tapi, yang itu pon kau tak boleh nak buat, then aku pon dah redha, tapi klau hak aku pon ditidakkan, macam mana? Aku selalu tanya kau, kau nak aku jadi macam mana sebenarnya, kau nak aku buat apa sebenarnya???

Kalau kau rasa ini hakikat perkahwinan yang kau rasa lebih baik tidak berkahwin, samala aku, kalau ini la jalan syurga seorang isteri berilah aku untuk ikut jalan yang lain.

Bukan aku sentiasa mempersalahkan kau, untuk aku menang menjadi “women is always right” tapi apa yang kau buat adalah salah, dan kau adalah hidup aku, aku tak mahu hiup yang salah.

If kau nak jadi “MEN IS RIGHT” then “DO IT RIGHT”. Dan kalau kau tidak mahu mengikut acuan isteri kau, bentuklah acuan sendiri yang membolehkan aku, isteri tumpang sama.

Tapi, kalau kau masih macam ni, macam ni perangai ni, perangai macam suami aku ni, bila ada berlaku apa-apa, emosi aku da tertekan tapi kena tekan lagi dengan emosi LEMAH dan PERANGAI kau yang tak SERUPA SUAMI ni, kau claim diri kau sendiri incompetent,

Yet kau still acah kau yang tak bersalah, cuba meletakkan lagi salah pada isteri, aku nak cakap kau tak layak jadi SUAMI, just stop jadi SUAMI. Pergi mampos!

P/s: sebelum ni pon aku pernah hantar satu confession yang aku minta jalan keluar terbaik dari perkahwinan aku, for those yang reply with all good suggestions, aku nak ucapkan beribu terima kasih. Tapi memerlukan kos peguam yang tinggi.

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *