REPLY: Urus Suami Ke Kanak-Kanak

Reply, (https://iiumc.com/uruskan-suami-ke-kanak-kanak/).

Assalamualaikum dan hai readerssss. Saja ja laa tulis kat sini sebabnya segan nak balas kat komen. Nanti orang kenal. Cewahh perasan. Haha.

Sabar ya Kemboja. Akak pun salah sorang macam hang jugak. Baru 8 tahun kahwin tapi gitu laaa sentiasa kita kena ajar dan bagitau setiap satu benda tu.

Tapi memang macam tu laa orang lelaki Kemboja oii. Jarang laa nak jumpa orang lelaki yang boleh buat semua benda tanpa disuruh. Kalau jumpa tuuu Ya Allah besarnya Rahmat Mu. Haa gitu. Sebab apa depa macam tu?

Sebab kita ni di didik turun temurun zaman berzaman, yang buat kerja rumah semuaaaa orang pompuan. Orang lelaki keluar mencari rezeki. Tapi dulu orang pompuan buat kerja rumah tak pa la kan sebab kebanyakkannya memang suri rumah.

Sekarang ni lelaki dan pompuan semua pakat sama2 kerja. Ada jugak yang jadi surirumah. Alhamdulillah seronok kan. Cita-cita akak pun nak jadi surirumah sepenuh masa. In sha Allah 1 fine day. Hehe. Ok back to the story.

Orang pompuan ni bila penat, dia mula laa nak beletiaq. Tu standard orang pompuan. Memang kebanyakan macam tu. Tapi bukan semua la.

Ada hat baik, tinggi kesabaran dia tu dia tak beletiaq pun. Tapi bukan kata hat beletiaq ni tak baik pulak. Akak pun kadang TERbeletiaq jugak

Takpa Kemboja, relax, tarik nafas hembusss. Okay mai baca macam mana akak buat bila jodoh kita macam ni sebab akak dulu pun macam Kemboja la jugak. Nak-nak masa muda remaja darah panas lagi orang kata.

Dengan komunikasi pun fail. Lagi laaa asyik dok berangin. Jom kita sama-sama belajaq melalui apa yang pernah akak buat dan hadap.

1. Jangan overthinking & high expectations kat suami kita

Suami akak masa kenal dia jenis pendiam. Dia tak slow. Tapi dia pendiam dan baik orangnya. Rajin ke masjid sebab kawan-kawan dia pun orang alim2 baik2. Lepastu Anak kesanyangan jugak la bak kata adik dia.

Contoh yang akak overthinking pada dia adalah bila akak kahwin dengan dia, dia mampu wujudkan keluarga sunnah. Ajak mengaji sama2, solat berjemaah tanpa gagal. Haaa mcm tu. Tengok-tengok bila lepas kahwin lain pulak dari apa yang diharapkan.

Bukan la dia tak solat cuma part jemaah sama2 tu kadang kita pulak nak kena ingatkan solat awal waktu ka kena suruh dia tunggu kita nak jemaah sekali kaa. Semua kita laa. Lepastu akak bayang dia boleh ringankan kerja akak di dapur.

Yaa laa dah mak bapak bukak kedai makan, mestilah akak anggap dia pandai serba serbi di dapur. Rupanya bila dah kahwin, cawan lepas minum pun tak pandai nak angkat memang stress la cerita dia. Haha. Tapi nak buat macam mana kan mungkin didikan dari kecil dia macam tu.

Cara akak, akak buat ayat perli contohnya “eh cawan ni ada kaki laa. Tadi elok dok susun kat rak. Tiba2 dah ada kat sini” lepas tu elok pulak haa dia angkat cawan tu ke singki. Tapi tak habis situ ja dik oiii.

Kena pesan pulak terus basuh cawan tu. Haha. Makan masa la jugak dik untuk jadi habit dia. Sekarang Alhamdulillah boleh di harap dah. Tambah dah ada anak, lagi la kena tunjuk tauladan yang baik.

2. Ajak suami sama-sama buat kerja rumah

Jangan suruh dia, tapi kita ajak dia. Contohnya “jom abang tolong basuh pinggan sat. Takut la sorang2 kat dapur” haa gitu. Tak pun “jom abang beli barang rumah. Satgi pi sorang-sorang orang ngorat pulak”. Memang awai-awai kita rasa macam terbeban. Semua nak kena ajak.

Takpa dikk. Sabaq banyak-banyak. Akak pun rasa macam tu awai-awai. Tapi ingatttt komunikasi tu penting. Laaa ni suami akak yang tak boleh ke mana sorang-sorang. Haha. Sebab dia dah biasa akak ajak dia berdua buat apa pun.

3. Cakap terus terang menusuk sampai ke hati.

Okay untuk point ni terus terang akak cakap sangat laaa susah bagi akak. Hahaha. Sebab akak berangan dapat suami yang romantik. Akak bayang ja apa nak dalam kepala, terus dia bagi atau dapat. Tak pun akak buat kiasan apa-apa terus ada depan mata dia belikan.

Contohnya “lawa la iphone tu” tup2 ada depan mata dia pi beli bagi hadiah. Ataupun akak masukkan gelang emas habib dalam troli shopee, tengok2 suami dah bayarkan. Haaa gitu laa angan-angan mat jenin. Hakikatnya orang lelaki ni bukan macam tu. Hahahaha.

Depa bukan ahli nujum boleh paham apa yang tersirat di balik hati kita ni Kemboja. Mau tak mau memang kena habaq terus terang. Nak iphone cakap “abang, nak iphone. Tolong beli”

Nak gelang emas cakap “abang, sayang ada masukkan gelang habib dalam troli. Tolong bayaq nah”

Nak suprise kena cakap jugak “abang, nanti besday sayang, sayang nak suprise kereta menan sebijik tau” haaa kena bagitau detail apa yang kita nak. Walaupun suprise orang tak bagitau, tapi dengan sesetengah orang lelaki ni kita kena bagitau sebijik sebijon apa benda yang nak.

Ok?

Apa lagi eh rasa macam ada lagi tapi lupa pulak. Haa macam adik kata tetamu nak mai lagi 2 jam baru habaq tu kan, solusi dia macam ni dik Kemboja. Hang ajak dia kemas sama-sama sambil-sambil tu order grab food.

Walaupun niat dalam hati ni nakkkk sangat masak bagi orang rasa ayaq tangan kita kan, tapi ketenangan hati tu lagi penting. Kita pun takdak laa asyik nak merajuk sentap memanjang. Cepat tua tau. Haha padahai akak dulu pun lagu tu la jugak.

Takpa dik slow2 take your time. Life is a learning process. Sentiasa kita belajaq benda baru. Dah jadi mak bapak bun belajaq cara nak jadi mak bapak. Anak dah bertambah pun kena lagi belajaq macam mana nak urus anak 1,2,3.

Untuk kecaman-kecaman yang ada di komen tu abaikan lah dik oii. Baca yang positif saja. Setiap orang lain situasi masalah dia. Memang tajuk masalah tu macam sama kan tapi situasi masalah berbeza. Yang nak bagi komen pulak, tapis2 la sikit.

Jangan sampai kita memperlekehkan masalah orang. Kalau kita rasa macam “alahh tu pun nak stress, tu pun nak bergaduh laki bini” haa nanti dulu. Simpan la kata2 kita tu dalam hati saja. Dia mintak komen yang educated, jadi kita bagi yang educated.

Sama-sama kita belajaq. Tak rugi pun tak komen. Rugi kalau kita ada ilmu tapi tak share. Akak pun bukan la ada ilmu alam rumahtangga ni banyak tapi saja nak share pengalaman akak ja sebab akak dulu pun macam tu. Laa ni Alhamdulillah dah sejuk mata memandang. Haha.

Dah pandai lipat kain, pandai masak, pandai jaga anak. Ehh takmau laa cerita lebih. Ghisauuuu pulak ada yang memerati tu. Haha. Tapi walaupun dah pandai serba serbi berbanding mula-mula kahwin, tetap jugak ada benda kita nak kena suruh dan bagitau terus terang.

So sekarang akak train anak akak pulak buat kerja rumah. Sama laki pompuan dua-dua kena main peranan. Belajaq settlekan kerja rumah, tolong bantu mak ayah. Supaya besar nanti depa senangkan bini depa. Boleh ringan tulang bantu bini kat dapur ka, tolong jaga anak kaa.

Bini nanti pun tak gaduh nak stress. Dah laa depa tak boleh gilir-gilir tolong part mengandung dan bersalin kan anak tu, jadi kena laa gilir-gilir tolong tang lain. Okay tu saja. Semoga perkongsian akak ni membantu hang dik Kemboja oi. Semoga bahagia sampai syurga.

– Kekwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *