Reseki VSS

Assalamualaikum..
Nama saya Akiko (bkn nama sbnr) peminat apa saja yang berkaitan dengan Jepun tapi bukan hal ini yang saya cuba share kan. Guna aku la ye sbb rasa macam informal sikit so senang nak berbicara. Thanks to admin kalau siar kan luahan aku ni. and ni pestime aku hantar benda2 gini kat blog. aku tak reti sangat mengarang so kalu agak2 tak betul ayat tu mohon maaaf banyak2 ye.
Aku bekerja sebagai executive sebuah bank di Kuala Lumpur. Aku bekerja di bahagian back office tapi under operation. Last month company aku ada offer Voluntary Separation Scheme (VSS) untuk semua kerani dan juga untuk staff under management. Tapi aku tak dapat surat offer tu and aku pun tak de la apply nak ambil sbb aku fikir gaji tak berapa banyak and keje pun baru berapa tahun so total up memang tak sampai pun 100k. Tapi kebanyakan staff yang nak amik ni dorang akan dapat VSS tu more than 200k. And bila dah kira dapat banyak tu so ramai la yang apply nak amik. Tapi dalam surat offer tu ada klause “encourage to apply’ &”upon boss approval” tapi dorang yang apply ni cuma nampak klause encourage to apply je.
And end of last month agak ramai gak la yang submission lulus and dorang semua last keje 30/09/17 ritu. Pastu next batch will be last 13/10/17 nanti. Di section aku ni boleh kata 6/9 kerani yang apply VSS tu tapi semua tak tau status lagi and ada kemungkinan tak lulus. Bagi aku la kalau tak lulus tu kira satu rezeki gak la kan sbb masih ada keje, bank tanggung semua medical expenses, and every month bagi gaji. tapi tu bagi aku la. berlainan pulak dgn dorg yang apply tu. bila dengar desas desus yg application dorg mungkin tak lulus dah start nak wat perangai. walau sebelum ni pun tak de la bagus sangat, tapi bila tau pasal tak lulus application ni lagi la mula wat perangai lagi teruk.
Aku pun tak de la baik sangat, selalu gak masuk opis lambat..masa keje ada gak buat hal2 personal, selalu gak amik mc tp still under control la sbb aku under management. Kalau teruk sangat tak de bonus nanti..huhuhu…tapi aku sekarang cuba untuk bekerja dengan lebih baik sebab aku mahu kan keberkatan dalam rezeki yang aku dapat walau kadang tu ada gak la culas and ronggak nya.
Ok pasal staff2 yang tak dapat VSS ni aku cuma pelik la. Sbb siap cakap boss kejam. Padahal VSS ni pernah di offer 4 tahun lepas and orang yang sama gak la mengamuk2 bila boss offer kat dia and kata boss kejam. Now bila boss tak approve application dia pun kata boss kejam. Persoalan aku apa yang kejam nya? boss bukan buang ko keje..boss masih mahu ko keje and bagi ko gaji setiap bulan macam biasa tak de kurang, tanggung segala bill hospital ko yang tiap2 bulan beriban2 tu. so tang mana yang kejam tu? Kalau rasa dah tak larat nak keje nape masa ko kena cancer dulu and boss pernah offer VSS dulu nape masa tu tak amik and ko kata boss kejam sbb suruh ko amik? Aku pun tak tahu la apa masalah boss tak nak lepas dia tapi aku rasa sebab dia lagi 2 tahun nak retired kot, so boss rasa tak baloi nak bayar VSS dia sampai 200k lagi pun dia ada masa 2 tahun je nak retired. Tapi dia cakap dah tak larat nak keje and rehat tapi 1 je persoalan aku yang tak paham sampai sekarang, dia ni dah 3x kali kena cancer and nape masa mula2 kena dulu tak berhenti keje sbb masa tu mmg boss ada offer VSS gak cuma tak de la sebanyak ni dapat tapi dalam 100k lebih gak la sbb dia dah gaji mati and keje pun dah lebih 25 tahun. Bank pun banyak akal gak, mesti la dia tak kan lepas kan org yang dah nak pencen and nak kena bayar smp beratus2 K.
Bukan nak mengata tapi orang2 tu sembahyang nya cukup, selalu pergi ceramah agama, pandai berbicara pasal agama tapi nape bila pasal duit pasal rezeki and keberkatan terus di lupa kan? ada la orang cakap kat dema2 ni mungkin ada hikmah nya nape tak lulus. and itu bukan rezeki nya tapi masih bekerja dan di beri tu juga nama nya rezeki and nape tak nak bersyukur? tak fikir ke orang2 yang tak de keje, merempat nak mencari duit untuk sesuap nasi tapi korang ni boleh bercuti merata pelusuk, ada fixed income every month tapi nape tak tau nak bersyukur. masih berkomplen boss kejam, tak adil. Bukan la nak kata boss tu baik tapi fikir la in positif way, apa yang jadi ni mungkin ada hikmah nya.
Andai kata lulus, dapat 250k tapi tiba2 sakit teruk and duit yang dapat tu xboleh nk cover, atau tiba berlaku kebakaran ke kena rompak ke? tak ke rasa menyesal lepas tu? semua tu ada hikmah nya.
Dulu aku pun pernah, bila tak puas hati dgn boss aku amik mc berhari2, tak datang keje tapi tu dulu la. sekarang aku cuba berubah untuk jadi yang lebih baik dan aku mahu rezeki yang aku dapat tu berkat sbb semua tu akan jadi darah daging aku. Bila kerja dengan tidak seikhlas hati, menipu, makan rezeki yang tak berkat sbb tu la bla g dgr ceramah apa yang ustaz cakap pun masuk telinga kiri kuar telinga kanan tak betul2 lekat di hati. Aku bukan nak judge tapi ini apa yang aku nampak and apa yang aku rasa tapi kalu tak betul mohon maaf. Selagi tak tahu keputusan nya kerja la dengan elok sbb tu salah satu rezeki. cari la rezeki yang halal and paling penting BERKAT.
Maaf pada sapa yang terasa dengan apa yang aku tulis ni tapi aku cuma luah kan apa yang aku rasa di hati dan fikiran aku. Aku insan yang hina dan masih dalam mencari ilmu. nak tegur orang2 camni depan2 rasa tak layak dan for sure kena banned punya sbb budaya kat cni bila kita silap sikit di jaja segenap ceruk. tapi bagi aku biar la janji aku datang buat keje aku and balik umah tido,rehat cam biasa cukup bulan dapat gaji boleh la belanja untuk diri aku dan mak bapak aku.
So akhir kata, walau apa pun keputusan ni bekerja la elok2, cari la rezeki yang halal dan BERKAT. Dapat ke x VSS tu semua nya rezeki. Kalau boss tak lulus tu, atas kehendak Allah gak. pikir la in positif way, ada hikmah setiap apa yang berlaku.

– Japanese Gurl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit