Respon Kepada Pusat Asuhan Neraka

Assalamualaikum readers. Ini adalah respond untuk confession Pusat Asuhan Neraka oleh Miss T.

Part I, (https://iiumc.com/pusat-asuhan-neraka/).

Part II, (https://iiumc.com/pusat-asuhan-neraka-ii/).

Terima kasih diucapkan atas pendedahan tersebut dan saya percaya semua orang termasuk confessor dan pengkomen berniat baik demi kebaikan anak-anak oku tersebut.

Dah keluar Part 2 baru berkesempatan nak submit confession ni. Tapi jangan risau, isinya tetap sama, iaitu lebih kepada tanggungjawab ibu bapa ketika memilih tempat jagaan anak mereka yang terbaik. Ini sekadar pandangan saya yang baru beberapa bulan bekerja sebagai pengasuh taska.

Selain berdaftar dengan JKM, sebelum membuat keputusan memilih tempat jagaan anak-anak yang terbaik, cuba buat beberapa cara ini:

1- Pastikan tempat jagaan tersebut ada CCTV.

Yang ini sangat penting sebab kebiasaannya pengusaha tempat jagaan jarang berada sepenuh masa di tempat tersebut jadi bukti yang ada hanya bergantung sepenuhnya dengan CCTV. Walaupun CCTV juga mempunyai keupayaan yang terhad dari segi kawasan yang diawasi, tapi sekurang-kurangnya CCTV mampu membuatkan staf lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.

2- Memahami perasaan dan emosi anak ketika berada di tempat tersebut.

Walaupun orang kurang upaya, namun anak-anak istimewa ini tetap mempunyai hati dan perasaan dan dikurniakan Allah cara tersendiri untuk memberitahu perasaan mereka. Di taska saya ada seorang anak autisme. Kami tiada pengalaman mengendalikan anak tersebut tapi dalam masa beberapa bulan, kami boleh faham sedikit sebanyak perasaan dia walaupun dia tak boleh bercakap. Jadi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa terutamanya, pasti lebih memahami perasaan anak anda . Cubalah, ambil masa selami perasaan dan emosi anak anda.

3- Cuba melawat tempat tersebut pada waktu sibuk.

Contoh waktu sibuk adalah waktu tengahari iaitu ketika anak-anak sudah penat dengan rutin pagi dan banyak menguji kesabaran penjaga-penjaga. Cara ini ada dilakukan oleh beberapa ibubapa di tempat saya yang datang secara tiba-tiba pada waktu tersebut dan tengok bagaimana cara staf mengendalikan anak-anak pada waktu kelam kabut tersebut.

4- Perhatikan perubahan staf.

Tak pelik ke jika dalam masa 4 5 bulan, pusat jagaan tersebut bertukar 2 3 orang staf baru? Jika itu berlaku, cubalah selidik apa sebenarnya di sebalik tabir pusat jagaan tersebut. Mungkin ada yang akan beranggapan, staf bertukar ganti kerana bukan semua orang boleh bertahan lama bekerja di pusat jagaan, tapi saya percaya jika pengurusannya bagus, tak mustahil yang tiada pengalaman pun sanggup bertahan di situ.

Akhir sekali, walaupun saya seorang pengasuh yang diamanahkan untuk menjaga anak-anak, jujur saya cakap, kadang-kadang kecederaan tidak dapat dielakkan. Saya setuju dengan Miss T untuk tidak terlalu percayakan pengasuh anak-anak anda dan cubalah untuk bercakap dengan semua pengasuh di tempat jagaan anak anda. Sekali 2 tercederaan itu mungkin tidak sengaja atau terlepas pandang, tapi jika terlalu banyak, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Banyakkan berdoa untuk keselamatan anak tuanpuan. Buka minda dan sentiasa berhati-hati setiap masa walaupun tanpa ada kes penderaan yang viral. Anak-anak adalah amanah kita dan jika ada apa-apa berlaku keatas mereka, kita juga turut mempunyai bahagiannya. Semoga anak-anak kita dilindungi Allah selalu dan kita lebih berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini termasuklah untuk komen sesuatu perkara. Yang baik ambil iktibar, yang buruk tegur dengan berhemah.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.

– Cik Suria

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *