Aku ada terbaca confession friends for benefits yang dikongsikan oleh saudara kita ini. Disini, aku terpanggil untuk memberikan satu perkongsian kepada saudara dan kepada sesiapa jua yang mungkin atau sedang melalui perkara yang sama, kerana aku merasakan bahawa saudara seolah olah “cermin” kepada diriku cuma berlainan cerita. Aku juga seorang lelaki dan berumur 24 tahun.
Aku faham, apabila sejak kecil, sejak dibangku sekolah lagi orang cop saudara dengan panggilan “pondan”. Apalagi kalau tiada seorang pun yang support saudara dikala orang lain tengah “make fun of you”. Walhal orang yang dianggap sahabat atau kawan sekalipun turut mempertawakan saudara. Agak sedih bila orang yang kita rasa rapat, yang kita rasa boleh support kita, yang kita rasa boleh jadi sumber tempat kita mengadu, tetapi at the end of the day, orang itu mengecewakan kita. Aku faham, saudara.
Kisah saudara adalah mengenai teman-teman, kawan-kawan saudara yang seringkali cop saudara sebagai pondan dan jadikan saudara sebagai tempat “apabila diperlukan sahaja”.
Kisahku, family aku sendiri cop dan panggil aku sebagai “pondan” selama 24 tahun ini !!!! Aku bukan bermaksud hendak membuka aib sendiri, tetapi since aku completely anonymous kat sini dan korang pun tak kenal aku, aku pun tak kenal korang, so dengan perkongsian ini aku berharap sama2 kita beroleh ikhtibar.
Cuba saudara bayangkan. Selama 24 tahun ini aku berjuang untuk melawan diri sendiri, untuk tidak mengendahkan panggilan buruk itu, apalagi ianya datang daripada keluarga sendiri. Aku sendiri pun berasa pelik. Ketika berada di sekolah, sekolah rendah dan menengah, tidak ada seorang pun kawan2 aku yang panggil aku sebagai “pondan” atau sebarang panggilan yang sewaktu dengannya. Akan tetapi, apabila aku berada dirumah, anak2 saudara aku, seringkali panggil aku dengan panggilan tersebut !
Mungkin kerana mereka terdengar ibu/ayah mereka panggil aku dengan panggilan tersebut sehingga sebati dengan mereka. Mungkin juga kerana, kalau aku berada dirumah, aku amat jarang memerahi anak saudara aku, sehingga mereka hilang rasa respect dalam diri mereka kepadaku. Mungkin juga aku tidak segarang seperti adik beradikku yang lain. Entahlah..
Aku masih ingat, abang aku sendiri. Ketika itu aku sedang berjalan bersama dengan kawan2 ku, dan aku terserempak dengan abang aku. Beliau dengan selambanya panggil aku pondan. Walaupun aku rasa malu, aku buat tak tahu je dan terus berlalu pergi meninggalkan beliau. Mungkin ketika itu kawan aku perasan, tapi syukur alhamdulillah, mereka tidak pernah panggil aku dengan panggilan itu.
Aku masih lagi ingat. Abang aku panggil aku pondan dihadapan kenalan kakak aku, dan abg iparku. Rasa malu, ya Allah, tuhan saja yang tahu, apabila kau dipanggil pondan dihadapan orang lain, walaupun kau tahu kau bukan sebaliknya. Tapi, siapa kita untuk hentikan persepsi orang kan. Jadi pilihan yang aku ada pada ketika itu hanyalah senyum, diam, walaupun dalam hati “sudah, mesti lepas ni kenalan kakak aku ini assume aku juga seorang pondan”. Aku biarkan perasan itu berlalu pergi…
Kalau nak tulis disini, mungkin terlalu banyak rasanya pengalaman pahit aku apabila dipanggil sendiri oleh family aku sebagai pondan. Walaupun mereka dah tak panggil aku dengan panggilan tersebut, tetapi, sedihnya, anak2 mereka pula sekarang melakukan hal yang sama, walaupun tidaklah seteruk dulu. Sebab itu, bila aku pergi jauh belajar, tidak ada seorang pun ahli keluarga aku yang aku rindui melainkan ibu aku sahaja.
Selama 24 tahun mereka panggil aku “pondan”, aku dah maafkan semua kesalahan itu walaupun hampir mustahil untuk aku melupakannya.
Walaupun ada sedikit kesan psikologi dalam diri aku, tapi aku sedang berusaha untuk melawan kesan tersebut. Syukur alhamdulillah, selama aku belajar daripada sekolah rendah hinggalah ke peringkat pasca- siswazah, tidak ada seorang pun kawan2 ku yang memanggil aku “pondan”.
Saudara, mungkin kita berlainan cerita, tapi aku faham peritnya rasa bila orang sekeliling memanggil saudara sebagai pondan. Bertabahlah saudara.
*********
Ibu aku selalu berpesan, kawan, kawan lah juga, tapi biar jangan terlalu rapat. Aku pun macam saudara. Kadang2 rasa susah nak tolak apabila kawan2 meminta pertolongan. Rasa jealous tengok orang sekeliling lepak ramai2, borak bergembira bergelak ketawa beramai ramai. Sebab aku, sejak dibangku sekolah sehingga lah masuk ke alam matrikulasi, aku selalu bergerak seorang ke sana dan ke mari.
Apabila masuk ke alam universiti, aku sudah mula bergaul dengan kawan-kawan ku, tapi tidak terlalu rapat. Di universiti, aku adalah seorang class representative. Jadi, seringkali kawan-kawan aku meminta pertolongan daripada aku, minta itulah, minta inilah. Selagi aku mampu, aku akan tolong mereka. Akan tetapi, there are times you should say, NO. Dengan berani, tegas, say NO kepada mereka. Terutamanya kepada mereka2 yang selalu mengambil kesempatan terhadap saudara.
Sekiranya mereka anggap saudara adalah sebahagian daripada kawan mereka, mereka akan tetap mengajak saudara untuk join mereka, pergi makan sekali ke, lepak sekali ke, jejalan sekali ke, they will still invite you in.
Macam aku, seringkali juga aku ” say NO ” kepada kawan-kawan ku (walaupun dalam hati dah rasa bersalah dah), tapi, mereka tetap mengajak aku untuk pergi makan bersama , pergi menonton wayang sekali dan sebagainya. Itu bermaksud, mereka dah anggap aku sebagai kawan mereka. Kalau sekalipun mereka dah tak ajak aku untuk join apa2 aktiviti mereka, SO WHAT !!! Its hurt if they leave you behind but what doesnt kill you makes you stronger. Jadi, aku harap, saudara pun boleh melakukan perkara yang sama.
As long as saudara masih mencintai wanita, tidak suka kepada kaum sejenis, menolak LGBT 100%, so just accept the way you are. Kalau saudara betul2 nak nampak macho, tak perlu pun paksa diri untuk berkawan dengan orang yang akhirnya melukakan saudara. Berkawan lah dengan perempuan, seimbangkan antara lelaki dengan perempuan, dan kalau boleh, jangan rapat sangat, just kawan pun sudah cukup.
Bila saudara bergaul dengan kawan2 lelaki, jangan nampak lemah sangat ! Maksudnya, bila diorang suruh buat ini, saudara bagai kerbau dicucuk hidung, ikut je apa yang diorang suruh “for the sake of tak nak hilang kawan”. Say , NO appropriately, dan kalau selepas itu diorang tak nak dah kawan dengan saudara, leave them behind. Selain itu, bila lepak dengan kawan2 lelaki juga, boleh cakap secara sopan yakni tidak mencarut, tapi biarlah jangan sopan dan lembut sangat.
Okay, panjang pula. Saya berharap agar saudara dipermudah kan lah segala urusan. Walaupun berat dan susah macam mana sekalipun saudara rasa, harus sentiasa ingat, at the end of the day, hanya Allah sahaja lah tempat meminta segala pertolongan dan “only remembering him you’ll get the peace insyaaAllah” .
– Saudara Uwais
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit