Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin jika sekiranya confession saya ini disiarkan.
Saya ingin respon kepada Puan yang ingin dihargai oleh seorang suami. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/isteri-yang-
Bila saya baca artikel ini, saya rasa terpanggil untuk memberikan maklum balas.
Saya telah 9 tahun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Mungkin pada puan, ala.. baru 9 tahun apa masalahnya?
Kalau puan sejak 10 tahun kebelakangan ini cakap tiada sambutan anniversary, puan beruntung kerana 7 tahun terawal puan menyambutnya.
Saya pula, sejak berkahwin sehingga sekarang tidak pernah langsung menyambut anniversary. Tidak pernah. Hatta dengan hadiah, kek, coklat.. Tiada!
Dan sekarang, terus terang saya cakap, saya lupa bila tarikh kami bernikah dan berkahwin. Bukan lupa terus. Tapi kena buka kalendar tengok berapa haribulan. Bulan nikah kahwin tu ingatla. Haha. Yelah, tak pernah sambut kan.
Kadang², jeles tengok orang yang sambut anniversary, dapat emas, dapat kek, dapat bunga, dapat macam2. Eh, siapa tak cemburu kan.
Tapi lama kelamaan, saya malas nak fikir. Kalau dia tak nak sambut, buat apa saya bersusah payah nak sambut bagai kan.
Salah satu sebabnya suami saya tak suka sambutan² macam ni. Kalau ikutkan birthday pun dia tak suka sambut. Katanya dari kecil memang tak pernah sambut.
Saya pernah buat surprise on his birthday. Hantar coklat bouquet di tempat kerja dia. Saya ingatkan dia suka. Tapi dia telefon. Kenapa buat macam ni? Saya tanya, kenapa? Tak suka ke? Dia cakap malu.
And then, baru saya ingat. Dia tak ucap terima kasih pun sebab bagi dia surprise gitu. Haha sadiskan. At the end, saya yang makan semua coklat2 tu. Haha
Sejak dari itu, saya malas dah nak bagi surprise. Bukan apa, dia asik dok ulang, ala… Birthday je pun, buat apa nak sambut. Bukan ada apa² pun.
Lepas tu dok ulang² ayat yang sama ke bulan seterusnya dan tahun seterusnya dan seterusnya. Sampai menyampah nak dengar. Terasa jugakla kan. Kalau tak suka senyap la. Jangan dok ulang² je. Huhu.
Saya balaslah, saya cakap, biarlah nak bagi anak² gembira. Bagi kenangan kat diorang. Kalau tak suka takpelah. Itu awak, ini saya. Saya nak anak² saya rasa apa anak orang lain rasa.
Saya pernah dapat surprise tak masa birthday? Pernah. Masa tunang. 10 tahun lepas. Lepas tu, nan hado!! Adui, tergelak aku tulis confession ni. Masa tu dapat kasut, dapat kek, dapat bunga.
Sekarang? Kek je. Balik kerja bawa kek, terus belah. Takde nak solek² ke, ootd ke xde. Pakai la hodoh² muka pucat di kelilingi anak² yang tak sabar nak makan kek. Hehe…
Tak pernah langsung ada surprise masa birthday aku. Tengok kawan² punya birthday dapat macam² sampai aku terfikir, bestnya dapat macam².. syoknya. Tapi kan, tau tak tu mainan syaitan. Selisih amit²…
Tapi takpelah. Dah nasib aku kan dapat orang macam ni kan. Aku pasrah.
By the way, laki aku ni okey je. Semua perfect. Cuma part sambut² gini kureng kat dia. Aku pun sekarang dah tak heran sangat, aniberseri ke, birthday ke hape ke, aku malas nak fikir.
Cuma kalau birthday saya and anak, ada kek je dengan KFC paling command. Okeylah dari takde.
Cuma kat sini, saya nak pesan.. jangan fikir sangat boleh tak?
Makin fikir makin sakit hati. Makin menyampah, makin benci. Cuba wat lek peace je. In sha Allah, lama² tak kan terfikir dah nak macam² on your surprise day.
Untung korang yang suami suka sambut² aniberseri ni. Tahniah!!
Sekian.
– Puan Kiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit