Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin kalau siarkan confession aku ni. Aku tertarik nak tulis kat sini selepas baca confession ilyana tentang trauma. Sebelum tu aku minta maaf kalau confession aku ni agak panjang.
Waktu sekolah rendah, kdg aku tak rasa pun yg aku wujud dalam sekolah tu. Aku dalam kategori pelajar yg sederhana. Dan kebanyakan cikgu, akan sanjung dan julang mereka yg bijak. Perhatian cikgu akan tumpah pada mereka. Siapa tak cemburu kan ? Yang biasa2 ni pun nak jadi bijak. Jadi, aku cuba untuk raih perhatian cikgu sbb aku tak rasa aku wujud. Kat kelas, kalau cikgu tanya soalan, aku nak jadi org 1st yg jawab. Kelas english, teacher suruh cari maksud dalam kamus, aku akan pastikan aku bersuara dulu. Kelas sc, ckg tanya soalan, cepat2 aku cari jwpn dlm buku rujukan sbb buku rujukan ni dalam bentuk point, kalau cr dlm buku teks nnt lambat sbb bnyk dlm perenggan haha. Sebab hal ni jugaklah, kalau pg sekolah, beg aku yg paling banyak. Ada 3 beg. Beg sandang untuk buku teks. Beg kanan dan kiri untuk buku2 rujukan dan kamus. Kalau kamus, aku akan bawak kamus dewan bahasa yg tebal tu, thesaurus dan kamus bm-bi, bi-bm. Kalau sehari tu ada bm dan bi, bawaklah semua kamus tu haha Sebab nak perhatian cikgu punya pasal. Tapi still, dalam exam aku bukanlah pelajar top 5. Kadang malu dan down jugaklah, kat kelas aktif tp exam mcm tu jugak. Tak apa, sekurang kurangnya effort ada. Kota rom tak terbina dalam masa sehari, kan ?
Waktu darjah 6, ada program mentor mentee. Masa aku dpt tau yg Ckg A ni mentor aku, aku sukalah dan kwn2 pun rasa aku ni beruntung. Sebab senior aku pun dr mentor yg sama, dan dia dilayan baikkkk sekali. Balik sekolah, mentor aku ni akan hantar ke rumah. Bawak makan luar, wang saku diberi, baju beg semua ckg ni akan belikan. Sebab apa ? sebab dia ni pandai, harapan sekolah :’) Tapi mentor aku tu tak lah layan aku sama mcm senior aku ni. Maklumlah, aku ni biasa2 je dan aku tak kisah pun pasal tu sbb ye lah sedar diri haha ><
Tapi, aku cari juga cara nak tarik perhatian cikgu2 ni termasuk lah mentor aku. Kat kelas, kalau cikgu suruh deklamasikan sajak ke, debat syair atau pidato, aku akan buat betul2. Dari situlah, cikgu bm aku pilih aku untuk masuk debat. Selesai je debat, nama aku dipilih lg untuk masuk pidato. Time ni mentor aku panggil aku, mentor aku tanya, kenapa masuk pidato, padahal minggu lepas baru je habis debat. Lepas ni nak masuk apa lagi ? Agak2 aku down tak haha tapi dr situlah aku belajar untuk positifkan diri aku sendiri. Dan terima kasih utk ibu ayah sbb support minat aku even sekeliling aku tak percaya pun aku boleh. Dr sek rendah sampai menengah kalau hari pertandingan aku jatuh pada hari bekerja, ayah aku akan amik cuti sebab nak tengok aku atas pentas. Pernah sekali tu, aku dah naik pentas untuk syarahan tp aku tak nampak pun kelibat parents aku. Sedih huhu aku pun amik tajuk syarahan spontan dan dikuarantin kan beberapa minit sebelum bersyarah. Down dah time tu sbb ibu ayah tak datang lagi, habis je masa kuarantin dan sampai masanya aku kena bersyarah. Aku angkat je muka, ibu ayah dah dtg and duduk di kerusi paling hadapan sekali. Aku rasa nak menangis kat situ jugak, gembira dan terharu. Rasa bersemangat sangat dan aku berjaya tamatkan syarahan aku dgn lancar. Terima kasih kerana sokong anakmu ini disaat tiada seorang pun yg percaya terhadap diriku :’)
Alhamdulillah, UPSR aku cemerlang sekaligus mengunci mulut2 mereka yg kata aku tak mampu dan tak boleh.
Naik sekolah menengah pun sama, waktu form 5. Budak2 target ni dinamakan sebagai budak permata. Mereka dilayan sebagai anak emas. Setiap pagi, kitorg perhimpunan mcm biasa tp dorg ad kelas tambahan kat atas. Timbul jugak persoalan, dorg kan dah pandai, sepatutnya bg lah pada kami yg biasa biasa ni. Dorang jugak dapat buku teks tahun2 lepas. Aku rasa sangat tak adil huhu. Sekali lagi, aku belajar untuk positifkan diri dan keadaan. Aku cuba sedaya upaya buang pemikiran yg negatif. Sebab sekali dah negatif, semua benda jadi tak kena dan menjemput stress. Aku tulis kat diari aku kata2 yang dapat naikkan semangat aku, so bila aku down aku akan bukak diari aku semula. Ya, mmg aku tak termasuk dalam list budak permata, tapi selamanya aku akan jadi permata untuk ibu ayah. Jadi, mcm mana untuk aku dptkan jugak buku2 teks tahun lepas mcm budak2 permata tu dapat ? Aku akan jmpa cikgu subjek secara personal, dan aku minta izin cikgu, boleh tak nak pinjam buku Quran Sunnah form 4 contohnya. Tak cukup dgn tu, budak2 permata ni jugak ada trip ke luar Malaysia, utk pergi sekolah2 hebat. Banyak lagi senanya, pernah sekali aku duduk dgn dorg ni, cikgu datang dan cikgu tnya result trial dorg.. sampai je kat aku, cikgu tak tanya pun. Tak apalah, aku bukan budak permata, markah pun biasa je. Aku positifkan keadaan, mgkn cikgu tak nak aku malu depan kawan2 dgn result aku yg biasa2 ni, sebab tu cikgu tak tanya. Tapi, pada sisi lain aku rasa yg aku tak wujud dan cikgu tak nampak pun aku kat situ.
Tak apa, semua ni aku tukarkan kepada satu cabaran, dan Alhamdulillah SPM aku cemerlang sama mcm budak2 permata tadi. Mereka berjaya naik pentas dgn parents untuk ambil keputusan SPM yg cemerlang, begitu juga aku :’) Sekali lagi, mulut2 mereka terkunci dgn rezeki yg Allah beri ni. Semua ini dari DIA . Dan aku belajar untuk betulkan niat, pasakkan niat betul betul kerana Allah. Bukan kerana sekeping sijil, bukan juga kerana perhatian cikgu kerana apa apa yg diniatkan selain dari Allah, akan membuatkan kita kecewa andai kita gagal untuk perolehinya.
Aku tak nafikan untuk berfikiran postif bukan mudah, jadi apa aku buat ? Aku akan beli buku motivasi banyak2, buku2 prof Muhaya kebanyakkannya, untuk didik supaya aku sentiasa berfikiran positif. Kita adalah apa yg kita baca. Bila balik asrama pulak, aku akan bukak ceramah motivasi dari ustazah norbahyah dan dr fadzilah kamsah. Jujurnya bukan mudah tapi tiada apa yang mustahil pada Allah. Baiki solat fardhu, perbanyakkan solat sunat, doa banyak2. InsyaAllah, Allah akan izinkan :’) Bila dah usaha dan doa. Bertawakal lah. Jangan letak sesuatu tu atas usaha kita, letakkan sepenuhnya pada Allah. DIA berkuasa atas segalanya. Pada manusia kelihatan mustahil, tapi tidak pada DIA.
Hanya awk yang tahu diri awak mcm mana. Abaikan orang kata, patahkan persepsi mereka terhadap awak dgn tunjukkan yg awak lebih dr boleh. Untuk Ilyana, semoga berjaya pidato khamis ni :D Fikir positif dan semua akan baik baik saja insyaAllah. Teruslah jadi orang yang berjuang meskipun belum tentu jadi orang yang menang :’)
Assalamualaikum wbt.
– Iqa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit