Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin jika resons saya tersiar.
Saya rasa terpanggil untuk memberikan respon kepada artikel bertajuk “Bila Buntu, Rasa Lebih Baik Mati” (https://iiumc.com/bila-buntu-rasa-lebih-baik-mati/).
Saya tidak mahu memberi respons di ruangan komen artikel tersebut kerana ianya agak panjang dan mahu menjaga aib keluarga saya.
Untuk tt artikel tersebut, Chip – my heart goes for you but you are not alone. Namun, syabas buat Chip kerana Chip sebenarnya ada intra personal intelligence yang tinggi – you know what you want.
Izinkan saya berkongsi pengalaman hidup saya yang lebih kurang kisah Chip. Saya dibesarkan di dalam suasana kampung dengan ayah sahaja yang berkerja. Ibu pula seorang surirumah yang berbakat berniaga.
Namun, dek kerana sebok dengan urusan rumah tangga dan ketiadaan modal, maka bakat ibu terkubur begitu saja.
Ayah pula seorang lelaki Melayu tipikal yang meletakkan urusan rumahtangga ke atas bahu ibu. Dari kecik hingga dewasa, memang susah nak tengok ayah bantu ibu dalam urusan seharian.
Lagi satu, ayah memang bersikap keras dengan ibu. Asal ibu buat silap, memang ayah akan marah ibu tak kira siapa yang ada bersama ketika itu. Andai kata ada tetamu, depan tetamu jugalah ibu akan ditengking.
Mungkin kerana persekitaran beginilah ibu melepaskan amarahnya kepada kami anak perempuan. Tengking itu sudah jadi makanan kami setiap hari.
Kadangkala dipanggil bodoh dan pemalas walaupun kami sudah penat membantu ibu seharian. Pernah juga kami anak perempuan disumpah mati di tengah jalan.
Anak-anak lelaki? Mereka lebih selesa berlagak bagaikan raja. Jika ibu minta bantuan pun, mereka pekakkan telinga.
Tapi pada masa yang sama, anak-anak lelaki jugalah yang dapat puji-pujian daripada ibu sedangkan kami anak-anak perempuan bertungkus lumus membantunya dari segi kudrat dan wang.
Sehingga sekarang walaupun kami telah beruban, culture yang sama masih tidak banyak berubah.
Seperti Chip, saya pernah rasa sangat kecewa dengan sikap ibu. Saya rasa bagaikan kain buruk – bila nak digunakan baru dicari; jika tidak diperlukan tidak dipedulikan langsung.
Hidup atau mati saya di perantauan tiada siapa yang peduli. Saya juga rasa rendah diri kerana sentiasa dikritik dan hampir tiada kata perangsang atau pujian yang diterima daripada ibu.
Kita rasa konflik, kan Chip? Kita takut jadi anak derhaka tapi pada masa yang sama kita rasa begitu terluka bila kita tidak diraikan selayaknya.
Chip, inilah yang saya lakukan untuk keluar dari perasaan sedih berpuluh tahun yang lalu :
1) Tangisilah apa yang terjadi. We feel sad, aren’t we? Let’s own the feeling, don’t try to deny it.
Kita sebagai manusia biasa, memang kita perlukan rasa diterima (sense of belonging) oleh orang-orang yang siginifikan dalam hidup kita seperti mak dan ayah.
2) Never blame ourselves entirely. Untuk apa jua yang terjadi, tidak semestinya semua berpunca dari kita.
Ibu pun manusia biasa so dia pun boleh buat silap dalam membesarkan anak-anak. Jika kita sebagai anak bertanggungjawab untuk taat dan hormat kepada orang tua, mereka juga ada tanggungjawab kepada kita.
3) Love and protect yourself because your feelings matter.
Jika boleh/ mampu berjauhan dengan ibu, buatlah kerana maki hamun tidak sekali-kali sesuai untuk dihamburkan kepada anak. Pindah keluar atau cari kerja di tempat lain. Andai kata buat masa ini keadaan tidak sesuai, bersabarlah dahulu.
Niatkan bukan kerana memutuskan silaturahim tapi demi menjaga emosi kita sendiri. Biar jarak sahaja jadi pemisah tapi kerap-keraplah telefon ibu bertanya khabar walaupun sekejap.
Andai dia mula memaki hamun lagi, kita hentikan sebentar panggilan telefon untuk tenangkan diri.
4) Berhenti mengharap puji-pujian (recognition or approval) daripada ibu dan fokus hanya kepada balasan baik dari Allah.
Sekarang apa sahaja yang saya buat adalah untuk sama ada survival diri, hobi ataupun kerana Allah Kenapa saya bersikap begini sekarang? Kerana saya rasa penat untuk kecewa berulang kali.
Dulu, saya rasa ada satu lubang besar di dalam hati saya. Seorang hamba Allah menasihatkan saya – belajarlah mengenal Allah, maka cukuplah kekosongan itu diisi dengan kasih sayangNya.
5) Break the cycle. Sekarang saya sudah pun mula meniti usia dan mempunyai anak-anak sendiri yang sudah pun dewasa.
Saya berusaha sedaya upaya tidak mengulangi kesilapan ibu saya ketika dia membesarkan saya. Bak kata pepatah- yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.
6) Forgive and forget; afterall we are all human beings.
Buat makluman Chip, hati saya lebih tenang selepas saya mampu memaafkan ibu saya. Bukan mudah untuk move on, Chip. Bertahun-tahun saya hidup dalam konflik.
Nak maafkan ibu tapi saya rasa teraniaya.Tapi bila tak maafkan ibu hati rasa tak tenang. Rupa-rupanya jika anak marah akan ibu bapanya pun menjadi dosa. Maka kita serahkan saja kepada Allah sebagai pembalasan.
Akhir kata untuk Chip, one size does not fit all. Mungkin apa yang saya buat tidak bersesuaian dengan Chip.
Tapi apa yang penting, saya mahu Chip tahu yang Chip tidak berseorangan dan ada saja orang lain yang senasib dengan Chip. Stay strong, Chip because diamonds are made under pressure!
Lots of love,
– Makcik Ubi Kayu, bukan ustaz atau ustazah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit