Respons Untuk Coretan Kepala Batu

Bila terbaca confession, (https://iiumc.com/coretan-kepala-batu/) dalam hati aku terus terdetik “OMG, I gotta save this girl.”

Aku kena tulis, macam mana rasanya hidup dengan lelaki yang sibuk nak ubah orang & banyak peraturan & suka nak atur hidup orang lain.

Adik, if I only got one word to say to you, that will be “back off”. Berhenti. Cari manusia lain untuk dijadikan teman hidup. Melainkan, awak nak rasa hidup dalam neraka dunia. Silakan.

Aku bernikah pada usia 21 tahun. Usia muda yang pada waktu tu I have no guidance.

Ayah meninggal waktu usia kecil, adik beradik ramai & mak struggle jual kuih untuk besarkan kami 9 beradik. Tak ada masa pun nak tengokkan anak kawan dengan siapa, anak okey ke tak.

Dan aku bernikah pun sebab dah putus asa dengan hidup. Penat bila asyik diambil kesempatan oleh lelaki yang cuma nak main-mainkan perasaan.

Bila kita dah betul-betul sayang, kita ditinggalkan macam tu sahaja. Mujur Allah tu sayangkan aku, tak pernah lagi aku buat benda-benda terkutuk.

Akhirnya aku buat keputusan untuk nikah sahaja bila ada orang yang serius nakkan aku TANPA aku tau dia kerja apa, ada kereta ke, rumah ke, nothing.

To cut the story short, selepas nikah nightmare aku pun bermula. Aku yang waktu tu memang dah sedia bertudung labuh, disuruh pakai tudung bulat sahaja. Baju tak boleh pakai warna terang.

Tak boleh tudung atau baju berbunga-bunga. Tak boleh ada facebook. Kalau tak nak dengar cakap? Ugut. Ya ugut itu ini.

So memang lepas kawin aku macam terputus dengan dunia luar. Perasaan waktu tu memang nak rebel, tapi tak boleh.

So aku redha tak redha ikutkan je semua. Aku ingat aku okay. Sampailah bila dah ada anak. Aku jadi orang lain. Aku jadi sentiasa nak marah. Aku tak boleh nak cakap apa-apa kat family atau kawan sebab aku malu.

Waktu tu bila aku buat ujian kesihatan mental baru aku tau yang aku depressed. And it get worsed. Rasa taknak hidup tu, memang sentiasa ada.

Kalau bukan sebab masih ada iman, memang dah lama mati rasanya. Oh tak. Aku rasa memang aku dah lama mati. Jasad aku bergerak tapi hati aku mati.

Sampaikan bila aku jumpa psikologis, dia suruh aku lukis satu permandangan.

Siap je lukisan aku, dia terkejut sebab dia kata beban perasaan aku teramatlah berat-just by looking at the picture, dia terjemahkan kenapa aku lukis macam ni.

Aku bukan nak cerita pasal diri aku sangat, apa yang aku nak adik tu tau ialah kita takkan boleh dan suka kalau ada orang cuba nak ubah atau atur-atur hidup kita. Mustahil.

Kalau ada pun cuma satu orang je yang kita boleh ubah. Diri kita sendiri. Janganlah jatuh ke lembah kebinasaan kalau awak dah tau sikap dia begitu, sila lah undurkan diri. Melainkan dia ubah diri dia sendiri.

Perasaannya hidup dengan orang macam ni? Teruk. Kalau tak, takkan sampai aku jumpa pakar psikiatri kan.

Dan walaupun selepas tu orang tu sedar yang dia tak patut buat begitu, percayalah yang awak takkan boleh lupakan apa yang dia buat. Mungkin boleh memaafkan, tapi takkan sama pada akhirnya.

Perasaan yang tinggal hanyalah rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri. Yang tinggal cuma rasa kosong dan tak peduli.

Isteri akan hilang rasa hormat pada suami. Ada atau tiada si suami, bagi isteri tiada sebab harus dicari. Andai bukan sebab anak-anak, pasti dah lama aku undurkan diri.

So, before things get worse..please make a wise decision.. I don’t want any other person to get through what I’ve been through.. may Allah guide you adik..

– Mrs R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *