Assalamualaikum. Aku tak reti sangat bercerita tapi aku perlukan pendapat semua orang. Umur aku 24 tahun. Aku belajar sehingga kelulusan degree. Manakala boyfriend aku (A) belajar sampai diploma. Aku kenal dia pada final semester degree.
Sudah 2 tahun lebih aku kenal si A. Pada tahun pertama aku sudah pun cerita pada mak aku tentang A. Pada awalnya mak aku walaupun tak suka dia, tapi mak aku cuba untuk terima. Pelbagai cabaran aku dan A lalui. Kami sering bergaduh dan masing2 susah mengalah.
Dalam tempoh itu aku banyak bermasam muka depan mak kerana ada masalah dengan A. Mak mula tak suka dengan A. Ayah pula memang dari awal memang tak suka A. Mak dan Ayah cakap tak suka kerana pekerjaan, tahap pendidikan dan merokok.
Pada tahun pertama, mak beritahu aku yang dia tak restu hubungan kami. Dia ugut dia akan tarik balik kereta, handphone dan mintak aku bayar semula yuran pengajian kalau aku masih nak berkawan dengan A. Pada masa itu, aku turutkan saja cakap mak, walaupun sedih tapi aku cuba untuk move on. A juga seolah sudah give up dengan hubungan kami.
Semasa mula nak move on aku kenal pulak lelaki B. Dia sorang yang baik, berpelajaran, kerja best dan stable. Aku tengok si A pula masatu sudah pun berkawan dengan perempuan lain. Jadi aku nekad untuk move on.
Pada awalnya aku suka berkenalan dengan B sebab mak ayah happy bila aku berkawan dengan B. Tapi makin lama aku rasa perasaan aku fake. Aku rasa mcm rebound love. Jadi aku slowly jauhkan diri dari B. Aku mintak maaf dengan dia kerana tak boleh Aku masih ingat si A.
Pada masa yang sama A datang semula pada aku. Bagitau benda yang sama aku lalui. Aku tak boleh nak berkawan dengan orang lain. Begitu juga si A. Bak kata orang we still love each other. Kami nekad nak get back and slowly usaha untuk dapatkan restu mak dan ayah. Kami mula berkawan semula dalam diam, tanpa pengetahuan mak dan ayah.
Pada masa ini aku nampak usaha A, dia mula berhenti merokok, mula sambung belajar degree dan cari kerja yang lebih stable. Aku kagum dengan kebolehan dia. Kami juga kurang bergaduh, hubungan lebih matang dari sebelum ni. Pada masa yang sama aku dapat kerja yang stable dan berpangkat dan gaji boleh tahan besar.
Manakala si A walaupun kerja elok tapi gaji masih kecik. Dia selalu risau kalau dia masih tak direstui mak ayah aku disebabkan kerja tak berpangkat dan gaji tak besar. Tapi aku bersangka baik, kita kena teruskan usaha. Aku bertekad kalau A habis degree aku nak mintak restu mak ayah lagi sekali nak berkahwin.
A cari kerja dekat dengan aku. Sebelum ni dia kerja jauh tapi dia selalu datang jumpa aku on weekends. Bila dia dah dapat kerja dekat, aku selalu lah jumpa dia. Aku taknak tipu mak ayah aku, mak pernah kunci aku diluar rumah waktu kecik sebab menipu. Aku tknak menipu tapi aku takde choice, aku nak jumpa A tapi kalau aku mintak izin jumpa A mesti mak ayah marah sebab masih berkawan dengan A.
Belum waktu yang sesuai utk aku mintak restu. Aku fikir aku nak tunggu A stabil baru aku cerita dengan mak ayah. Jadi kalau aku berjumpa aku akan tipu mak aku ckp pergi office ke atau pergi jumpa kawan perempuan. Mak masih curiga, kadang kadang dia siap video call nak make sure aku keluar dengan kawan perempuan.
Aku mula rasa rimas sebab aku rasa aku ada hak untuk berkawan dengan siapa pun pilihan hati aku. Umur aku dah nak 25 tahun kenapa mak ayah masih nak kongkong atau halang aku berkawan dengan A. Tak logik kalau sebab kerja dan tahap pendidikan sahaja. Semua kami usahakan. Jauh lagi perjalanan kami nak tunggu si A stabil. Aku sanggup tunggu.
Tapi pada suatu hari aku balik kerja lambat dan mak mula marahkan aku mintak aku bagitau dia aku balik lambat buat kerja apa dengan siapa. Dia nak call boss aku untuk kepastian. Aku stress dengan mak dan aku mula rasa tidak puas hati. Mak push aku tanya aku masih berkawan dengan A atau tidak. Tanya aku tipu dia atau tidak.
Aku rasa pressure sangat sampai aku cakap aku taknak tipu dia tapi dia yang buat aku macam ni. Dia buat aku menipu, dia halang aku berkawan dengan orang yang aku pilih. Bila mak aku dgr aku balas mcmtu mak mula pukul aku. Aku mintak maaf dengan mak sebab menipu tapi aku tanya mak salah ke aku nak berkawan dengan A. Dia dah berubah, kami dah berubah. Sama sama sedang usaha.
Mak cakap aku anak derhaka sebab tak dengar kata dia, dia cakap aku keras kepala nak dia tunduk ikut cakap aku. Demi Allah aku sayangkan mak aku tapi niat aku berkawan dengan A sebab aku nak kahwin dan bahagia mcm orang lain. Aku taknak kurang ajar dengan mak. Mak cakap dia menyesal lahirkan aku.
Bila ayah pulang dari masjid ayah pula marah aku kenapa aku menipu. Dia cakap mak dan ayah ni ada instinct kalau orang tu tak baik untuk anaknya. Aku cuma untuk ckp dengan ayah kalau rasa tak baik doakan lah kami yang baik baik, bagi kami peluang nak berkawan. Nak mintak restu. Mak masih marahkan aku, api apikan ayah.
Mak cakap aku kurang ajar dengan mak ayah sebab si A. Kalau aku kurang ajar mungkin sebab aku stress dengan masalah. Dan masalah tak semestinya semua berkaitan dengan A. Mak tak boleh tuduh aku melulu mcmni. Mak mintak aku pulangkan semua harta yang dia dah bagi aku, termasuk kereta handphone, dan yuran mengajian.
Mak cakap kalau aku pilih A jangan balik ke rumah dia, mak dan ayah tak kesah hilang seorang anak perempuan katanya. Sedihnya hati ini, menangis teresak esak aku peluk kaki ayahku. Aku mintak ampun dengan ayah, peluk cium kakinya menangis nangis. Aku mintak ayah bagi kami peluang. Hari itu cuma di sudahkan bila ayah suruh aku naik tidur sebab esok kerja.
Ayah masih kejutkan aku pagi pagi, buatkan breakfast dan layan aku macam princess seperti selalu. Tapi mak masih marahkan aku. Aku sayang kedua ibu bapa ku demi Allah aku taknak lukakan hati mereka. Mereka banyak berkorban untuk aku. Aku bekerja keras gaji banyak pun aku bagi mereka. Aku cuma nak mereka bahagia dengan pilihan aku.
Aku buntu sebab mak asyik suruh aku pilih antara A atau mak dan ayah. Aku sayang kedua ibu bapaku. Mereka tiada tandingan. Tapi hati aku sygkan A. Bila A tahu aku kena marah dan kena pukul sebab dia, dia mula rasa bersalah. Dia mahu tinggalkan aku. Tapi aku mintak dia bagi aku semangat. Dia ckp kalau masih tak dpt restu dia akan tunggu aku.
Aku cuba cari hukum berkahwin tanpa restu ibu bapa. Ada yang cakap restu ibu bapa bukan syarat sah nikah, 80% kes perceraian berlaku kat malaysia dengan restu ibu bapa. Ada yang cakap resti ibu bapa sangat penting. Aku tak pernah terfikir langsung nak kahwin lari, aku selalu bermimpi aku dapat kahwin dengan A dengan restu mak dan ayah aku.
Aku masih buntu tak tau nak lepaskan A dan pilih mak ayah aku atau masih berkawan dengan A dalam diam dan still usaha dapatkan restu mak ayah even aku dah dimarah sebegini. Mintak pendapat korang semua. Doakan masalah aku temui jalan penyelesai yang di redhai semua orang. Aamiin.
– Deena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit