Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confessions. FIrst of all , nak bagitahu yang aku bukanlah pelajar UIA. Cuma seorang pembaca yang semi-tegar dekat page ni sebab busy belajar. Panggil aku anak mak je. Umur 20. Tinggal di Lembah Klang. Apa yang aku nak cerita ni mungkin bagi kebanyakan orang benda yang biasa di dengar. Ataupun ‘common’ sebab semua orang tahu yang restu ibu bapa ni penting. Tapi aku tetap nak cerita jugak sebab mana tahu boleh jadi pengajaran untuk orang lain?
Aku anak bongsu dari 4 beradik. Anak ke empat la senang cerita. Aku baru habis buat diploma awal tahun haritu. Awal kan aku grad diploma? Sebab aku merupakan salah seorang dari beratus – ratus pelajar Kolej Vokasional (KV) first batch yang baru settle awal tahun haritu. Alhamdulillah walaupun banyak dugaan yang dilalui tapi akhirnya berjaya juga dapat segulung diploma hasil titik peluh sendiri. Untuk pengetahuan semua pembaca , aku pernah give up dengan KV ni sebab rasa macam course yang aku bawa ni tak serasi dengan diri sendiri. Masa tu baru berumur 16 tahun yakni dah hampir setahun lebih aku dekat KV tu. Pelik kan , lepas hampir setahun baru sedar course ni tak serasi. Aku bagitau parents aku yang aku nak quit dan sambung dekat sekolah biasa je amik SPM. Mula – mula nampak macam parents aku nak bagi tapi sebenarnya tak. Banyak trick parents aku untuk suruh aku stay dekat KV. Hehe. Akhirnya aku mula sedar betapa pentingnya restu parents dan aku decide untuk teruskan juga belajar dekat KV ni. Tahun demi tahun, aku pun akhirnya habis belajar.
Sebelum aku grad haritu , aku ada bagitahu mak aku yang aku taknak sambung belajar. Sebab apa? Ya, sebab malas. Penatnya belajar diploma yang banyak perubahan ni Allah je yang tahu. Mak ayah aku nasihat punya nasihat , aku pun terima. Aku fikir , ada hikmahnya kenapa parents aku suruh belajar. Yelah , dunia sekarang kan makin mencabar. Kita tak tahu apa akan terjadi nanti. Mula – mula , ayah aku suruh amik muet , bulan 7 haritu. Mula – mula aku rasa berat hati juga sebab tak confident dengan english aku. Yelah , tulis , taip dalam english tak sama dengan bercakap kan? Tapi demi untuk sambung degree , aku ikut ja. Oh ya , sebelum terlupa , lepas aku habis belajar , aku duduk rumah selama sebulan. Makan tido ja sebulan ni. Tapi bosan gak sebab yelah duduk rumah je. Kalau kerja , ada juga dapat duit. Mak aku yang tolong carikan aku kerja sebagai cashier dekat satu pasaraya ni. Aku ada gak cari kerja , tapi kerja yang aku nak tu jauh dari rumah. Aku pun ikut cakap mak aku , kerja je dekat pasaraya tu. Mula mula rasa malu sebab kerja sebagai cashier. Tapi aku layankan aje sebab kerja sementara untuk cari pengalaman.
Hari yang dinantikan (dinantikan ke? Hehe) telah pun tiba. MUET. Preparation aku untuk muet hanyalah 30% sahaja. Sebab? Sebab aku kerja. Almost everyday aku balik malam. Kerja shift la katakan. Aku sampai rumah hari – hari pukul 10.30 p.m. Bayangkan la penat dia macam mana. Dekat nak muet yang speaking session baru aku sedar aku takde buat apa apa preparation. Dalam masa seminggu tu aku bawa buku teks pi kedai , buat notes apa yang patut. Masa tu aku dah redho je sebab preparation memang takde langsung. Pagi tu , parents aku hantar aku pi buat exam speaking dekat satu SMK di Selangor. Aku terharu sangat sebab pengorbanan ibu bapa aku yang nak anak dia berjaya. Speaking session aku memang kelaut la aku rasa. Sebelum start , chill je. Bila masuk bilik exam ha amik kau nervous gila. Apa apa pun aku tawakal je sebab aku takde target pun. Exam writing , reading dan listening pun preparation pun so – so je. Tapi apa yang aku respectnya parents aku ni , walaupun aku takde masa sangat nak exam, depa chill je. Takde langsung pressure aku. Tapi ada la suruh – suruh gak study.
Akhirnya , beberapa bulan lepas MUET aku settle , result sampai. Tapi sebelum tu bapak aku dah check kan dulu via website. Bapak aku pulak yang excited. Hehehe. Alhamdulillah, aku lulus MUET dengan band 4. Bersyukur sungguh rasanya. Mak dan ayah aku pun bangga sangat walhal markah aku takde la banyak mana pun. Hehe. Aku pun rasa bangga la juga sebab busy kerja nak study pun takde masa alih alih dapat band 4. Tak pernah terjangka pun. Mungkin ini lah hikmah dengar cakap ibu – bapa. Ya , anda semua mesti rasa cerita aku ni biasa je. Tapi bukan semua dari kalangan kita ni yang nak dengar cakap parents ye dak? Ada yang rasa keputusan yang parents dia buat tu tak sesuai dengan diri dia. Percaya lah kawan – kawan , ikutlah apa yang ibu bapa kita suruh asalkan tak bertentangan dengan syariah agama. Pasti. Pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu. Tak rugi pun dengar cakap ibu bapa kita ni.
Sekarang ni alhamdulillah. Aku sedang menuntut di salah satu IPTS. Baru habis sem 1. Doakan kejayaan aku ya kawan – kawan pembaca IIUMC.
Sekian.
– anak mak ayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit