Mana pun kau belajar,jauh ke dekat yang penting restu ibu bapa……
Salam sejahtera semua , aku tak tahu comffesion yang aku tengah taip ni dapat masuk confession ke tak yang penting apa yang aku nak sampai kan apa yang aku lalui , aku nak share dekat semua bakal bakal student yang akan sambung belajar tak lama lagi ialah kan result UPU korang dah keluar so, syabas dan tahniah aku ucapkan.Jangan risau ni tips terbaik bagi korang yang kecelaruan hati dan jasad untuk terus sambung ke tak.
First thing is aku tak la belajar jauh mana cuma di kepulauan Borneo yang terletak berdekatan dengan syarikat oil & gas terkemuka Malaysia. Apa aku nak cakap kat sini tak kesah course apa yang kau dapat , course apa yang kau belajar nanti … kalau kau rasa itu pilihan terbaik untuk future kau . Kau pergi je kau jangan dengar cakap-cakap orang “jauh lah, nanti nak balik susah la apala…” . Beb yang belajar tu kau , yang tanggung perbelanjaan kau belajar mak ayah kau.. jangan la pulak kau dengar mulut-mulut yang cakap “course tu susah, risau kau repeat paper je nanti,nanti dah lepas graduasi kau nak kerja apa”Macam –macam soalan paparazzi untuk kau … Persoalannya dia tahu ke input dan teori asas apa yang kau belajar?
Yang penting niat dan usaha kau untuk sambung belajar , bila lagi kau nak balas jasa baik mak ayah kau yang selama ni membesarkan kau lebih dari satu abad.. Mereka pun nak juga tengok anak-anak berjaya macam orang lain. Jangan la pulak kau sia-sia kan harapan dyorang.. Ingat satu benda ni doa,restu ibu bapa itu yang paling penting , jauh mana pun kau belajar jauh ke dekat jangan sesekali lupa dyorang . Dah bagi belajar tak kenang jasa pulak . Itu yang tak bertauliah tu… dan yang paling penting kau patut bersyukur dalam beribu manusia yang apply course yang kau nak tu , kau yang Allah pilih…so,kau bertuah sebab ada orang nak sambung belajar tapi takde rezeki dari segi kewangan. So before kau buat pilihan jadikan keputusan itu yan paling terbaik dan tepat.
Ouh yea akhir sekali busy dengan assignment tu biasa la dik … nak buat macam mana hidup student
Salam Dari Bumi Kenyalang
-Tunera-
– Tunera
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit