Restu Keluarga

Assalamualaikum. Hai semua, aku Aliya graduan dari universiti tempatan di utara tanah air. Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja selasai menjalani latihan industri. Sekarang aku bekerja sambilan di butik sementara menunggu hari graduasi aku.

Sejak aku sekolah lagi, family aku memang nak sangat aku jadi tenaga pengajar. Tapi minat aku bukan dalam bidang perguruan since aku ada pengalaman buruk dengan cikgu dulu. Aku bercita-cita untuk melibatan diri dalam bidang HR dan admin. Walaupun aku tak minat, aku tetap apply kos perguruan melalui IPG dan ijazah perguruan dan melupakan minat aku. Malangnya, dua-dua yang aku minta semua tak berjaya. Sebaliknya, aku menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti tempatan.

Malah, kos yang aku sambung ini juga adalah salah satu kos yang family aku minta untuk isi semasa aku apply upu dulu. Aku sebenarnya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang, tapi hanya cukup-cukup makan. Masa aku tingkatan 4 dan 5 dulu pun, aku selalu failed subjek sains. Aku tak nak cerita panjang tentang zaman SPM aku dulu, cukuplah aku ringkaskan, yang aku ni sangatlah tak confident dengan diri sendiri, sehinggakan aku menyepikan diri dan tak pernah bercakap dengan rakan-rakan kelas aku yang lain semasa sekolah dahulu. Namun, sejak aku jejakkan kaki di universiti, aku dah nekad tak nak pandang belakang. Aku cuba dan cuba untuk buat yang terbaik dalam pelajaran aku. CGPA aku tidaklah memberangsangkan mana, tak cecah 3.5 ke atas, tapi aku berjaya memperoleh anugerah dekan buat 3 sem berturut-turut.

Masalah aku bermula sejak aku habis pengajian dan mula menjalani latihan industri di sekitar negeri tempat tinggal aku. Start dari hari pertama aku balik ke rumah, family aku dah mula mengungkit tentang kos pendidikan yang aku minta dulu. Pada mulanya, aku abaikan sahaja kata-kata family aku. Yela, aku faham, siapa yang tak bising if apa yang dorang impikan tak kesampaian.. tapi, sampai sekarang aku dengar benda yang sama. Aku rasa macam sia-sia sahaja apa yang aku belajar selama ni.. Tambahan pula, anak-anak kawan mak dan ayah aku, semuanya cemerlang dalam pelajaran mereka, mostly dapat first class, 4flat and others.. Kejap-kejap mereka bercerita anak orang ni, kejap-kejap anak orang tu.. Aku stress dan sedih.. sebab aku rasa au dah menghabiskan banyak masa untuk benda yang aku tak mampu nak membanggakan dorang.

Sejak aku habis intern, aku juga dapat interview dalam bidang kerjaya aku, dan berjaya dapat peluang untuk bekerja dalam bidang aku. Tapi, setiap kali habis sahaja interview, mesti ada sahaja yang tak kena pada family aku. Aku bukanlah demand sangat pasal gaji, at least 1 700 ke atas aku okay dah. Tapi family aku tak, selagi tak ada gaji 2500 ke atas, plus tempat kerja depan rumah, jangan haraplah dorang nak bagi pergi. Bukan aku tak pernah jelaskan situasi fresh grad sekarang kat dorang, siap bertekak lagi.. sampai aku rasa aku dah derhaka pada family aku. Tapi at the end, sekeras-keras aku, keras lagi family aku. Last-last aku tak terima panggilan kerja yang aku dapat. So far, ada dalam 5 bidang kerja yang aku dah tolak (sobs sobs).

Aku risau if benda ni berlarutan sehingga aku terima sijil graduasi, alamatnya aku menanam anggurlah sampai aku tua.. aku nak minta pendapat korang, patut ke aku turutkan sahaja kehendak family aku?? Aku tahu minat itu penting, tapi aku risau sangat tentang restu family T.T
(Untuk pengatahuan korang, aku pernah accident sebab aku lawan cakap family aku. Pagi tu aku lawan, kluar rumah aku terus accident.. Sedih ya amat.)

– Aliya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit