Restu Parents atau Rezeki Kerjaya?

Saya Fifi. Saya kerja di KL, asal Penang. Kerja di KL shift 6 hari seminggu. Kadang2 shift pagi, kadang2 shift malam. Tapi selalunya shift malam. Utk pengetahuan, kerja ini adalah kerja retail tiada cuti hujung minggu, public holiday pon kena kerja.
Mak di Penang selalu risau pikirkan anak daranya yg balik lewat mlm. Balik lewat naik public transport bas shuttle dan lrt. Perjalanan makan masa satu jam sehala pergi / balik kerja. Kalau shift malam selalunya sapai rmh pkl 11-11.30 malam. Tiap malam mak akan tanya dah smapai rumah? Kalau saya dah sampai rmh, baru mak boleh tidur.
Kerja ni baru je masuk selama 2 bln. Baru2 ni dapat tahu mak darahnya naik sebab terlampau pikirkan keselamatan saya di KL. Sudah banyak resume dihantar, tetapi masih tiade panggilan.
Pernah parent dtg ke KL sbb terlampau rindukan anaknya di sini. Sebab anak tak dapat balik bile ade cuti panjang. (Thaipusam, Hari Wilayah, Tahun Baru Cina)
Kepada pembaca yg stress kerja di ofis, besyukurlah kalian kerana masih cuti di hujung minggu selama 2 hari dan public holiday. Saya ingin minta pendapat pembaca sekalian, perlu ke saya berhenti supaya mak kembali tenang?
Pernah menganggur selama 4 bln, perasaan nak kembali menganggur sangat takut, takut utk menyusahkan parent. Takut tak reti berhadapan dgn org atau bergaul dgn org bila lama sangat tidak bekerja.
– Fifi Aliana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit