Result SPM An4k-An4k

Apa pun result SPM anak-anak ucaplah tahniah dan peluklah mereka. Hargailah keputusan yang mereka dapat. Raikan mereka dengan sebaiknya.

Anak yang tak perform, nak marah pun berpadalah dekat anak-anak tu. Marah berhari-hari seolah anak-anak tak punyai perasaan.

Kalau tak puas hati sangat dengan result anak-anak boleh buat semakan semula sementara permohonan masih dibuka.

Netizen makcik-makcik bawang cukup-cukuplah membandingkan zaman tuan/puan belajar dengan sekarang.

Konon A sekarang tak berkualiti dan mudah untuk skor, budak-budak sunat laser mengada-ngada dan manja. Main lebih belajar tak kemana pun.

Tuan/Puan tahu tak, Batch SPM 2022 ni mangsa keadaan huru hara musim Covid. Sedar atau tidak semua ini?

Kesian aku dengar ayat cercaan macamni keluar dari mulut orang-orang tua.

Mari sini aku kongsikan fakta dan sejarah yang terjadi. Tahun 2020, mereka di Tingkatan 3. Belajar online dan kehadiran ke sekolah on off.

Tahun 2021, mereka berada di Tingkatan 4. Sama situasi seperti tahun sebelumnya. Belajar secara online dan sekolah buka dan tutup.

Memang betul-betul fasa honeymoon year bagi pelajar yang malas belajar.

Selama 2 tahun belajar dalam keadaan tak berapa selesa. Belajar secara online, berapa peratuslah yang boleh focus sangat.

Belajar secara berdepan face to face dalam kelas fizikal pun ambil masa nak faham apa yang cikgu ajar. Belum dicampur lagi dengan masalah bising dan masalah keluarga.

Pelajar universiti yang sudah matang pun tak tahan masuk online class.

Banyak cabaran apatah lagi pelajar sekolah yang sepatutnya masa-masa mereka berada di sekolah dan enjoy zaman persekolahan mereka.

Still nak banding zaman kita pergi sekolah boleh seronok-seronok jumpa kawan-kawan dengan anak-anak batch SPM 2022 yang terperuk kat rumah struggle hadap kelas online?

Masa dalam kelas online bermacam-macam ragam pelajar boleh kita tengok. Tak semua pelajar belajar dalam keadaan kondusif dan selesa.

Contoh rungutan yang aku pernah baca kat twitter, masa kelas onlinelah mak panggil masuk dapur siap pakej jerit panggil anak-anak derhaka taknak tolong.

Ada yang terpaksa jaga adik kecil yang tengah menangis melalak.

Cikgu yang tengah mengajar pun stress mendengar bebelan mak-mak kat belakang. Kelam kabut masuk kelas, budak-budak ni terlupa nak mute mic.

Ada cikgu yang tak suka pelajar mute mic takut pelajar tak faham dan tak fokus. Cikgu lebih suka 2 ways communication.

Bila diberi peluang on mic, drama di dalam rumah pun bermula. Satu kelas dapat menonton gelagat isi rumah yang bagi aku agak kurang sopan.

Pada tahun 2022, barulah mereka dapat pergi sekolah dan belajar dalam kelas dengan sempurna.

Bukan mudah untuk kejar semula silibus Tingkatan 4 yang tunggang-langgang dalam masa yang masa nak dikejar silibus Tingkatan 5. Cikgu dan pelajar sama-sama stress.

Ada cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar sekolah harian mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan kelas tambahan seawal 6 pagi dan Subuh berjemaah di surau sekolah weekday.

Pukul 6 pagi tuan/puan berada di mana? Masih berselubung dalam selimut takpun baru terpisat bangun tidur.

Sebelum pukul 6 pagi terpacak dalam kawasan sekolah. Parents pun tak bangun tidur lagi. Breakfast budak-budak ini memang entah ke manalah.

Sekolah area KL/Selangor, train paling awal meraka naik. Mengalahkan orang-orang yang bekerja office. Semangat nak belajar punya pasal.

Balik sekolah lepas Isyak takpun pukul 10 malam pun ada. Pelajar yang rumah jauh, memang tak balik rumah. Stay kat sekolah sampai ke malam pun ada.

Untuk kelas tambahan malam yang start pukul 8 pm-10 pm, ada yang tak sanggup balik rumah. Hari-hari datang sekolah bawa baju ganti.

Itu pun nak dituduh pelajar-pelajar ini manja dan mengada. Kalau anak-anak tuan/puan memang buat semua benda di atas, hargailah apa jua keputusan SPM mereka.

Hargailah effort mereka untuk belajar. Mereka ada usaha untuk belajar. Struggle mereka nak belajar sampai ke tahap itu.

Keputusan tak mencapai piawaian mak ayah, bukan mak ayah saja yang sedih. Anak-anak lagilah down. Usaha bersungguh-sungguh dah buat tapi mungkin bukan rezeki mereka.

Ada hikmah di sebaliknya. Tuhan nak bantu anak-anak tuan/puan buat pilihan yang terbaik dalam hidup.

Contoh yang selalu berlaku dalam masyarakat. Trial SPM dan ujian bulanan sebelum ini yang tak seberapa, tiba-tiba result SPM dinobatkan sebagai pelajar terbaik.

Rezeki pelajar tersebut dan dia ambil kursus yang kononnya layak dengan keputusan SPM nya.

Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah tak pernahnya score A dalam subject English. Nak dikatakan rezeki, SPM dapat A. Apply kursus Law dan ditakdirkan apa yang dimohon diterima.

Masuk universiti, separuh jalan drop out. Tak mampu carry dah. Sampai ke tahap jumpa kaunselor minta bermacam advise.

Sekadar contoh untuk renungan ibu bapa yang masih tak boleh menerima hakikat keputusan SPM anak-anak.

Tuhan nak mak ayah muhasabah diri dengan ujian berbentuk keputusan SPM anak-anak. Bersyukur atau tidak dengan rezeki yang Allah bagi.

Marah dekat anak-anak sampaikan terlupa yang semua ini ujian Allah buat hambaNya.

Kesian anak-anak yang jadi mangsa amukan mak ayah terutamanya anak-anak yang rajin belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. Bukan rezeki dia kalini.

InsyaAllah aturan Allah itu indah. Ada rezeki dan bahagian anak-anak itu nanti.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. SPM bukan segalanya. InsyaAllah, anak tuan/puan pandai lagi cerdik.

Akan ada banyak lagi kejayaan yang boleh digapai di masa akan datang. Pada masa itu, janganlah pulak tuan/puan rasa letih untuk meraikan kejayaan mereka.

Belajar 5 tahun di asasi dan universiti. Ada 10 sem. Setiap sem dapat anugerah dekan, mak ayah karanglah puas-puas kata-kata penghargaan dan perasaan bangga untuk anak-anak di sosial media.

Selama ini pendam perasaan tengok kejayaan anak-anak orang lain score dalam SPM kan.

Be positive dan cukup-cukuplah marah anak-anak. Kerana sekeping sijil SPM sampai nak bermasam muka. Mengungkit dengan anak-anak. Kesian anak-anak.

Tolonglah muhasabah diri sendiri sebelum marah anak-anak. Jangan jadikan anak-anak batu loncatan untuk kita capai cita-cita kita yang tak kesampaian.

Belum terlambat lagi aku nak ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2022.

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sanggup susah payah berkorban segalanya buat kelas tambahan sebelum dan selepas waktu persekolahan.

Terima kasih kepada pakcik dan makcik guard yang jaga keselamatan anak-anak kami pukul 6 pagi di sekolah. Ada yang sanggup tunggu dan kawal dalam dewan sekolah dengan anak-anak ini sambil cikgu mengajar.

Terima kasih buat mak ayah pelajar-pelajar yang sanggup sponsor makan & minum dan segala keperluan pelajar sepanjang exam.

Saja aku nak post ucapan terima kasih di ruangan confessions ini. Saling menghargai jasa dan pengorban orang lain.

Mak ayah sibuk bercerita tentang kejayaan anak-anak sampai terlupa nak ucapkan terima kasih buat insan-insan yang banyak membantu di sebalik kejayaan anak-anak. Aku wakilkan mereka untuk ucapan tersebut.

– Mak Budak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *