Assalamualaikum. Pertama kali saya ingin meminta maaf jika penulisan saya ini agak terabur dan kurang berkesinambungan sebab saya cumalah seorang pelontar kata bukan pencerita. Hihi. Lagi satu cerita ni macam agak boring dan panjang. Jadi boleh terus skip ke pengajarannya ya. Hihi.
Baiklah. Nama saya Iman (bukan nama sebenar). Umur 20 tahun. Lepasan matrik dan bakal menyambung ijazah pertama di salah satu universiti di selatan tanah air pada bulan 9 dalam bidang kejuruteraan, insya Allah.
Sejujurnya, saya tak pernah sangka saya diberikan kurnia oleh Allah untuk dapat menyambung pengajian untuk ijazah. Sebab cgpa saya sangat rendah ketika di matrik. Serius saya kata. Bukan rendah yang sikit-sikit tapi rendah yang banyak. Hahah. Kiranya tak sampai 2.5 pun.
Sebab apa pointer saya rendah? Sebab semasa di matrik jujur saya kata saya memang takde jiwa untuk sambung subjek-subjek sains lagi macam fizik, math, kimia dan biology. Lebih-lebih lagi math. Saya memang anti betul. Dari sekolah rendah saya tak suka math. Bagi saya math tu susah dan menyusahkan. Hahaha.
Entah kenapa disebabkan otak saya terdoktrin dengan perkataan ‘susah’ tu, maka saya pun anggap yang saya memang tak boleh bawak sains lagi. Lalu menyebabkan saya main-main dan kurang fokus dalam pelajaran.
Setiap sem pointer saya tak bagus. Sampai ibu selalu marah. Saya takut bila ibu marah tapi saya still buat silap yang sama. Hmm. Sorry ibu.
Jadi bila di sem 3 matrik ketika nak isi upu, pilihan² saya memang semuanya kos yang tidak melibatkan core subjek sangat. Saya minat sains sosial maka saya banyak letak kos² tersebut untuk pilihan 1-3. Yang selebihnya 4-6 saya main letak je kos apa² sebab pointer saya kurang 2.5 jadi pilihan untuk saya apply tak banyak. Jadi untuk fasa pertama permohonan saya cuma letak sampai 6 pilihan saja.
Saya risau sebenarnya. Macam mana kalau saya tak dapat tempat di universiti nanti? Sebab sekarang semua pelajar dah pandai² jadi mesti banyak sangat persaingan kan. Lagi² orang selalu cakap lepasan matrik yang pointer tak bagus ni nanti mesti dapat kos ‘lelong’. Lagilah saya takut. Saya takut ibu marah. Tu je. Sebab masa result spm saya dulu pun seminggu ibu tak bercakao dgn saya sebab result tak bagus.
Result tak bagus macam mana boleh masuk matrik? Saya dapat matrik pun saya tak percaya. Spm saya 1 A je. Tapi saya di matrik ialah pelajar program dua tahun. Agaknya sebab result add math saya cukup² makan untuk layakkan saya masuk matrik. Addmath saya E.
Jadi berbalik pada permohonan upu tadi. Untuk fasa pertama saya cuma letak 6 pilihan saja sebab lepas keluar result sem 4 nanti akan dibuka fasa 2 pula. Jadi saya biarkan saja permohonan yang lagi 6 kosong. Sebab kan kita voleh isi sehingga 12 pilihan.
Saya selalu berdoa supaya saya tak sambung kos berkaitan sains lagi sebab saya rasa memang saya dah tak boleh bawa lagi dah. Takde soul. Hahaha. Masatu saya tak kisahlah ibu saya marah ke tak sebab ini pilihan saya.
Masa pun berlalu. Permohonan fasa 2 dibuka. Ketika itu saya sedang menjadi penganggur berjaya di rumah selepas habis matrik. Hahaha.
Lalu saya berfikir apa saya nak isi lagi 6 pilihan ni? Saya pun masukkan je kos² susah macam engineering. Huhu. Alah sekadar nak isi buat penuh je. Takkan lah saya yang dgn pointer rendah ni akan dapat kos² tu kan? Hahaha. Confident je.
Seperti biasa, saya doa banyak² kepada Allah supaya Allah tak beri saya kos sains lagi. Saya penatlah asyik belajar benda yang saya tak minat. Saya nak jugak macam kawan² saya. Diorang bersungguh sebab memang diorang minat. Tak macam saya. (ceh alasan.)
Sebulan sebelum result upu keluar, saya dah mula takut gila² kalau saya takkan dapat tempat di universiti. Jadi Allah gerakkan hati saya untuk amalkan -waqiah dan ayat seribu dinar. Orang kata kalau kita amalkan secara istiqamah, nanti Allah akan permudahkan rezeki. Jadi saya pun start amalkan.
Hari-hari selepas magrib saya baca al-waqiah. Setiap habis solat pula saya baca ayat 1000 dinar. Tapi saya tak lupa selitkan niat saya baca kerana Allah. Bukan hanya kerana kelebihannya sahaja.
Dan dalam masa sebulan itu juga hati dan doa saya berubah. Ya Allah jika kos berkaitan sains itu yang boleh membuatkan ibu ayahku gembira dan itu yang terbaik, maka kau kurniakanlah ia kepadaku ya Allah. Kos yang aku tak minat pun takpe ya Allah.
Saya doa macamtu. Sebab bagi saya apa jaminan saya akan berjaya dan dah tak malas lagi kalau saya dapat kos yang saya nak pun? Dan entah² kos yang saya nak sangat tu bukan yang terbaik untuk saya. Jadi dari situ saya harapkan semuanya kepada Allah. Takpelah kalau saya tak dapat pun apa yang saya mahu asalkan ibu ayah gembira. Masatu saya fikir ibu ayah je. Dah tak fikir desire saya lagi dah.
And guess what? Time result keluar, dgn penuh cuaknya saya buka upu online. Saya time tu dah tawakkal gila. Cuma kalau tak dapat mesti saya akan kecewakan parents lagi. Hmm.
Saya dapat result upu. Yeay! Itu yang saya bersyukur sangat². Lepastu saya tengok pula saya dapat kos apa. Kos kejuruteraan awam gais. Ya Allah. Saya macam tak percaya. Saya nanges time tu jugak. Sebab saya tahu pointer saya takkanlah dapat kos ni.
Dan sesungguhnya Allah dah kabulkan permintaan saya supaya kurniakan saya apa² kos yang penting parents saya happy. Dan betul. Bila saya inform merrka, mereka sangatlah happy. Alhamdulilah.
Itu je saya nak cerita. Maaf cerita saya memang kurang menarik. Hihi.
Tapi apa yang saya rasa saya nak sangat share dengan semua:
1. Allah Beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
2. Dahulukan kebahagiaan ibubapa, insya Allah Allah akan permudahkan urusan dan rezeki kita.
3. Walau sesukar mana pun sesuatu ujian atau perkara yang terjadi kepada kita, yakinlah 100% Allah akan sentiasa ada bersama kita untuk membantu dan mempermudab segalanya.
4. The power of Al-waqiah and ayat 1000 dinar is no joke. Saya sendiri dah rasa. Masya Allah.
5. Dalam kita doakan kejayaan dan kemudahan urusan diri kita, jangan lupa doakan sekali rakan² kita yang lain.
6. Walau apapun, untuk berjaya kita jangan banyak alasan dan mengeluh. (Huhu saya masih belajar darinya).
Doakan saya dipermudahkan urusan ya. Boleh juga selitkan tips² ketika di universiti supaya saya dan rakan² lain boleh baca dan maafkan salah silap saya sepanjang penulisan ini ya. Terima kasih.
– Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit