Results SPM Teruk Dan Dimaki Oleh Mak Ayah

Saya mengambil SPM pada tahun 2019 di Melaka. Sekolah itu terkenal dengan prestasi SPM nya yang paling ramai pelajar mendapat straight A’s.

Tekanan akademik kepada pelajar sangat kuat dan pelajar sangat stress kerana setiap hari hujung minggu, pasti diadakan 1 kem gerak gempur subjek SPM.

Pihak sekolah memang mengharapkan pelajarnya mendapat keputusan straight A tersebut.

Namun, saya merupakan satu2nya pelajar yang gagal mendapatkan straight A’s. Saya dapat 2A (itu pun subjek bahasa sahaja) dan lain-lain tu gred B+, C, D (Kimia, Fizik, Biology, Mathematics tambahan).

Hanya saya saja seorang yang menangis kecewa tatkala melihat kawan2 yang lain melompat gembira di dalam dewan canselor kerana mereka berjaya mendapatkan keputusan straight A’s tersebut.

Di sinilah musibah hidup saya bermula, saya datang daripada keluarga b40 yang mana keluarga kami kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang.

Kami juga tidak mempunyai gaji yang lumayan kerana ayah saya seorang pekebun manakala mak saya hanyalah suri rumah.

Suatu hari saya pergi ke bank BSN untuk membeli nombor pin UPU itu. Setelah itu, saya pun mengisi maklumat diri, keputusan SPM, pilihan program yang ditawarkan beserta syarat2 kelayakan bidang kos tersebut.

Saya perhatikan banyak pilihan program yang saya tidak mampu pilih kerana keputusan SPM saya yang sangat teruk.

Cita-cita saya ingin menjadi seorang Jurutera/engineer namun saya gagal mendapatkan kredit bagi subjek Matematik tambahan & matematik. Jadi saya pun terpaksa mengubah cita2 saya daripada Jurutera kepada sains komputer.

Jadi, untuk pilihan program UPU tersebut saya letak pertama sekali kos sains komputer (software engineer), kemudian pilihan kedua saya ialah Engineering mechanical, pilihan seterusnya semua saya letak Engineering tetapi berbeza kos (electrical, mechatronics, mechanical).

Kemudian, saya dengan yakinnya submit permohonan UPU tersebut di portal UPU walaupun saya tahu syarat saya tidak cukup tetapi saya tawakkal kepada Allah sahaja.

Jadi 3 bulan pun telah berlalu & tarikh keputusan UPU pun sudah keluar jadi saya pun terus membuka portal UPU dan menyemak keputusan tersebut.

Alangkah, kecewanya saya bila saya lihat di paparan skrin laptop “Anda gagal dalam permohonan kemasukan ke University Awam (UA).

Namun, saya diberikan peluang kedua oleh pihak KPT di mana mereka menawarkan rayuan ke-2 bagi pelayar yang gagal mendapatkan mana2 university. Jadi saya pun mohonlah rayuan kali-2.

Permohonan rayuan ini berbeza sedikit dengan permohonan kali pertama kerana pelajar rayuan hanya dibenarkan memilih 4 pilihan program sahaja tidak seperti permohonan pertama sebelum ini sebanyak 8 pilihan.

Jadi saya pun teruslah mengisi borang rayuan tersebut. Saya tetap meletakkan kos yang saya mahukan iaitu Engineering (mechanical, electrical & mechatronics).

Keputusan rayuan keluar seminggu selepas itu, makanya saya pun periksa portal UPU sekali lagi.

Alangkah kecewanya saya kerana mendapat kos lelong iaitu Matrikulasi Account di Arau, Perlis. Tempoh pengajian selama 1 tahun.

Saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana jauh sangat daripada rumah saya di KL.

Maka, saya pun menganggur sehingga sekarang. Terima kasih KPT kerana anda telah menyusahkan saya sekeluarga yang berpendapatan b40 ini.

– Aiman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Aik sejak bila KPT menentukan masa depan kau, yang menentukan masa depan kau ialah diri kau sendiri, kan dah dapat matrik tu kau yang manja taknak susah duduk arau sana

    dasar B40 kalau pemikiran masih dekat B40 memang kat situ jela

  2. eh? camtu pulak diknon.. if im not mistaken, there were several subject that u need to get an A for it to be applied for.. aku dulu sambung je, then masa diploma kaw2 study sampai almost 4.0, degree tukar course yg aku minat.. as for engineering, ofkos kau kena mula dari bwh.. tp xsalah klu study bidang lain dulu.. nnt dh habis study ambik secara part time.. itupun klu ko rasa xbeban lah.. akak ni grab je mana yg dpt masa UPU, takat dpt 3A tp nk jurusan yg hebat2 mmg xpdt lah diknon.. kena ukur baju kt badan sendiri, ade pulak UPU kena ikut tekak kau.. hehehehe.. lawak..

  3. Dikkkk dah tau tak layak kenapa kooo apply? haihhh ukur baju di badan sendiri. skrg dah ada kemudahan utk kau check requirement, sepatutnya tang situ kau boleh agak lepas ke tak. Klau nak sgt engineering cuba chek politeknik. Ada sebab kenapa ada set requirement sbb risau budak2 takleh bawak, sia sia je amik course gempak tapi failed.

  4. dik, sebelum ni nak mohon UPU cikgu tak pesan ke suruh tengok syarat & kelayakan setiap course. ye betul kene tawakal, tapi cuba ukur baju kat badan sendiri. bukan nak merendahkan pencapaian awak, tapi mohon la ikut syarat & kelayakan yg dah ditentukan. bila dah dapat rezeki kat perlis pergi jela, rezeki tu tak semua orang dapat. kalau nak sangat jadi engineer, nak dekat dgn rumah pergi sambung STPM.

  5. Dik, UPU tu bukan institusi abah awak yg tiba2 ada keajaiban nak luluskan awak walaupun result kelaut. Dah sedar diri tu tak mampu, berpijaklah di bumi yg nyata. Org yg betul2 bijak n kaya je layak ada pilihan nak study apa, study kat mana, etc. Sbb kalau X layak IPTA, mereka boleh apply IPTS.
    Bila result tak elok, banyak laluan lain lagi dik.
    Ada STPM, ada KPTM, ada Kolej Komuniti, rasanya ada jugak course Uitm yg syarat credit.
    Pastu dah dapat Matriks, tolak pulak.
    Kau ada masa beberapa bulan selepas SPM, sebelum kemasukan ke Matriks tu. Kerja dik utk dapat duit bayar yuran, bayar pengangkutan nak ke sana. Hidup Ni X boleh Kau tunggu je, tiba2 kejayaan dtg bergolek. Ini bukan kisah dongeng.

  6. dik, ko kena belajar balik konsep redha, tawakkal dan rezeki, ni tajuk besar dia ”qada’ dan qadar”, kadang ko rasa engineering macam kos terbaik utk ko, tapi Allah lagi tahu apa yg selayaknya utk kau dik oii. satu mistake besar ko pergi reject matrik arau dalam bidang acc tu, kita tak boleh jugak nak study ikut minat je, ko ada buat market research tak jawatan apa yg boleh offer gaji tinggi? aku bagitahu ko ya, salah satunya ialah accountant yg ko baru reject tu. allah bagi dah ko lorong utk ubah nasib b40 ko tu tapi takde apa la kitorg boleh tolong kalau metality ko b40 selaras dgn hidup ko, & arau tu bukannya dekat london diknon, apa-apa pon jadi tiber emergency sekalipon ko masih ada public transport boleh guna. kau je kena bijak tak bijak nak hadap dunia. takleh la forever dalam comfort zone kau dan salahkan takdir pulak. so for now, nasihat aku, kau pergi apply IPMA ke atau mana2 kolej polytech/ IKBN etc yg masih boleh bagi kau peluang buat diploma kejuteraan, ko tinggal kena rajin guna internet yg ada dihujung jari tu je diknon nak apply. semoga ada la rezeki utk kau ya. apa-apa pon kena reset minda balik and start fresh. ingat, takde siapa boleh ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. How? gunalah akal yg Allah dan bagi & bercampur la dgn org tua-tua sikit dan dengar la nasihat dan pandangan org lain yg boleh membina.

  7. Aku jarang nak komen. Tapi kau ni jenis salah sendiri tapi salahkan orang lain.
    Result kau yang hampeh lepas tu salahkan KPT. Kau cuba tengok sekeliling, berapa ramai yang dapat result straight A bersaing nak dapat tempat.

    Lepas tu, kau tengok tak syarat kelayakan course tu? Dah kalau result C/D nak mohon engineering memang tak lepas lah. hahahahahha

    Dah dapat tawaran ke matrikulasi tu, kau pulak tak pergi.

    Lepas tu dari tahun 2019 menganggur. Huissh dasyat eh kau. Tak buat apa-apa ke selain menyalahkan KPT????

  8. Jgn salahkan org lain. Boleh mula dari bawah semula. Ambil sijil di Giatmara atau sijil IKM kemudian sambung diploma IKM. Seterusnya sambung kejuruteraan teknologi di UniKL (universiti under Mara). Yuran mahal? Taklah. Mara akan taja dgn pinjaman boleh ubah. Siap ada elaun sara hidup.

  9. Bodo punya budak. Mu sendiri yang gagal dan menggagalkan diri. Nak slaahkan KPT pulok. Mu ingat accounting ni kerja cap ayam ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *