Retak

Assalammualaikum, terimakasih untuk admin iiumc yang sudi baca dan post kisah ni. Tak terlambat rasanya nak ucap selamat MENUNAIKAN IMPIAN YANG TAK TERTUNAI untuk tahun 2017 ni. Hehe. Ok back to the topic. Tujuan aku hantar penulisan ini bukanlah untuk mengadu domba ataupun buka aib sesiapa (tak terniat) tapi hanya untuk semua orang “alert” bahawa dunia ni tak seindah yang kau sangka.

Sejak wujudnya macam-macam platform untuk bersosial ni contoh facebook, twitter, etc, saya perhati benda mudah pun senang jadi “panas”. Asal sentap je asal gaduh je asal marah up post kt media sosial. Motif? Nak tunjuk kau hebat nak tunjuk kau matang? Orang takkan “show mercy” pun kt kau malah dorang gelak je. Kalau kau ada masalah sekalipun tak guna rasanya kau nak luah atau aib sesiapa kt media sosial. Benda takkan selesai.

Yang paling kelakar selalu juga lah aku perasaan orang update “aku tak kisah pun kau nak buat apa bla bla bla”, eh hello sebenarnya kau kisah sangat kau tuh dah sentap sebabtuh kau upload macam tuh. Tak dunia lah tak ada dugaan ni, jadi aku rasa kau tak perlulah nak meroyan bagai kt media sosial seolah-olah macam kau seorang je yang ada masalah. Apapun alasan kau, masalah kau ke apa tolong atasi sendiri.

Kau fikir para keyboard warrior atau pelayan media sosial ni “kisah” sangat pasal hidup kau, 24 jam nak merungut. Mereka sedap je gelakkan kau berdekah-dekah sebab nampak kau ni memang seorang loser yang mudah melenting. Aku hairan juga kalau ya pun ada masalah contohnya masalah keluarga atau kawan atau “kekasih”, rasanya kau dah boleh “keep it safe and lock it” dalam diri kau. Takkan kau takde privasi? (Privasi facebook tak mampu untuk lindungi kau) huhu.

Satu perkara lagi, aku nasihatkan zaman sekarang ni macam-macam orang boleh buat termasuk siber buli. Yang kau asyik menyibuk je update post pasal diri kau bersepah-sepah kt media sosial. Bila nak matang ni? “Orang yang membuka fikirannya untuk positif adalah orang yang berfikiran matang”. Beb, kau kena kuat. Kalau asyik semua benda nak sentap, kau sendiri yang sakit, apa guna? Tolong buka minda buka hati kau untuk “move on” dan belajar terima dugaan.

Kau perlu lihat positifnya dugaan ini adalah untuk ajar kau dan beri pengajaran tentang dunia. Pengalaman adalah guru terbaik. Jadi, tolong belajar atasi masalah sendiri dan berhenti mengamuk kt media sosial. Bukannya apa, kadang aku yang baca pun aku malu dengan segelintir manusia yang benda kecil pun nak sentap, huh sentap kt media sosial pula tuh. Bangunlah sedar diri dan “get a life”. Kalau ya pun tolong jaga maruah diri dan jangan nampak sangat yang kau ni memang lemah, orang senang je nak tindas kau dan tikam dari belakang.

Sekian.

– Gadis Tulip

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit