Retak

Untuk part I, (https://iiumc.com/hidup-dah-retak/).

Assalamualaikum. Aku berfikir-fikir banyak kali untuk menulis kat sini untuk kali kedua.

Sebenarnya, aku tak rasa nak luahkan apa-apa lagi kat sini selepas confession aku admin naikkan di page. Aku fikir post tu tidak akan di naikkan oleh admin, tapi sebalik nya berlaku, kerana bagi aku cerita aku terlalu kosong untuk diambil sebagai pengajaran atau apa-apa. Terima kasih admin, & semua yang komen pada post aku tempoh hari.

Sebenarnya, confession ni cuma aku nak berterima kasih pada yang komen. Aku fikir mungkin ada orang akan baca, tapi tiada komen. Aku baca setiap komen yang ditulis bawah post aku. Aku terlalu beremosi baca komen kamu semua. Terima kasih. Entah la, kadang-kadang bagi aku, meluahkan perasaan pada satu platform yang orang tidak kenal latar belakang kau lagi mudah dan ikhlas nasihat tu diberi, dari aku meminta pendapat atau kata semangat dari orang yang aku kenal.

Pada post lalu, aku tak ceritakan tentang apa yang menyebabkan aku sampai ke tahap itu, dan ada yang bertanya. Pertama, aku terlalu terdesak untuk ceritakannya pada post lalu, betul. aku mahu orang rasa sakitnya aku pada ketika itu. Tapi diri aku menolak untuk diceritakan apa yang berlaku. Aku elak guna ayat dan perkataan yang telalu ganas, takut orang fikir semua yang ada mental illness ni tindakannya ganas dan luar jangka.

Jadi aku bayangkan pembaca dengan situasi aku dikhianati kawan, orang sekeliling aku, dan aku dipulau. Pada minda pembaca, mungkin itu semua norma kehidupan yang tiada siapa pun yang tak pernah merasai. Aku tahu. Malah ada yang lebih teruk dari apa yang aku lalui. Perbandingan itu buatkan aku menolak untuk cerita secara detailed dalam post aku yang lalu.

Aku tak mahu diri aku kelihatan teruk dengan situasi yang orang lain rasa normal dan biasa. Pada mulanya, aku juga terasa perkara itu biasa. Tapi, jika perkara itu berlaku berulang-ulang kali, dengan karakter dan situasi yang berbeza, tak mungkin aku seperti ini.

Semua orang tidak tahu setahap mana kemampuan diri sehingga perkara itu buatkan dia betul-betul rebah ke bumi. Memandang gelap sebagai harapan, dan bukan lagi cahaya. Tutup semuanya, dan biarkan hidup terjadi seperti mana yang Dia mahukan. Aku, salah seorang hamba Tuhan yang fikir aku biasa, normal, ujian-ujian itu mampu buatkan aku lebih kuat, tapi sebalik nya yang terjadi. Hati aku berulang kali berkata, ‘Jujur, kau sikit pun tak pernah kuat dari saat semua orang tu tinggalkan kau kerana keadaan kau’.

Ada orang kata, hidup kerana manusia atau Tuhan? Sebenarnya bagi aku, dua-dua ada kebergantungan. Aku tak tolak takdir, aku terima semuanya, yang aku bebelkan di post lalu hanya kesan. Kesan kehilangan itu berbagai-bagai.

Punca kepada depresi itu banyak. Dalam hidup aku, dua penyumbang utama aku adalah keluarga dan sekolah. Diorang ubah diri aku jadi seseorang yang aku cuma ada Allah di mata aku. Aku pernah cuba untuk end everything depan parents aku. Aku pernah jugak buat di sekolah tapi sekolah tutup cerita. Aku terlalu burnout. Bukan untuk dapatkan perhatian tapi tekanan sekeliling itu buatkan aku nak gila.

Aku cuba cerita, aku cuba dapatkan orang untuk tolong aku, tapi sampai sekarang aku ingat lagi muka kaunselor sekolah senyum meleret pandang aku, ketuk-ketuk pen di meja, seakan ‘its a joke for you’. Aku pandang dia, aku rasa seakan benda lain yang kawal aku. Aku takut masa tu, jadi aku lari dari bilik kaunselor tanpa salam dan ucap terima kasih.

What if, at that time if I try to hold on and it turns out to be something else? Mungkin cikgu tu dah makan penumbuk aku atau mungkin tangan aku merah dipenuhi darah? Tapi consequencenya, selepas kejadian itu, kaunselor sekolah dan cikgu-cikgu lain seakan ‘pulau’ aku.

Sekolah macam neraka bagi aku. Macam khabar angin yang menular satu sekolah, rakan sekelas buat kelakar guna perkataan bunuh diri tu macam dah biasa. Toxic environment. Aku tak selesa, dan aku rasa macam salah aku pergi minta tolong kaunselor untuk selamatkan aku dari perasaan sendiri. Semuanya nampak salah. Semuanya salah aku, yang buat keputusan salah.

Aku takut dengan diri aku. Orang sekeliling aku nampak lebih kejam dari diri aku, sebab bila aku cuba suarakan untuk ;diselamatkan’ aku tak sangka aku ditertawakan. Benda ni berlaku lagi dan lagi sampaila aku terjumpa pakar psikiatri yang berperangai sama. Dia gelak besar, bila aku kata aku ada rasa nak suicide, dan dia cabar aku mati sambil ambil pisau dari dalam pencil case, dia letak depan aku. Keadaan aku masa itu, aku cuma nampak orang sekeliling tak nak terima aku, walau orang tu graduate bidang yang dia sebenarnya perlu tolong manusia macam aku.

Aku mula persoalkan semuanya, seakan Allah letak kan aku pada keadaan yang Dia cipta agama, cara hidup, empati dan islam dalam diri hamba-hamba dia, tapi orang-orang macam ni tuding pada aku semula seakan aku dah dapat tiket neraka, sedangkan mana adab,agama,dan pengertian islam tu pada diri dia? Aku tau, aku tak layak bercerita tentang agama.

Tapi, sepanjang apa aku lalui, ia menambah rasa pada diri aku. Sakit. Aku susah nak percaya sesiapa. Diorang bercerita tentang agama, amalan, iman, menakut-nakutkan aku tentang dosa dan neraka, bagi aku, diorang tak pernah nak membantu. Diorang buatkan aku rasa Allah tak akan pandang aku.

Aku berhenti belajar dan kecewakan harapan keluarga aku untuk segulung ijazah tiga tahun lepas sebab aku terima banyak gangguan emosi. Pada mulanya kemurungan itu hanya kemurungan, tapi lama-lama aku terasa diri aku ada perubahan. Mata aku, entahla.. Aku kerap nampak bayangan yang aku kenal, cuma orang lain tak nampak. Kadang bisikan itu buatkan aku rasa aku nak hentikan semua. Bila aku okay, boleh function macam biasa untuk hari-hari seterusnya benda-benda tu tak kacau aku.

Tapi bila mood aku nak mula berubah atas suatu-suatu sebab, bayangan & bisikan ni kuat. Aku nampak fizikal dia. Dia ada. Pada mulanya aku takut, tapi lama-lama aku dah biasa. Pada permulaan itu aku rasa aku teruk, aku dapat cuti selama 3 bulan dari doktor. Doktor panggil parents ke hospital untuk jelaskan, tapi diorang tak faham. Aku tak pasti samada diorang cuba buat-buat tak faham atau apa, tapi if they know anak diorang sakit, kenapa tak nak cari pengetahuan tentang tu? Denial. Tak akan cuba untuk faham sebab diorang tak boleh terima apa benda mengarut yang jadi pada aku.

Aku minta maaf pada yang nak berkawan dan pesan pada aku jika aku perlukan seseorang bila down untuk cari dia, pertamanya sekali, aku nak. Aku nak sangat, tapi aku tak boleh. Kauorang kena fikir yang dealing with someone yang ada mental illness bukan sekadar sediakan telinga untuk mendengar atau cuba nasihatkan itu ini bila dia tengah bertukar mood.

Pada pertama kalinya, aku pasti kauorang akan sedia sedaya upaya untuk tolong, tapi pada masa tu aku mungkin akan buatkan kauorang rasa kauorang helpless sangat untuk tolong aku.. Aku akan menyebabkan kauorang rasa macam tu, dan aku tak nak rasa tu bebankan diri kauorang. Serba salah yang melampau tu akan buatkan kauorang sedih.

Niat untuk membantu itu aku hargai, tapi aku tak nak lukakan hati sesiapa. Adakalanya, berkawan itu seronok sangat, tapi bila kita tahu sepanjang kebaikan yang dia buat itu kita dah sakitkan dia, itu berat bagi aku. Kita stranger yang aku tak tahu apa masalah kau, dan kau tahu apa masalah aku. Itu tak adil. Aku ni teruk orang nya, kalau tak mana mungkin semua yang disekeliling aku tinggalkan aku. Kauorang tak pernah terfikir ke?

Last, kepada confessor Penyu (https://iiumc.com/harapan-pada-kematian/), i know you are not Serara sebab Serara tak kuat macam kau. Umur 40 atau apa sekalipun, kalau masa itu kau nak lakukan perubahan, itu adalah permulaan dan bukan akhir. Jangan fikir diri kau dah tak ada apa-apa lagi yang perlu dikecapi walau dah sebanyak itu umur. Aku faham situasi kau, aku pun tak bekerja walau semua kawan-kawan aku dah bekerja, ada life & kereta sendiri. Aku tak ada. Aku juga rasa macam biawak hidup dalam rumah ni, buatkan sedara dan sepupu aku pernah kata yang aku tak sepatutnya mak ayah aku tanggung lagi.

Aku tak mampu tolong cuma bila kau rasa keadaan kau seakan aku, aku faham. Berperang dengan diri sendiri untuk lawan apa yang kita rasa itu, kadang-kadang kita pun keliru. Aku mahu mati kerana manusia atau aku perlu hidup kerana Allah. Dua-dua menjerat. Tapi bila kau terus kuat kerana Tuhan, tipu kalau Tuhan tak tahu usaha kau. Aku baca di ruang komen kau ada yang kata masalah kau tak ada apa sangat.

Bagi aku tak perlu ada perbandingan siapa paling hebat melawan ujian. Redha, sabar, & kuat ni aku rasa semua orang pun kena buat bila ditimpa ujian. Bezanya, bila dia ada rasa empati dalam diri dia, perbandingan macam ni tak akan wujud, tapi sayang, manusia suka berlumba-lumba bila dia rasakan diri dia hebat kerana ujian dia.

Dulu, di klinik psikiatri, aku pernah berborak dengan sorang pesakit. Punca dia depresi hanya sebab kucing yang dia sayang mati. Dia tak boleh terima, dan bila dia balik rumah, semuanya ada kaitan dengan kucing dia. Dia yang bercerita, ketawa kecil di akhir setiap ayat sambil geleng-geleng.

Mungkin dia rasa aku akan ketawakan dia sebab kan dia murung kerana kucing. Tapi tak. Aku faham, dia terlalu sayang. Kehilangan itu menyakitkan dia. Sekecil-kecil benda, kucing mati, yang bagi orang lain apadehal sangat, tapi bagi sesetengah orang, impak nya tak sama. Tak semestinya masalah itu kena besar baru dikira ujian. Kadang, terguris hati yang tak kelihatan itu jugak boleh jadi ujian yang besar bagi seseorang. Jangan prejudis.

“the first flower drops its petals,
no one listen to the ones who died,
hold it on and keep your smile,
no one finds out until you die.
Someone laugh and you were gone,
bye bye.”

Terima kasih semua…

– Serara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *