Hi, haritu ada terbaca pasal benda ni, (https://iiumc.com/beauty-routine/)
So saya nak detail sedikit pasal retinoid yang mana korang kena tau dulu sebelum nak jump pakai tretinoin. Ada beberapa perkara kene consideration and tanya diri sendiri adakah korang perlu atau tak sbb benda ni sebab ada pros and cons..
Memang tak dinafiken benda tu gold standard skincare ingredient yang banyak sangat benefit yang memang diakui seluruh dermatologist kat dunia.
Tengok lah kat youtube mana2 dermatologist kata favourite diorang adalah retinoid selepas sunscreen. Apa2 diorang memang priority kan sunscreen dan retinoid dalam rutin diorang.
Retinoid ni vitamin A group terdiri dari tretinoin, Accutane, retinol, retinal, adapalene, tazarotene dan trifarotene. Secara cliché kalau buat appointment dermatologist diorang akan tanya patient Perempuan dah kawin atau belum sebab tretinoin dengan pill Accutane memang menyebabkan keguguran.
Selalunya kalau belum kawin, diorang memang prescribe pill Accutane dengan tretinoin sebab benda tu memang paling effective treat acne tahap kritikal mcm cystic acne.
Kenapa tretinon ni illegal sebegai product cosmetic ? sbb benda tu punca keguguran dan menyebabkan irritasi sangat teruk.
Tretinoin ni sejenis active form bila terus apply kat kulit memang benda tu bind receptor kat kulit skin akan turnover secara mengejut. Seolah olah sel2 dalam kulit akan tolak naik ke atas jadi kulit lapisan luar ni akan dipaksa menggelupas untuk menggantikan sel2 kulit baru.
Kesannya, lapisan luar kulit tanpa penghasilan ceramide yang mencukupi kulit ibarat kulit baru tanpa perlindungan ceramide.
Jadi, penggunaan tretinoin fasa awal, kulit akan jadi merah, kering dan flaking dipanggil retinization period. Retinization ni berlaku lebih kurang sebulan.
Isunya, bukan semua orang boleh tahan dengan harsh ingredient macam tretinoin. Ada orang mengalami retinization dan inflammation, bila fasa retinization sudah habis, kulit mereka masih berterusan merah dan irritasi. Jdi kulit mereka memang tak boleh tolerate langsung dengan tretinoin.
Dalam skincare, memang kene elakkan irritasi. Irritasi punca masalah lain jadi lebih teruk. Contohnya, ada orang guna tretinoin untuk kurangkan jeragat dan sun spot tapi bila kulit memang tak boleh tolerate, jeragat dan sunspot jadi lebih besar besar dan teruk.
Bila jumpa dermatologist, costing dan masa nak rawat balik jadi lebih complicated berbanding dia terus jumpa dermatologist lebih awal tanpa guna tretinoin.
Sekiranya inflammation berlaku daripada tretinoin prescription dari dermatologist, at least diorang ada buckup plan cari alternatif treatment sebab diorang berpengalaman dan dah jumpa beribu2 pesakit jadi letakkan kepercayaan kepada mereka berbanding jadi palatao guna illegal drug dan menyesal kemudian hari.
Just make sure korang guna drug treatment dibawah pantauan dermatologist..
Alternative tretinoin better guna yang lebih gentle yang boleh guna secara cosmetic mcm retinol ester, retinol dan retinal sebab benda tu bagi benefit macam tretinoin cuma mengambil masa yang lebih lama dan kurang irritasi sbb masa diperlukan untuk tukar jadi retinoic acid.
Retinol ester > retinol > retinal/ retinaldehyde > retinoic acid (tretinoin)
Benda tu adalah mechanism partway conversion jadi retinoid acid.
Contoh sesiapa yang guna retinol ester which product diorang guna ada ingredient list tulis retinyl palmitate, retinyl acetate, retinyl propionate dan retinyl linoleate memang makan masa paling lama dan paling gentle for skin sebab ia memerlukan 3 step conversion sebelum jadi retinoid acid dan bagi benefit pada kulit.
Berbanding product guna retinol lagi cepat sebab ada 2 step conversion dan retinal paling cepat sebab hanya perlukan 1 conversion step je. Selalu dalam market jual jenis retinol ester dan retinol je, so far brand avene jelah yang saya trusted ada retinal form sbb susah nak cari.
Untuk product retinoid alternative, saya sarankan guna brand yang dah ada research sbb product retinoid alternative bukan macam ingredient cosmetic lain like niacinamide, bha, aha, tranexamic acid dan lain2 yang memang wujud dalam active form maksudnya sapu je kat kulit, ingredient tu immediately work on skin.
Retinoid alternative ni jenis pasif ingredient, perlukan conversion step, bila guna brand yang salah formulation. Conversion tak kan berlaku ibarat macam kau sapu air je kat muka.
My suggestion guna brand macam olay, loreal, cerave, avene, la roche posay. I know harga memang keras, at least brand tu ada jaminan berkesan berbanding guna harga murah tpi tak berkesan langsung.
Last, adapalene sejenis 3th generation retinoid, sejenis active form, tak perlu pun conversion step dan boleh direct beli kat farmasi tanpa prescription. Immediately working selepas sapu. Ni suggestion untuk nak jimatkan cost and nak kesan lebih cepat.
Penggunaan macam tretinoin saiz pea utk 1 muka bezanya benda ni less irritation compare tretinoin. Memang product ni untuk acne skin tapi still ada multifunction benefit macam tretinoin. Cumanya bukan 100% ada benefit macam tretinoin. Like sebahagian benefit tretinoin ada dalam adapalene mcm acne, anti aging, speed cell turnover.
Benefit lain, tak sure sebab benda ni baru lagi dalam FDA approval as drug treatment 2016 so ia perlukan banyak research lagi cari benefit.
So far commonly brand t3, deriva dengan differin. Kalau nak brand trusted, brand differin sebab benda tu first brand yang patent and brand tu jugak lah terlibat dalam research sampai dapat FDA approval.
Harap dapat membantu, kalau suka penjelasan ni dan nak lagi nanti saya spill detail pasal sunscreen..
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit