Hi berdasarkan confesson, https://iiumc.com/retinoid/
Saya rasa bersalah pula macam seolah-olah saya buat-buat cerita fearmongering pula walaupun itulah hakikatnya. Jadi saya nak spill lah sambungan untuk membantu.
1. Tolerance
Walaupun retinoid memang irritating ingredient, tapi benda tu boleh bina toleransi kulit.
Tak mustahil korang bermula dari retinol ester sampai ke tretinoin, cuma benda tu makan masa untuk kulit adaptation, mungkin makan bertahun-tahun.
Tapi ada orang kulit tak mampu sampai ke tretinoin, mungkin sampai ke retinal pun ok.
Konsisten guna retinoid jenis cosmetics masih dapat benefit macam tretinoin, bezanya kesan lambat dan kurang irritation kecuali retinoid generasi ketiga dan keempat sebab benda tu drug baru, jadi data keberkesanan masih lemah.
Jadi jangan takut guna retinoid walaupun kulit sensitif. Yang penting, mulakan perlahan-lahan. Bila dah ada skin tolerance, boleh naik kepada yang lebih potent. Ada beberapa kaedah nak bina toleransi:
a) Retinol ester > Retinol > Retinal > Tretinoin
b) 1x seminggu > 2x seminggu > … > Setiap hari
c) Moisturizer > Serum (pasal serum bermula dari kepekatan paling rendah ke tinggi)
Sesiapa yang belum mula guna retinoid, saya cadangkan guna dulu retinol moisturizer.
Produk yang saya syorkan: Olay moisturizer retinol warna ungu atau Neutrogena Rapid Wrinkle Repair sebab saya tengok banyak dermatologist recommendation.
Guna kaedah b) dulu, kemudian c), dan akhir sekali a). Disebabkan moisturizer dah guna retinol, jadi untuk kaedah a) boleh skip retinol ester serum, terus guna retinol serum.
Yang dah mula guna retinoid tu, boleh sambung ikut mana-mana kaedah yang nak bina toleransi.
2. Moisturizer
Untuk yang dah sampai tahap guna serum, carilah moisturizer yang bagus untuk skin barrier macam ada ceramide, centella, colloidal oatmeal. Pilihlah tekstur yang korang suka sama ada gel, gel cream, atau krim.
3. Pantang Larang
Pakai waktu malam sahaja, sebab retinoid sensitif dengan cahaya matahari, senang degrade.
Pakai sunscreen. Retinoid sebabkan kulit cepat berganti. Kulit baru mesti dilindungi dari matahari.
Jangan guna irritating ingredient bersama retinol dalam rutin yang sama. Asingkan rutin irritating ingredient dengan retinol.
4. Kalau dah ikut semua langkah di atas, guna retinoid yang paling lemah pun masih ada irritation, maksudnya memang ada alahan, kulit langsung tak boleh terima retinoid. Stop guna, guna bahan lain. Jangan paksa diri.
Skincare ni macam eksperimen, kena cuba dan buat kesilapan, kena dengar kulit sendiri. Yang penting, skincare tak boleh ada irritation sebab itu boleh buat kulit jadi lagi teruk.
5. Untuk bahagian 1, saya syorkan jenama tu sebagai panduan sahaja. Tak perlu ikut 100%, sebab jenama yang saya sebut tu memang ada buat research dengan dermatologist.
Maksudnya, masa jenama tu buat R&D, dermatologist memang periksa biopsi kulit dan tengok keadaan kulit sebelum dan selepas, jadi memang terjamin keberkesanan.
Kalau yang dah guna jenama lain tapi masih nampak berkesan, teruskan guna. Tak perlu viral sangat. Mungkin jenama tu buat formula produk dengan betul cuma tak buat R&D sebab kos R&D tinggi. Hanya jenama besar sahaja mampu nak labur untuk R&D.
Analogi macam nak cari tempat makan yang bersih — kalau nak jaminan kebersihan, cari kedai makan yang ada sijil halal JAKIM. Tapi tak bermaksud yang tak ada sijil halal tu kotor, mungkin kedai tu bersih cuma tak mampu nak daftar. Sama juga konsep R&D.
Hari tu saya kata nak spill pasal sunscreen tapi macam was-was. Tak tahu korang nak ke tak. Tak nak lah nampak macam syok sendiri. Hahaha. Tengok page ni pun banyak sambutan bila topik pasal rumahtangga.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit