Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedikit ulasan aku mengenai filem “Squid Game”.
Filem ini antara filem yang sedang hangat diperkatakan, tambahan pula ia sebuah filem yang sedang viral di setiap sisi platform media.
Rata-rata netizen membanjiri sedutan video ini dengan teaser yang berbagai.
Filem ini mengisahkan mengenai beberapa pemain dalam permainan ini,
Mereka rata-rata datang daripada mereka yang berlatarbelakangkan hutang serta masalah kewangan kronik dan disebabkan itu, mereka memilih untuk menyertai permainan ini.
Permainan ini mempunyai banyak peringkat, aku tak ingat tapi banyak.
Dan pemenang yang berjaya untuk menghabiskan permainan ini akan berjaya memenangi wang tunai yang sangat banyak jumlahnya.
Setiap permainan yang dimainkan bagi setiap peringkat, akan berlaku tembakan pemb*nuhan terhadap pemain yang gagal menyelesaikan misi slot permainan berkenaan. Permainan kanak-kanak.
Mayat yang ditembak mati, tidak akan dikembalikan kepada pewaris malah kematian pemain dirahsiakan dan tidak akan diketahui oleh orang luar.
Mayat kemudian akan disimpan untuk tujuan pengambilan organ dalam badan untuk keuntungan pihak penganjur yang menganjurkan permainan ini.
Setiap para pemain yang berjaya ke peringkat seterusnya masing-masing bersaing serta ada yang berbalah dan mengkhianati pasukan mereka sendiri demi meraih wang kemenangan yang dijanjikan oleh pihak penganjur.
Pengakhirannya, hanya seorang sahaja yang berjaya.
Jadi disini aku akan ulas pendapat aku mengenai filem ini.
Berdasarkan pemerhatian aku sepanjang menonton filem ini, ada beberapa perkara yang aku kurang setuju dan kurang gemar.
Pertama, filem ini kejam dan tidak adil.
Sepanjang filem ini ada berlaku pemb*nuhan, pengambilan organ dalam badan mayat yang dib*nuh.
Berlaku pemb*nuhan sesama sendiri serta pengkhianatan antara insan yang pernah menjadi kawan baik.
Kedua, filem ini tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Aku sangat pelik bila mana filem ini telah membawa pengaruh buruk terhadap pemikiran anak-anak sehinggakan ada aku lihat ada video kanak-kanak yang melakonkan kembali babak dalam cerita ini.
Filem ini juga ada babak se**, walaupun hanya sikit, memang sangat tak sesuai untuk tontonan bawah umur.
Ketiga, filem berupaya untuk menjadi contoh serta idea baru kepada pihak di luar sana untuk melakukan permainan seperti ini secara nyata.
Belum pernah terlintas di fikiran masyarakat untuk adakan filem sebegini, tambahan pula sekarang kita di ambang pandemik,
Masing-masing pasti ada masalah kewangan, mungkin juga ia boleh dijadikan idea yang bernas buat mereka yang berfikiran licik dan terdesak. Jaga-jaga.
Sedarlah, filem ini berunsur jenayah halus. Penjualan organ dan pemb*nuhan. Jangan disebabkan filem ini viral, kita rasa kita perlu suka dan sokong. Jangan normalisasikan benda yang tak normal ya. Tolong.
Mungkin ada yang akan mempersoalkan ini cuma filem, malah banyak lagi filem di luar sana yang sebelum ini lebih kejam, tetapi filem ini aku ketengahkan sebab ia di antara filem yang paling viral setakat ini.
Bila namanya viral, akan ada yang nak ikut dan mencontohi ia.
Aku terkejut bila terbaca ruangan komen bila mana ada netizen yang minta semoga permainan seperti ini wujud di negara kita.
Jangan putih mata sebab duit. Aku bukan “bitter” dengan filem ni, cuba aku rasa kurang setuju.
Nilai murni dalam ni ada tapi cuma secebis, aku cuma puji cara pembuatan serta peralatan, lokasi filem ini memang power, sebab memakan masa yang agak lama untuk set up. Cuma aku kurang suka dengan initipati filemnya sahaja.
Harap tiada yang cemuh aku. Sekian…
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit