Untuk part I, (https://iiumc.com/review-squid-game/).
Terima kasih sekiranya admin sudi menyiarkan entri saya sekali lagi. Saya adalah confessor yang menulis entri berkenaan “Review Squid Game” tempoh hari.
Entri kali ini, saya bahasakan diri saya adalah saya, bukan aku. Tujuannya adalah supaya awak lebih faham serta mengamati dengan lebih mendalam mesej yang saya cuba sampaikan.
1. Pertama, saya memohon maaf atas kesilapan saya sendiri yang di dalam penerangan tentang penjualan organ tu, sebab saya buat ramai orang salah faham dengan penulisan saya.
2. Kedua, ada yang kata drama berepisod ini ada tulis kenyataan di atas itu tentang tontonan peringkat umur, nud1ty, violence dan sebagainya.
Maaf, saya tidak buta lagi, saya sedia maklum tentang perkara itu, cuma saya kata tidak sesuai untuk kanak-kanak sebab saya tahu ada di antara kanak-kanak yang menonton juga drama ini.
3. Saya tahu pendapat saya dikecam, tetapi kan itu hanya pendapat saya? Saya tidak menyentuh sebarang perihal peribadi kehidupan awak semua.
Ada yang komen, sampai drama pun nak buat confession? Ya. Itu hak saya untuk menulis . Di sini ruangan confession adalah meluas, bukan sekadar hendak meluah tentang kehidupan seharian sahaja, jadi berlapang dadalah.
4. Majoriti yang komen berbaur kurang senang dengan pendapat saya adalah perempuan. Perempuan ya.
Banyak yang meremeh serta merendahkan apa yang saya cuba sampaikan, isu saya salah bagi penjelasan jalan cerita, hal itu yang awak semua persoalkan. Bukannya nak menghayati mesej yang saya sampaikan.
Triggered betul awak semua ya. Seolah-olah masing-masing berbangga menulis komentar sedemikian. Tidak rasa malukah? Apa yang awak semua komen, itulah yang mencerminkan keperibadian diri awak semua.
Ada yang menghina saya, minta saya pergi sekolah pondok lah, apa lah, cakap saya pembaris, tak relax, skema, dan seumpamanya.
5. Saya nampak hanya segelintir saja yang komen bersetuju dengan pendapat saya. Tahniah, anda seorang pembaca yang bijak sebab anda menulis komen dengan berfikir, bukan emosi semata-mata.
6. Ada yang komen, saya ni pertama kali menonton drama genre begini. Ada yang komen juga, saya ini seolah anti dengan drama Korea sebab itu saya seakan mencari salah mengenai drama berkenaan.
Maaf ya, saya tidak anti malah saya juga peminat drama Korea serta pelbagai drama dari pelbagai negara.
Saya juga pernah menonton filem serta drama yang lebih teruk daripada itu. Cuma kenapa saya menulis entri tentang “Squid Game” sebab drama itu yang paling viral sekarang.
7. Saya tidak kata keseluruhan drama tersebut tidak baik, bukankah saya ada menulis di entri tempoh hari, drama ni ada nilai murni tetapi sangat sedikit. Saya juga puji cara penghasilan drama, peralatan drama tersebut bagus.
Jika anda semua memandang pendapat saya sebagai sisi positif, maka positiflah jadinya. Jika anda memandang pendapat saya dari sisi negatif, maka negatiflah jadinya.
Tujuan saya membalas komentar awak semua adalah untuk memperbetulkan semula penjelasan cerita saya yang telah membuat ramai salah faham serta untuk mengubah tanggapan negatif awak semua pada saya.
Saya juga tidak mahu berbalah dan tak mahu panjangkan isu ini tambahan pula ini hanyalah drama sahaja, seperti yang awak-awak semua katakan.
Saya tahu pembaca di sini bukan budak sekolah, jadi fahamkanlah dengan sebaiknya setiap intipati yang saya cuba sampaikan.
Jangan jadi pendek akal, tidak boleh menerima teguran atau pendapat orang lain apabila anda kena cuit.
Sedikit pesanan saya kepada pembaca yang budiman, sesungguhnya dalam kehidupan ni, “suka jangan sampai memuja, benci jangan sampai menghina”.
Ini merupakan penulisan terakhir saya berkenaan drama ini dan saya berharap isu ini habis di sini. Sekian.
Salam sayang,
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit