Review Untuk Projek Rumah RUMAWIP

Hi Guys. Dalam Confession kali ini, aku ingin berkongsi review aku terhadap 10 Projek Rumah Wilayah (RUMAWIP). Rumah subsidi oleh Kementerian Wilayah @ DBKL.

Umum mengetahui, pembeli rumah biasanya ada 2 tujuan iaitu pelaburan atau duduk sendiri. Boleh rujuk nota-nota hartanah aku sebelum ni. Rumawip dikenakan sekatan jualan selama 10 tahun (Moratorium). Rumawip sesuai untuk duduk sendiri. Berkenaan boleh disewakan atau tak, aku tak pasti, kena tanya DBKL.

Berikut merupakan 10 Projek Rumawip yang aku sempat review. Harap boleh membantu korang. Gred yang aku bagi hanya terpakai untuk Rumawip sahaja. Rumah selain rumawip, ada cara lain untuk review. Review ni aku buat santai-santai dalam MRT balik dari kerja. Kira-kira pun pakai kalkulator phone. Haha. Diharapkan review ni boleh bagi korang guideline untuk pilih rumawip yang betul jika korang berminat.

1. LILY APARTMENT, KUCHAI LAMA

Harga : RM300K

Title: Leasehold

Luas : 820 kps

Harga per kps : 366

Pro

– 80 meter ke MRT2 stesen Kuchai Lama, hanya 6 stesen ke KLCC.

– Low density, 556 unit sahaja.

– Tiada persaingan kondo baru terdekat untuk MRT2 Kuchai Lama.

– Berdekatan pusat komersil Kuchai Lama, bank, pasaraya NSK.

Cons

– Bunyi bising Highway

– Tiada kolam renang, balkoni

GRED = A-

2. VISTA LANGKAWI (PV18), SETAPAK

Harga : RM300K

Title: Leasehold

Luas : 926 kps

Harga per kps : 324

Pro

– Rumawip terbesar (saiz)

– Berhampiran pusat komersil setapak central, Platinum Walk, dan danau kota

Cons

– Kemungkinan high density kerana dicampur dengan unit bebas (PV18)

GRED: B-

3. KIARA KASIH, SEGAMBUT

Harga : RM300K

Title: FREEHOLD

Luas : 850kps

Harga per kps : 353

Pro

– Freehold

– Berdekatan dengan kondo di Mont Kiara di mana rata-rata lebih harga 700 per kps. Berkemungkinan Capital Appreciation (CA) yang sangat tinggi.

– Pemaju termuka di Mont Kiara iaitu UEM Sunrise.

– Access highway.

Cons

– Terdapat High Tension Cable (HTC) berhampiran.

– Bunyi bising highway

– Berkemungkinan dilihat sebagai “low budget” apartment berdekatan Mont Kiara. Harga di Mont Kiara mahal kerana Kawasan Tier 1. Harus diingat, majoriti kondominium di Mont Kiara diselenggara oleh top facilities management company in Malaysia, sebab tu value tinggi. Kiara Kasih siap 4 tahun lagi. Lepas siap, duduk 7-8 tahun, lepas tu jual, confirm untung.

GRED : A-

4. HEKTAR RESIDENSI, SETAPAK

Harga : RM300K

Title: Rezab Melayu

Luas : 850 kps

Harga per kps : 353

Pro

– Rumawip berkonsepkan Islamik, siap tepi masjid lagi. Haha. Ada gelanggang futsal weh.

– Tepi jalan Gombak, direct access to Pusat Bandar KL.

Cons

– Tanah Rezab Melayu, susah nak jual nanti.

– High density, 2800 unit, ditambah dengan rumawip bersebelahan (Inspira) dan kondominium KL Trader Square (KLTS), rasanya lebih 10 ribu unit kondominium di sepanjang jalan Gombak.

GRED: C-

5. SKYAWANI 3, SETAPAK

Harga : RM300K

Title: Leasehold

Luas : 800 kps

Harga per kps : 375

Pro

– Rekaan rumah yang menarik

Cons

– Dikelilingi High Tension Cable (HTC)

– High density, hampir 2000 unit. Ditambah dengan rumah PPR dan kondo yang bakal dibina berhampiran. Jumlah keseluruhan melebihi 5 ribu unit.

– Jalan masuk ke kampung Baru Air Panas agak sempit dan jauh dari jalan besar.

GRED: D

6. RITZ COMMUNITIES, KUCHAI LAMA

Harga : RM300K

Title: Leasehold

Luas : 800 kps

Harga per kps : 375

Pro

– Berdekatan MRT2 Kuchai Lama, namun access jalan kaki masih menjadi tanda tanya.

– Access Highway

Cons

– Bunyi bising highway.

– Tiada balkoni.

GRED: B jika ada access jalan kaki ke MRT, C- jika tiada.

7. VISTA WIRAJAYA 2 (PV9), SETAPAK

Harga : RM300K

Title: Leasehold

Luas : 850 kps

Harga per kps : 353

Pro

– 200m jalan kaki ke LRT KLJ Line Taman Melati

– 100m ke TAR College.

Cons

– berkemungkinan high density kerana terdapat unit bebas PV9 dan Vista Wirajaya 1 bersebelahan.

GRED: B untuk Vista Wirajaya 2, B+ untuk Vista Wirajaya 1 (kerana saiz lagi besar dan low density stand alone).

8. KEPONGMAS 2, KEPONG

Harga : RM198K

Title: Leasehold

Luas : 800kps

Harga per kps :248

Pro

– 200m jalan kaki ke MRT2 Kepong. Kondo paling murah di KL berhampiran MRT2. Mana nak dapat !

– Low density (324 unit)

Cons

– Overall supply kat Kepong tinggi. Dijangka 10 ribu tambahan unit baru. Lebih 10 ribu orang target MRT yang sama.

GRED: A, kalau bukan di Kepong, dah A+

9. ENESTA, KEPONG

Harga : RM300K

Title: Leasehold

Luas : 803kps

Harga per kps :374

Pro

– 50m jalan kaki ke MRT2 Jinjang

– Low density

Cons

– berhampiran HTC.

– Overall supply di Kepong tinggi.

GRED: A-

10. PLATINUM SPLENDOR, SEMARAK

Harga : RM300K

Title: Leasehold

Luas : 882kps

Harga per kps :340

Pro

– Berdekatan UTM, DUKE

– Hanya 3.5km dari KLCC

– Semarak bakal menjadi kawasan Tier 1 pada masa hadapan.

Cons

– High density kerana bercampur unit bebas.

GRED: A+

….

Secara ekonominya, Semua rumawip ni banyak persamaan. Harga, moratorium dan luas. Mostly harga RM300K dan luas 850 kps. Hampir mencapai Ceteris Paribus untuk perbandingan yang adil.

Itu sahaja review untuk kali ini, jika korang ada pendapat lain, boleh nyatakan di ruangan komen. Mungkin ada yang aku tersilap atau terlepas pandang. Kalau ada property lain yang nak aku review, sila nyatakan di ruangan komen.

Terima kasih.

– Fariz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *