Kalau cakap pasal rezeki, semua yang kita miliki kat dunia ni adalah rezeki kita. Dah tertulis siapa jodoh. Ajal maut dan agihan rezeki setiap makhluk.
Sejak akhir2 ni, bila tengok sosial media, aku nampak post, story, status kawan-kawan dah berkeluarga, ada yang tambah anak, ada yang dah beli rumah sebelum Covid19 lagi,
Ada pula yang dapat anugerah atau naik pangkat. Dan automatik, aku termenung kejap.
Ada bisikan sy4itan pulak kat hati aku, kalau dibandingkan dengan mereka semua tu, mana aku sekarang? Mana kedudukan rezeki aku secara harfiahnya?
Nak kata aku kaya, ada rumah sendiri-tak pun.
Rezeki aku cukup untuk diri sendiri saja sekarang ni, menyewa rumah dengan keperluan asas, tak lah mewah tapi alhamdulillah, tak lah sampai tahap angkat bendera putih.
Nak kata pasal anak, kahwin pun belum sekarang ni. Calon wife pun belum ada jugak ni.
Benda berkaitan rezeki ni selalu berlegar, bermain dalam kepala aku sampai terdetik aku nak menulis confession ni untuk dikongsi.
Aku sedar even dalam keluarga aku sendiri, aku banyak ketinggalan dari rezeki pendapatan.
Abang aku dah berkeluarga, pegawai di syarikat swasta terkemuka dan telah lama berkhidmat lebih dari 10 tahun. Adik aku kesemuanya pekerja berpangkat pegawai, syarikat stabil dan besar.
Masing-masing berduit, mampu untuk berbelanja besar kerana masih belum berumahtangga, jadi komitment keluarga pun tiada.
Banding dengan aku, aku pernah bekerja dulu pun, bertukar jugak beberapa kali dalam setiap 2 ke 3 tahun.
Sekarang ni, disebabkan covid19 ni jugak, aku hanya mampu sebagai freelancer atau bekerja atas masa sendiri dengan income yang tak seberapa.
Aku rasa dalam rumah aku dengan adik beradik aku yang belum kahwin ni, pendapatan aku yang terpaling rendah.
Bila melayari socmed pulak, ada aku nampak youtuber yang aku follow perkembangan dia, menyewa pulak rumah baru,
Yang mana harga sewa rumah tu sangatlah mahal bernilai jutaan ringgit (katanya untuk menghasilkan kepelbagaian content) dan umur dia lagi muda dari aku.
Tapi rezeki dia melimpah dengan income youtuber dia, paid review lagi dan dia menjadi inspirasi untuk yang lain mencontohi dia mengumpul duit.
Kalau nak aku jadi kaya, dapat duit melalui socmed macam youtube, tiktok, insta semua tu, aku tak kreatif macam tu, tak tahu pun nak main semua tu sangat nak buat content.
Kadang-kadang aku mengeluh, cemburu jugak, why rezeki aku tak banyak macam yang aku nak dan cepat-cepat aku beristighfar.
Aku yakin setiap makhlukNya ada rezeki dia yang telah tertulis. Aku pun yakin Allah memberi apa yang hambaNya perlu bukan apa yang mereka mahu.
Tapi benda ni makin kerap bermain dalam kepala aku. Aku sangat bersyukur semua yang aku dapat, cuma hati aku memang nak lebih selesa.
Mungkin naluri sebagai manusia susah agaknya nak berpuas hati dengan apa yang ada. Kalau cakap pasal usaha, aku dulu kerja memang lah tersangat payah.
Aku pernah buat part time dari shaklee, insurans, MLM dan lain-lain tapi aku tak pandai nak attract orang.
Rezeki aku untuk part time tu tak lama. Earn pun tak banyak. Sudahnya, aku buat solat Dhuha, hajat pun dah. Isi rohani aku, pastikan positif tapi masih aku di tempat yang sama. Macam tak berubah.
Aku takut kalau ada something khilaf aku dengan Tuhan sampai aku rasa doa aku susah nak makbul. Aku tak tahu.
Aku cuma berharap, dimasa akan datang selepas berlalunya perintah tahanan seluruh negara ni, ada harapan untuk aku agar rezeki aku sentiasa dipermudah dan bertambah, termasuk juga kepada pembaca sekalian.
Terima kasih.
– Aku Hamba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit