Rezeki

Assalamualaikum..terima kasih andainya artikel ni disiarkan.

Saya Aqilah berusia 25 tahun, sudah berkahwin awal tahun 2018 dan sekarang sedang mengandung anak pertama. Alhamdulillah. InsyaAllah awal tahun depan saya akan bergelar mama.

Pertama sekali saya nak mengajak semua pembaca untuk mengucapkan Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah bagi kepada kita sekarang ni.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Saya selalu terbaca dia media sosial berkaitan rakan2 atau orang yang tidak dikenali berbicara berkaitan jodoh termasuk yang menghantar confession di iium ni jugak.

Nasihat saya untuk kita semua bersyukur dengan kehidupan yang sedang Allah bagi kepada kita sekarang.

Ok, sekarang saya nak cerita berkaitan hidup saya. Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang cukup baik sepanjang perkahwinan kami ni (mohon semua pembaca doakan perkahwinan yang baru dibina ini berkekalan hingga syurga). Suami seirang yang sangat ringan tulang untuk membantu saya membuat semua kerja rumah. Tetapi masalah saya adalah saya tidak bekerja sekarang. Kadang2 saya akan menangis sendirian sebab rasa betapa useless nye saya kerana tidak menyumbang apa2 kepada masyarakat. Dan tidak mampu menghulurkan duit secara konsisten setiap bulan kepada ibu bapa saya yang banyak berjasa kepada saya.

Gaji suami saya tidaklah terlalu banyak tetapi tidaklah sampai kami terpaksa merempat. Tetapi kadang2 bila sampai hujung bulan terasa semput lah jugak. Saya baru berhenti kerja kerana tidak larat bila perut semakin membesar. Akhirnya setelah berbincang dengan suami saya berhenti bekerja.

Berkaitan dengan kerja pula, saya tidak pernah mendapat pekerjaan yang sesuau dengan kelayakan saya. Tidak tahu mengapa rezeki saya dalam pekerjaan sangat sukar. Ketika melihat rakan2 lain mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan saya hanya berpuas hati dengan kerja sebagai guru tadika sahaja walaupun terlalu banyak temuduga yang telah saya hadiri. Apepun saya bersyukur sekurangnya saya ada kerja.

Sekarang bila sendirian saya selalu terfikir benarlah Allah punya perancangannya yang tersendiri untuk setiap hambanya. Saya Alhamdulillah dipertemukan dengan jodoh yang baik dengan rezeki mendapatkan anak dengan cepat sementara ada yang punya pekerjaan yang stabil tetapi susahnya rezeki anak.

Ada kawan saya yang mendapat pekerjaan yang stabil setelah graduasi tetapi diuji dengan ayahnya sakit tenat di hospital.

Ada yang dapat rezeki pekerjaan yang stabil dan bertemu jodoh dengan suaminya tetapi diuji dengan terpaksa berjauhan dengan suami (Johor – Sabah)

Ada yang susah mendapat pekerjaan walaupun beratus-ratus temuduga telah dihadiri tetapi rezeki dia boleh menjaga ibunya yang sedang sakit dan bebas menghadiri banyak program agama untuk membaikkan diri.

Dan banyak lagi kisah orang disekeliling saya yang bila dilihat balik benarlah setiap orang punya rezekinya sendiri. Jangan mengeluh tetapi bersyukurlah apa adanya. Ketika menaip saya juga tidak putus-putus mengingatkan diri saya supaya bersyukur. Dan jangan lupa dengan janji Allah dalam surah Ibrahim “bersyukurlah, maka Aku akan tambahkan”

Jadi marilah kita menjadi org yang lebih bersyukur bermula hari ini. Jangan lupa mengucap Alhamdulillah setiap hari. Semoga bertambah kebahagian dalam hidup kita. InsyaAllah

– Bakal Ibu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *