Rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih jika perkongsian saya ini disiarkan.

Rezeki ini sangat luas, kadang cepat dan kadang lambat. Saya ingin berkongsi serba sedikit kehidupan saya. Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar dan Alhamdulillah memiliki mak abah yang baik dan tegas. Saya seorang yang kurung cemerlang dalam pendidikan berbanding adik-beradik yang lain.

Dari sekolah rendah sampailah kolej kebanyyakkannya abah saya yang tetapkan. Dalam pelajaran saya tidak memberangsangkan tetapi saya aktifkan diri dalam kokurikulum. Dalam masa yang sama, saya belajar juga namun mungkin saya tidak pandai membahagikan masa itulah salah satu punca akademik saya tidak cemerlang.

Nasib baik abah saya juga menyokong untuk aktif dalam kokurikulum sebab dia kata itu juga akan membantu pada masa hadapan. Salah satu faktor saya aktifkan diri adalah saya malas hendak fikir dengan kata-kata negatif orang sekeliling.

Saya selalu dibandingkan oleh orang lain atas faktor keputusan akademik yang kurang cemerlang. Sampaikan waktu kecil saya merajuk hendak lari rumah. Saya fikir tiada seorang pon yang sayang saya. Ada ketika saya tertekan sehinggakan saya berdoa agar saya meninggal dunia dahulu supaya tidak menyusahkan sesiapa.

Saya juga pernah dihina, dibuli di sekolah menengah dan pelbagai lagi. Selalu orang kata saya sombong sebab saya suka buat hal sendiri. Walhal saya tidak suka menyusahkan orang dan malas mendengar orang kata-kata negatif yang dilontarkan pada diri saya.

Saya sentiasa berdoa agar diberi kekuatan, ketabahan serta keredhaan atas ujian. Namun, terfikir jua kenapa saya di dunia diuji. Apa salah dan dosa saya.

Alhamdulillah, setelah hujan datang pelangi menyinar. Rezeki saya berbeza dengan adik-beradik yang lain. Saya tidak pernah rasa mengangur maksudnya duduk rumah sahaja tanpa buat sesuatu. Saya ditakdirkan dapat sambung belajar di kolej yang dekat dengan rumah. Saya kerap balik ke rumah tolong mak abah di kebun khususnya. Saya jarang minta sesuatu jika tidak perlu. Biasanya saya akan senyap, jika memerlukan sangat baru saya maklum kepada merek.

Selepas tamat diploma saya mohon sambung berlajar, permohonan pertama ditolak kerana saya terlupa letak keputusan muet. Selepas rayuan dan buat surat baru saya tahu itu kesalahan saya. Masa saya pergi buat rayuan dengan keluarga di situ saya masih dapat hinaan.

Mula-mula rasa rendah diri dan putus asa hemdak sambung belajar tapi saya teruskan ambil muet dengan tanpa kelas tambahan makanya saya mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan. Saya cuma lagi untuk memohon kali-2. Alhamdulillah saya di terima.

Sepanjang saya menunggu keputusan permohonan, saya dapat kerja di Johor Bahru tetapi terpaksa tolak kerana mak abah cakap jauh dan tidak berbaloi dengan gaji. Saya terpaksa tolak walaupon saya tahu kerja tersebut memang bidang saya. Saya memohon kerja kedai motor yang berhampiran dengan rumah mak abah. Alhamdulillah dapat.

Sepanjang kerja, jika ada masa saya akan melakukan aktiviti luar juga. Mengikuti program sukarelawan bagi mengisi minat dan masa yang ada. Tetapi ramai yang salah anggap, cakap saya tidak menolong mak abah banyak buat aktiviti luar tetapi malas di rumah sehinggakan rumah bersepah dan banyak barang. Walhal barang yang banyak itu kebanyakkannya barang adik-beradik saya yang lain. Jika saya kemas dan letak tempat lain, mereka akan bising pulak. Akhirnya saya kemas apa yang perlu.

Saya juga di terima masuk ke universiti setelah memohon namun terpaksa tolak kerana saya ikut suami. Pada mulanya abah saya seperti tidak setuju namun mak saya memujuk abah saya. Setelah beberapa bulan saya disahkan mengandung. Banyak juga dugaan sepanjang mengandung sehingga melahirkan anak saya. Dugaan paling berat adalah terpaksa berjauhan dengam suami.

Terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak membantu terutamanya mak abah dan adik-beradik. Terima kasih juga kepada anda yang membaca coretan ini. Maaf kerana ianya terlalu panjang. Sekian.

– H.R.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *