Aku terpanggil untuk bukak cerita macam mana aku boleh termasuk dalam dunia yang kita tak pernah terbayang pun kebagaimanaan sifat dan bentuknya, yang kita tak pernah sangka pun bahawa ianya wujud di sekeliling kita.
Bahkan benda-benda ghaib ini memang wujud, Tuhan sendiri dah bagitau jelas dalam al-Quran Cuma jenis-jenis dia tu yang membeza-bezakan antara satu sama lain. Ada dalam cerminan bunian, ada dalam cerminan manusia, macam-macam. Terpulang pada rezeki masing-masing.
Berbalik semula dengan kisah aku, asalnya aku ada camping dekat suatu kawasan pedalaman. Kat situ memang agak terpencil dan ada sebatang sungai. Air dia aku cakap memang nice ahh. Kalau mandi tu rasa macam syok giler. Kitorang datang situ dengan beberapa kumpulan kecil.
So macam biasa laa, ade slot pengisian skit ape semua, aku pun layan jelaa. Abis je program dalam pukul 11 malam camtu, semua orang memang dah ngantuk laa, jenis aku kalau nak tidur mesti nak kene mandi dulu. Bagi badan segar dulu baru syok nak tido. Standard ahh, ini kalau kat universiti pukul 3 nak tidur pun sempat lagi pergi mandi dulu.
So aku pun bagitau laa kat orang yang incharge tu, lagipun awal lagi kot baru pukul 11 mlm. Ade la berapa kerat member aku yang join skali. Time syok tengah mandi tu, aku ternampak macam cahaya samar-samar kat celah-celah pokok,and then bila aku toleh ke kiri aku ternampak sekumpulan manusia ade kat situ. Perempuan pakai putih dan aku ternampak perkampungan yang cantik sangat. Aku macam terpukau dan terpesona.
Tetibe aku rasa pelik sebab semua member aku macam tercari-cari sesuatu. Dan lama-lama baru aku perasan yang sebenarnya diorang memang dah tak nampak kelibat aku kat situ. Cuak laa jugak. Dan kelibat manusia yang aku ternampak tu plak makin lama makin dekat dengan aku seolah-olah diorang nak berinteraksi dengan aku.
Apa yang aku buat, aku pejam mata dan aku azan kat dalam hati aku sebab mulut aku memang rasa berat gila nak bukak. Aku doa dalam hati supaya aku dikembalikan ke dalam dunia aku yang asal. Alhamdulillah aku terdengar member aku menjerit nama aku dan aku pun menyahut.
Pagi esok tu baru aku tahu yang air sungai yang mengalir ni merupakan pintu untuk masuk ke alam sana. Cukup masa pintu tu akan terbukak dan sesiapa yang bertuah kat situ akan melihat sebahagian daripada KebesaranNya.
– Azhar
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit