Rezeki

Assalamualaikum.. Pertama sekali saya, Suraya nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan cerita saya.

Disebabkan cerita ni ada kaitan dengan kisah keluarga kecil saya.. jadi saya nak kongsi sedikit background family saya..

Saya seorang surirumah sepenuh masa, pernah bekerja sebelum ni, tapi selepas dapat anak kedua saya nekad untuk berhenti kerja sebab niat nak fokus pada famili.

Masa awal-awal kawen, suami saya tengah struggle abeskan pengajian dia. Setelah dibincang, kitaorang decide nak dia fokus abeskan belajar dan saya kerja.

Lagipun gaji saya masa tu cukup untuk kehidupan kami. Jangan risau, suami saya bukan biawak hidup, dia ada buat part time sambilan dan tak pernah sekalipun tanya pasal duit saya.

Di awal perkahwinan, kami tak pernah merasa apa tu honeymoon, just belanja ikut keperluan dan satu dua kehendak.

Bila kita cakap pasal rezeki, orang selalu kaitkan dengan wang ringgit, kereta, rumah dan segala kemewahan yang lain.

Tapi sebenarnya anak tu rezeki, kesihatan yabg baik tu rezeki, dapat circle of friends yang baik pun rezeki dan banyak lagi kalau nak share pasal rezeki ni.

Nak cakap yakinnya kitaorang dengan rezeki Allah, masa saya nak bersalin anak kedua, saya letak jawatan, masa tu talian wang kitaorang hanyalah duit gaji saya.

Di company saya berkerja, notis letak jawatan perlu tiga bulan, jadi saya dan suami decide, saya letak surat, bekerja sebulan dan lagi dua bulan tu kira tolak cuti bersalin.

Jadi masa saya bersalin dan anak cukup dua bulan, family kami masih ada ‘reserve money’ dari gaji saya.

Masa anak kedua saya dah nak masuk tiga bulan, suami saya masa tu masih tak dapat mana-mana panggilan untuk kerja lagi.

Memang kami struggle abes, famili kami tak ada siapa pun tahu kesusahan kami. Famili saya or famili mentua, semua tak tahu. Tiap-tiap hari hantar resume dari kilang ke kilang tapi satu pun tak dipanggil.

Even untuk interview pun. Sedih, takut semua ada, tapi tiap-tiap hari kami saling ingatkan antara satu sama lain, “Yakin dengan rezeki Allah”.

Ya! Saya akui memang susah bila kita lalui kesusahan macam tu, kat mulut cakap lain, tapi kat hati, Allah saja yang tahu.

Masa time struggle, apa-apa masalah kami bincang dua. Gaduh, nangis, tak bercakap tu biasa. Asam garam rumah tangga.

Nak cakap strugglenya masa tu, pernah kami dua korek tabung duit syiling, kira atas karpet rumah, pergi tukar dekat kedai runcit India berdekatan rumah sebab segan nak belanja pakai duit syiling.

Makan nasik lauk kicap ngan maggi tu benda biasa. Tapi untuk anak kami tetap kami masak bubur untuk dia. Kebetulan masih kecik.

Takdir Allah masa anak kedua saya nak masuk empat bulan, kebetulan dekat sangat dengan birthday suami masa tu, dia dapat panggilan kerja. First day kerja masa hari lahir dia, Allah.

Masa tu tak tahu nak cakap apa. Syukur sangat!!! Gaji double gaji saya dulu. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Suami saya dh abeskan pengajian dia masa ni cuma belum lagi konvo.

Kehidupan kami boleh dikatakan agak baik jugak lepas suami dah kerja. Alhamdulillah.

Kami lalui hari-hari kami macam biasa. Tapi kali ni lebih berhati-hati, kami cuba buat simpanan kecemasan sebanyak yang boleh. Persediaan kalau jadi apa-apa yang tak dijangka.

Ditakdirkan kami diuji sekali lagi.

Tapi, tanda Allah sayang kita hamba Dia, Allah akan bagi ujian. Balik dari cuti raya haji, suami saya diberi notis cuti tanpa gaji selama enam bulan masa Pandemik Covid-19.

Dan yang paling tak leh diterima akal tu, effective date dia a week after notice which is really not fair. Atas alasan company ada masalah kewangan tp masih lagi recruit orang baru.

Hmm.. agak lawak disitu. Suami diberi kata dua masa tu, samada nak sukarela ‘resign’ atau nk ikut notis cuti tanpa gaji enam bulan tu, sebab suami ada mintak tukar cuti dia yang lebih dari sebulan tu ke gaji.

(Mesti pelik kan pasaipa cuti dia banyak? sebab company dia even weekend pun reja, cuti khas pun reja dan tak ada bayar double or triple) suami pilih untuk sukarela ‘resign’ sebab nak dapatkan duit ganti cuti sebagai ‘pelampung’ sementara nak dapat kerja baru.

Terus terang cakap, kami terduduk jugak la kami masa tu.. anak dah tiga dah, baby ke tiga lahir time PKP.

Masa tu nasib bek la kami ada buat simpanan sikit, sementara suami nak dapat kerja baru, berjimat habis. Yang ni pun tak ada siapa tau, even famili pun.

Kawan suami yang kebetulan dapat notis yang sama buat tuntutan kat Pejabat Buruh. Alhamdulillah rezeki dia, dapat pampasan lapan bulan gaji sebab kena macamtu.

Suami saya? Dia tak buat tuntutan tu, dia cakap tak nak panjangkan isu. Dia nak berhenti cara baik katanya.

Dalam pada dok struggle cari kerja time Pandemik Covid-19, rezeki Allah tak pernah putus.

Suami mohon kerja banyak tempat, dapat kerja part time tenaga pengajar di pantai timur tanah air. Kontrak selama enam bulan. Gaji bahagi tiga dari gaji dia sebelum berhenti. Dia ok ja, asal ada kerja katanya.

Disebabkan tinggal di kawasan PKPB, jadi dia diberi kelonggaran untuk mengajar dari rumah secara online sahaja. Sambil-sambil tu, hari-hari dok mintak kerja.

Beratus email untuk memohon kerja lain dia hantar, ada yang respon, ada yang separuh jalan responnya, ada yang tak respon langsung pun. Nampak dia tak tidoq malam tu biasa.

Nampak dia down, stress, serabut tu biasa. Rasanya ketua keluarga lain pun akan buat perkara yang sama, serabut tak yah cakap la.

Mana dengan nak bayar rumah sewa lagi time tu, kereta lagi (kereta tu beli atas nama saya masa bujang, disebabkan saya dah tak bekerja jadi tak boleh nak mohon moratorium, sebab bank mintak surat diberhentikan kalau nak mohon moratorium time tu).

Nasib baik la kereta tu bulanan tak sampai RM400.

Fast forward, nak cerita satu-satu panjang sangat, hehe.. Suami dah dapat kerja baru exactly on the date kontrak dia sebagai tenaga pengajar abes. Masa tu gembira tak yah cakap la kami. Kiranya tak dan putus lagi rezeki Allah dah bagi yang baru.

Baru sebulan kerja kat tempat baru, Allah bagi lagi rezeki segedebuk sebab suami dapat lagi kerja lain dekat tempat lain tapi masih sebagai penasihat dekat tempat kerja yang baru sebulan lebih dia kerja. Kiranya dua gaji la. Alhamdulillah.

Yang lagi best tu, lepas ni husband akan kerjasama balik dengan company lama yang buang dia dulu. Tapi diorang yang akan kerja dengan dia sebab diorang kontraktor. Asbab doa orang teraniaya mungkin.

Nak simpulkan kat sini, kadang-kadang kita rasa Allah tak sayang kita, Allah uji kita macam-macam, Allah bagi ujian dan bila kita mintak kadang-kadang rasa macam Allah tak makbulkan,

Tapi sebenarnya Allah bagi kat kita apa yang terbaik untuk kita pada masa yang terbaik kita. Sentiasa la bersangka baik dengan Allah , sebab Allah tak kan uji kita kalau kita tak mampu.

Dan ujian tu sebenaqnya nak jadikan kita lebih kuat, lebih berdikari, lebih bersemangat dari hari-hari yang sebelumnya.

Yang pasti, jangan tinggal solat, yakin dengan rezeki, ujian dan apa yang Allah bagi dekat kita masa ni adalah yang terbaik untuk kita. Tak ada yang kebetulan. Sentiasa bersyukur dan bersangka baik. InsyaAllah, hati kita akan tenang untuk hadapi semuanya.

Semoga semua yang masih struggle diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Coretan ikhlas dari,

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *