Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah saya ini.
Nama aku Syarifah dan of course bukan nama sebenar. Aku pada mulanya tak ada niat nak berkongsi sebab rasa diri ini tidak layak untuk menasihati sesiapa.
Tetapi aku lihat betapa susahnya orang ramai tak kira umur ingin mencari pekerjaan demi sesuap nasi. So aku harap perkongsian aku ini serba sedikit dapat memberi harapan kepada sesiapa yang sedang mencari kerja.
Aku berhenti kerja. Aku tahu taktla aku menyatakan hasrat aku hendak berhenti kerja di musim pandemik ini, orang disekeliling aku menasihati jangan atau cari pekerjaan baru dahulu.
But this is just something I must do. Aku dah solat istikharah and weigh all the pros and cons of my decision. Kalau ikutkan logik, memang jangan berhenti.
Aku ada personal loan, 2 credit cards dan aku tak ada savings langsung. Last duit gaji is enough to pay for 1 month only.
Setiap orang ada pengalaman lain-lain so aku ikut dan mengharapkan petunjuk daripada Allah SWT. Niat aku berhenti pun kerana Allah SWT.
Kenapa aku berhenti kerja ini biarlah ia menjadi rahsia aku dengan Allah SWT. Kerana Dia lah yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Aku berhenti dan alhamdulillah mendapat kerja baru selepas 22 hari di sebuah syarikat ternama juga.
Alhamdulillah gaji aku naik dengan banyak dan benefits pun lagi bagus dari company lama. Aku bersyukur diatas rezeki yang diberikan kepadaku Ya Allah.
Oleh itu izinkan aku berkongsi antara amalan-amalanku ini dengan niat kita dapat mendekat diri kepada Yang Maha Esa dan memahami ujian yang diberikan.
1. Solat Taubat
Aku solat taubat pada setiap hari. Selalu lepas solat Isyak sebab aku tidak tahu jika ada actions yang aku buat pada waktu pagi, petang dan malam yang merupakan dosa.
Dan masa aku solat taubat ini, aku cuba hadirkan hati aku dengan ikhlas sambil mengenang dosa-dosa, kekurangan dan kekhilafan yang ada dalam diri aku ini.
Selepas itu, aku sebut satu persatu apa yang rezeki yang Allah SWT berikan kepada aku. Contohnya, aku bersyukur ada tangan yang sempurna, mata yang dapat melihat etc.
2. Niat & Doa
Dalam apa yang kita hendak lakukan, betulkan niat. Ingat kita ini adalah hamba Allah SWT so niat yang murni-murni sahaja. Jangan sesekali berniat jahat. Dan doalah tiap-tiap hari and always bersangka baik dengan Allah SWT.
Allah SWT sayangkan kita semua, cuma kita hamba ni yang macam bebal sikit. So always think Allah SWT is on your side.
3. Istighfar
Minta ampun dalam 1000 kali setiap hari. Lagi banyak lagi bagus. Sebab lagi tenang hati sebenarnya.
4. Sedekah
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong.
Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (Riwayat al-Bukhari)
Jika didalam dompet aku ada RM5, akan aku wajibkan kepada diriku sedekah at least RM1 pada hari itu sampai lah duit RM5 itu habis.
Aku buat tabung sedekah Subuh dan aku akan bersedekah juga disaluran yang lain. Jika aku tidak ada duit nak disedekahkan, aku akan sedekah dengan cara lain seperti memberi makanan.
Niat aku bersedekah adalah untuk membersihkan hartaku dan membantu orang lain. Selalunya selepas aku bersedekah ada sahaja hamba Allah yang memberi aku duit. Dengan duit itu aku beli apa yang patut dan aku bersedekah lagi.
5. Solat Dhuha & Surah Al-Waqiah, Al-Mulk & Ar-Rahman
Aku buat solat Dhuha dan akan baca Surah Al-Waqiah. Pada saat ini, aku akan kenangkan semua rezeki yang Allah SWT telah berikan kepada aku. Menjelang malam, aku akan baca surah Al-Mulk dan Ar-Rahman.
Selepas itu aku kan sambung baca Al-Quran dalam beberapa muka surat. Selang dua hari aku akan habis 1 juz. Aku cuba khatam Al-Quran setiap 3 bulan. Aku juga try memperelokkan lagi bacaan Al-Quraan aku dengan Ustaz.
6. Apply kerja
Dari segi nak apply kerja, aku tidak mengira. Aku apply kerja kat fast food restaurants, pharmacy, receptionist, dental assistant, data entry clerk hinggalah ke big corporates. Semua reject aku.
Aku apply dalam 50 tempat. Ada hari rasa sakit hati, sebab macam tak qualified sangat ke aku ni untuk kerja kat restaurant?
Aku ada saja kerja F&B dulu dan aku memang banyak internships and volunteering. Tapi aku tabahkan hati dan apply saja.
Satu hari wajib apply at least 2 tempat kerja dan mesti sertakan cover letter. Memang penat tapi kena kuatkan diri dan apply sampai dapat kerja.
Aku insyaAllah dan Alhamdulillah masih lagi meneruskan amalan-amalan ini sebab ini sahaja yang dapat membuat hatiku tenang kecuali point number 6 lah sebab aku dah dapat kerja kan.
Oh dan aku tak dengar music sebab benda ini memang melalaikan. Aku juga tak tengok drama-drama semua sebab again, melalaikan and it actually effect the way your brain works and also your hati.
Aku try jaga mata dan hati aku. Malam-malam aku pasang ceramah-ceramah agama and petang-petang aku pasang ayat-ayat Al-Quran. Aku buat ni semua step by step, slowly but surely lah.
Another tip is bila kau selalu ingat akan kematian benda ini semua akan jadi lagi senang.
Tapi before korang nak berhenti kerja seeloknya dapatkan lah perkerjaan baru dahulu. Masa aku berhenti tu aku dah prepared mentally for the worst.
Aku just nak highlightkan disini that manusia cuba merancang tapi Allah SWT jugalah yang Maha Perancang.
Aku doakan sesiapa yang sedang mencari pekerjaan dapat menghadapi ujian ini dengan ikhlas dan cemerlang. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Jikalau ada salah silap dalam perkongsian ini, maafkan Aku. As usual, Allah SWT knows best.
Wasalam.
– Sharifah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit